Showing posts with label Insuran/Takaful. Show all posts
Showing posts with label Insuran/Takaful. Show all posts

Friday, November 13, 2015

Tingkatkan ekonomi keluarga kita

Assalamualaikum, salam sejahtera..
Kepada pembaca yang telah membaca tulisan saya sebelum ini..bagaimana kita boleh tingkatkan ekonomi keluarga kita melalui takaful , saya harap nukilan hati saya itu dapat membuka hati pembaca dan seterusnya mengambil tindakan dengan segera.

Mungkin ada yang tertanya2 bagaimana nak tingkatkan ekonomi dengan sumbangan takaful.

Ok, saya cerita senario yang paling mudah.
Bayangkan saya ada menyumbang dengan takaful yang melindungi saya sebanyak rm500,000.00.
Saya sebenarnya tidak perlu risau, cukupkah simpanan untuk famili dan anak2 jika sesuatu terjadi pada saya. Jawapannya saya tak perlu risau lagi. Jika saya meninggal, tak kisah meninggal secara semulajadi , saya pasti orang yang saya tinggal akan mendapat rm500,000.00. Jika saya nak buat simpanan, jangan haraplah boleh sampai jumlah tu.
Maknanya, famili yang ditinggal boleh meneruskan hidup mereka dengan wang takaful kita.
Mereka boleh membuka perniagaan dan mengembangkan wang yang kita tinggal.
Bila mereka dah rasa manfaat adanya takaful ini, saya pasti mereka juga akan berbuat perkara yang sama dan mungkin sumbangan lebih besar.
Jika mereka meninggal, anak mereka atau cucu kita akan mendapat manfaat dan boleh mengguna wang tersebut untuk mengembangkan perniagaan keluarga.
Cucu2 kita juga pasti membuat perkara yang sama.. Dengan itu, sudah pasti ekonomi generasi kita akan bertambah baik.
Setiap kali ahli keluarga yang meninggal , mereka tidak hanya menunggalkan famili dengan kesdihan dan beban.

Kalau anda nak tahu, inilah yang telah diamal oleh masyarakat cina sejak dahulu.
Ini ternyata betul, 10 sahabat cina yang saya jumpa semua ada perlindungan insuran. Pada mereka soalan yang yang patut ditanya, berapa jumlah perlindungan?

Tapi kita, umat Islam sangat jauh di belakang, dlm 10 orang , hanya 3 yang ada perlindungan. Tak perlu tanya jumlah perlindungan, sebab ramai yang ambil jumlah paling minimum. Walaubagaimanapun, mereka sudah 1 langkah di hadapan dari mereka yang langsung tiada perlindungan. Sekurang2 nya mereka dah ada jumlah wang yang akan ditinggal pada waris mereka.

Begitu penting tugas agen takaful yang biasa dipandang negatif oleh masyarakat kita.
Untuk merealisasikan impian untuk meningkatkan ekonomi umah, saya mengalu2 kan sahabat yang ingin membantu untuk turut serta bersama saya.

Nak tahu lebih lanjut blh whatsapp 0138174166.

Tuesday, November 10, 2015

Takaful dan Insuran, sama tapi sangat berbeza...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Syukur Alhamdulillah telah dibuka hati untuk hadir dalam program takaful dan memberi pendedahan tentang takaful dan insuran. selama ini, saya ingatkan Takaful dan Insuran adalah dua perkara yang sama.  Takaful dalam bahasa Arab dan Insuran adalah dalam bahasa Inggeris yang semua orang faham.

Rupa- rupanya fahaman saya meleset sama sekali. Saya rasa kat luar sana ramai yang tidak tahu perbezaan ini.

Masa saya mula melangkah dalam alam pekerjaan iaitu awal tahun 90an, kami tiada pilihan. hanya ada insuran konvensional. Memang niat nak membeli tapi, ada kawan-kawan yang mengatakan insuran itu haram . Itulah hingga kini saya tidak memiliki sebarang polisi. Fahaman insuran itu haram telah tertanam dalam fikiran saya dan sehinggalah takaful telah ada di pasaran , tapi saya masih mempersoalkan takaful itu macam mana boleh jadi halal sebab nama saja yang berbeza, satu dalam bahasa Arab dan yang lagi satu bahasa Inggeris?

Syukur, rupa-rupanya apa yang saya faham itu sangat jauh meleset; Berbeza dari konsep.

Konsep Takaful adalah bersedekah ,bermaksud setiap peserta yang menyumbang akan mensedekahkan sebahagian sumbangan mereka ke dalam tabung Tabbaru.. di mana wang dalam tabung ini akan disedekah kepada mana-mana peserta yang ditimpa musibah mengikut kontrak yang telah dipersetujui.

Perkataan sedekah ini telah menarik minat saya. Allah pun menggalak kita untuk bersedekah. Lebih banyak kita memberi, lebih banyak kita dapt balik. The more you give, the more you get. Bayangkan sumbangan kita , kita sedekah pada peserta yang ditimpa musibah. Sumbangan kita dalam kuantiti yang sedikit, tapi disumbang oleh bilangan yang ramai, sudah pasti impaknya tinggi. Bagaimana sumbangan kita itu dapat meringankan kesusahan yang ditanggung oleh saudara kita.

Disebabkan sumbangan kita bersistem sebab itu kita tak merasa kesan di hati sebab kita cuma membuat sumbangan melalui sistem. Selepas ini, setiap kali kita membuat bayaran bulanan, bayangkan kita menderma pada saudara kita yang ditimpa musibah. Tentu lain perasaannya, terasa manisnya bila kita menderma setiap bulan.

 Kalau kita menyumbang dalam Takaful dan faham konsep takaful, InsyaAllah kita akan mendapat pahala dari sedekah kita tadi. Bila kita faham takaful itu adalah sedekah, isu nak tuntut balik wang sumbangan itu tidak wujud, sebab kita telah sedekahkan ke tabung .

Walau bagaimana pun, untuk mempastikan sistem sedekah ini berjalan dengan lancar dan sistematik, syarikat takaful bertindak sebagai wakil yang mengurus wang peserta.
Untuk mempastikan peserta mendapat manfaat yang maksimum, sebahagian dari sumbangan peserta tersebut dilabur oleh Syarikat Takful, dengan itu diakhir tempoh kontrak peserta bukan saja mendapat perlindungan, malah mendapat wang dari pelaburan tersebut.  Maknanya 2 ini 1, perlindungan dan simpanan.

Dan sekarang telah ada kemudahan kad perubatan. 3 in 1.  Kad perubatan adalah keperluan pada masa sekarang. Ini adalah kerana kos perubatan sangat tinggi dan ramai yang kehilangan wang simpanan sebab untuk membayar bil perubatan. Diharap kita tidak termasuk dalam golongan ini.

Setelah menghadiri taklimat tersebut, saya rasa tanggungjawab saya sebagai agen takaful sangat penting. Sebab kita berjuang untu meningkatkan ekonomi ummah. Mungkin ada yang tak faham, bagaimana agen boleh meningkatkan ekonomi ummah?

Bagaimana caranya?
1. Bila seseorang menyertai takaful, jika mereka mrninggal dunia, waris akan mendapat pampasan. Maknanya orang yang ditinggal akan meneruskan hidup mereka dengan pampasan tersebut. Ini sudah pasti dapat membantu mereka.

2. Dalam zaman moden ini, perbelanjaan perubatan sangat tinggi. Ramai juga yang menjadi muflis kerana terpaksa berbelanja wang simpanan untuk bayar bil perubatan. Kalau kita sedar , jangan biar anak- anak terbeban dengan penyakit kita suatu masa nanti.

Jika ada yang berminat nak tahu lebih lanjut, boleh pm atau whatsapp 0138174166.

InshaAllah saya akan cuba beri yang terbaik. Saya harap usaha saya yang sedikit ini dapat mengubah ekonomi seseorang. Semoga usaha saya ini mrndapat keberkatan dan rahmat dari Nya.
Aamiin ya Rab.

Wednesday, October 14, 2015

Urus Wang dengan Bijak

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
terima kasih kerana membaca blog ini, saya harap apa yang saya tulis dapat menjadi panduan untu anda e kewangan anda. Sebenarnya tak ada cara yang 100% betul untuk mengurs wang anda. Tapi apa yang ingin ditekankan biar wang kita diurus dengan optimum dan bijak.

Alhamdulillah, pada 1 Muharam 1437, saya telah berjumpa seseorang yang telah membuka mida saya betapa pentingnya seseorang itu membuat sumbangan kepada takaful. Saya rasa blog saya ini macam rojak, semua perkara saya tulis di sini, dari penglibatan saya dengan simpanan emas fizikal hinggalah kepada penglibatan dan perniagaan dan sekarang ini kepada takaful.

Semua yang saya lalui adalah pengalaman yang saya alami.Saya rasa lebih sesuai untuk saya menulis tentang urusan kewangan dalam blog lain. Kalau nak tahu lebih lanjut nanti bolehlah klik di sini.http://uruswangdenganbijak.blogspot.my/

Sunday, September 27, 2015

Berapa sumbangan bulanan takaful?

Assalamaualaikum dan salam sejahtera, mungkin ada yang quotation dan nasihat percuma tentang kontrak yang bersesuaian, sila isi maklumat di sini.
InsyaAllah saya akan cuba beri cadangan yang terbaik dan anda mendapat benefit yang optimum bergantung kepada apa yang anda hendak dan bajet anda.

FREE-Quotation-Form

Apa Beza Takaful dan Insuran?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Syukur telah membuka hati saya untuk membaca lebih banyak tentang takaful dan insuran.
Dalam penulisan saya sebelum ini sebenarnya saya pun tak jelas tentang takaful dan insuran.

Sebelum bercakap lebih panjang lagi, baik saya jelaskan di sini, Takaful dan insuran tidak sama. Sebelum ini saya ingat takaful tu insuran dalam bahasa arab..tapi sebenarnya tidak. Konsep takaful dan insuran sangat berlainan. Takaful dan insuran tidak sama. Kita sebagai umat Islam kena jelas tentang ini.

Ia tidak sama dari segi konsepnya. Sama seperti bila kita membeli rumah dengan pinjaman secara konvensional dan islam. Pinjaman secara konvensional melibatkan riba manakala cara islam tidak melibatkan riba kerana bank telah membeli rumah tersebut dan menjual semula kepada kita.

Dalam takaful,konsep perniagaan adalah berdasarkan kepada konsep Tabbaru' , mudharah danwakalah. pengendali takaful ialah penurus dana. Keuntungan dikongsi bersama diantara pengendali takaful dan peserta berdasarkan konsep mudharabah.

Elemen Tabbaru' adalah elemen utama dalam perniagaan Takaful iaitu bermaksud sumbangan atau derma yang diberi oleh seseorang yang kemudiannya diberi kepada orang lain yang memerlukannya tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

Dalam insuran konvensional, kontrak berdasarkan konsep jual beli. Dana dimiliki oleh syarikat tersebut dimiliki oleh syarikat itu sendiri. Keuntungan dibahagikan mengikut pertimbangan syarikat itu sendiri. Dan ia melibatkan unsur riba, perjudian dan unsur yang tidak jelas.

Pada masa sekarang kita banyak pilihan,kerana banyak syarikat menawarkan takaful. bagi saya personally saya lebih suka pada syarikat yang menawarkan 100% takaful . Antara syarikat yang saya tahu adalah takaful Malaysia dan takaful Ikhlas.

Yang cantiknya dalam takaful bukan saja kita mendapat perlindungan malah kita mendapat pulangan yang baik atas sebahagian sumbangan kita yang telah dilabur oleh pengendali takaful. dan yang paling cantik dalam takaful Ikhlas ni yang menyebabkan saya tertarik adalah pembiayaan bil hospital sehingga RM850,000.00 sehingga usia 100 tahun.

Jika ada yang berminat nak quotation secara PERCUMA boleh tinggalkan email anda dan tarikh lahir , jumlah sumbangan bulanan (cadangan min RM150 untuk mendapat faedah pembiayaan perubatan) dan saya akan bagi nasihat secara percuma agar anda mendapatkan kontrak yang terbaik. terbaik di sini adalah anda mendapat benefit yang OPTIMUM.

Saturday, August 29, 2015

Perlukah membeli Insuran / Takaful

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Syukur alhamdulillah, saya telah dipertemukan dengan seseorang.  Seseorang yang telah membuka minda saya tentang kebaikan insuran. Walaupun saya rasa membeli insuran/ takaful itu membazir, saya ada juga membeli insuran education untuk anak-anak. Ternyata ia tidak sia-sia, kerana setelah polisi itu matang, saya mendapat sejumlah tunai.

Jika ada sesiapa yang rasa membazir untuk membeli insuran / takaful, teruskan membaca coretan ini.
Ini yang agen itu cerita yang telah membuka minda dan menyedarkan saya tentang keperluan untuk membeli polisi insuran.

Apabila kita sudah mula bekerja, kita akan melalui 3 peringkat kehidupan :
1. Mula bekerja :
Pada peringkat ini, biasanya kita tidak mempunyai tanggungjawab. maklumlah belum membeli rumah dan tiada keluarga yang perlu disara. kalau adapun, bukanlah tanggungjawab kita sepenuhnya sebab kita hanya membantu ayah dan ibu.

Pada masa ini , kita mula menyimpan wang untuk membeli harta yang asas iaitu kenderaan dan rumah.

2. Membeli harta:
Pada peringkat ini, wang simpanan dan mencukupi untuk membeli rumah. Apabila kita membeli rumah maknanya bertambahlah beban kita. Ada yang dah mula ada famil, lagi sekali bebanan kita bertambah

3. Bersara :
Ini adalah masa untuk kita berehat atau menikmati hidup . Wang simpanan yang ada untuk kita melancung.Masa ini bebanan mungkin telah kurang sebab rumah dan habis bayar dan anak-anak dah dewasa dan ada pendapatan sendiri.

Kita hanya merancang perjalanan hidup kita. Jika perjalanan hidup kita seperti yang kita impikan , syukur. Setelah bersara kita dapat mengguna wang simpanan kita untuk melakukan perkara yang kita impikan.

Apa akan terjadi jika bila kita bersara, kita sakit dan memerlukan rawatan yang sudah pasti memerlukan perbelanjaan yang besar. Mungkin ada yang berkata, saya penjawat awam , boleh mendapat rawatan percuma di hospital kerajaan. Sekarang ya, kita tak tau bagaimana polisi kerajaan 10- 30 tahun akan datang.

Ekonomi negara tidak menentu dan kos perubatan semakin meningkat, mungkin pada masa itu kerajaan memperkenalkan memperkenalkan insuran untuk semua rakyat seperti yang berlaku di negara maju.

Jika ya pun ada rawatan percuma, kadang-kadang kena menunggu giliran dan tidak semua penyakit dapat menunggu giliran. mau tak mau terpaksa juga mengeluarkan wang sendiri. Yang sedihnya  simpanan untuk bersara diguna untuk membayar bil hospital.

Jika kita ada membeli insuran, jika kita ada masalah kesihatan, kita tidak perlu risau, kerana kita ada kemudahan kad perubatan yang akan membayar bil untuk kita. Yang lagi penting, kita tidak membebankan anak-anak kita dengan beban kewangan, kerana kita telah dilindungi dengan oleh insuran. Polisi yang saya akan share ini membolehkan kita dilindungi sehingga usia 100 tahun, kalau umur kita panjang. Kebanyakan insuran yang pernah saya tahu melindungi sehingga usia 70 tahun.

Satu lagi senario ialah apabila jika kita tidak sihat atau mendapat kemalangan yang menyebabkan kita tidak dapat bekerja untuk menyara kehidupan sendiri dan keluarga. Siapakah yang akan menyara kehidupan kita dan keluarga kita. Malang tidak berbau, so kita membuat persediaan dengan membeli insuran dari muda.

Tak semua orang layak untuk membeli insuran. Jika lita telah menghidapi penyakit, tiada syarikat insuran yang dapat menawarkan produk untuk mereka. Kalau adapun, mungkin harganya terlalu mahal.
So lebih baik membeli insuran di usia muda.

Saya hanya membeli insuran education untuk anak-anak dan saya mendapt tahu tentang insuran yang menyediakan kad perubatan ini, baru-baru ni. Pada usia 50 tahun ini, jumlah minima yang saya perlu bayar adalah RM350 setahun. Saya masa masih belum terlambat untuk saya mendapatkan insuran tersebut. Tambah saya masih sihat..syukur alhamdulillah...

Ada berita baik untuk anak-anak kita yang berusia 17 tahun ke atas. ibubapa boleh membeli insuran untuk mereka dengan bayaran bulanan RM150 sehingga tamat tempoh. Dengan bayaran RM150 sebulan melayakkan anak anda untuk mendapat kemudahan perubatan bernilai sehingga Rm850,000 sehingga usia 100 tahun.  Kita paksa anak kita untuk berdikari dengan menggalakkan mereka membuat kerja sambilan atau menyimpan wang biasiswa atau pinjaman PTPTN mereka untuk membayar polisi mereka. Dengan bayaran sebanayk RM150 sebulan , mereka layak untuk mendapat pulangan tunai juga mengikut syarat dari pihak syarikat.

Kalau ada yang berminat nak tahu bayaran bulanan polisi dan apa yang dilindungi , sila email data dibawah pada saya. Saya akan membantu anda.
Nama
No. kad pengenalan
jumlah yang bulanan / tahunan yang boleh bayar.

Untuk makluman, saya menyediakan polisi dari syarikat Takaful Ikhlas yang 100% mengamalkan perbankan Islam. Tak ada apa yang perlu diragui..



Friday, August 28, 2015

Perlukah membeli insuran 1?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Ramai antara masyarakat kita, terutamanya di kalangan orang melayu dan bumiputera lain yang tidak mahu membelanjakan wang mereka untuk membeli insuran, Saya pun tidak terkecuali hihi. Saya masih ingat 20 tahun yang lepas, ada agen insuran menceritakan kepentingan membeli insuran, Saya pandang sinis sahaja. Pada masa itu, kita masih muda dan tak ada tanggungjawab jadi keperluan untuk membeli insuran itu bukan priority.

Sudah 20 tahun berlalu, Alhamdulillah perjalanan hidup saya berjalan dengan lancar dan syukur tiada musibah yang menimpa. Sehingga sekarang, saya masih sihat dan masih bekerja.

Suasana kehidupan sekarang dengan 20 tahun dahulu sangat berlainan. Dulu cara pemakanan tidak semewah sekarang dan gaji pun tidaklah macam gaji sekarang.

Dulu, restoren makanan segera pun tak ada. Kalau ada pun, tidak mampu nak makan kerap di sana. Ayam orang dahulu tak sama dengan ayam orang sekarang. Ayam sekarang, 1 bulan dan boleh sembelih. Dulu, ayam kena bela sendiri. Nak makan ayam kena tunggu berbulan-bulan, ayam kampung atau sekarang lebih dikenali sebagai ayam organik. Sayur sekarang pula dah mengguna banyak baja dan racun. Ini baru cerita tentang 2 jenis makanan ini saja, belum lagi cerita cara hidup orang dulu dan sekarang hihi.

Sorry, melalut pula dari tajuk. Bukan apa, saya cerita ini,nak memberitahu teman-teman bahawa orang sekarang lebih terdedah kepada penyakit. Kalau dulu, orang tua baru ada penyakit. Tapi sekarang sebaliknya, penyakit tak kira usia dan jangan terkejut, ramai yang m,asih muda tapi telah mendapat bermacam-macam penyakit. Ada juga penyakit yang tiada tanda-tanda, bila muncul dah peringkat teruk.
Ini pengalaman saya sendiri, ada budak baru je kerja tak sampai setahun meniggal akibat kanser. Bila mula-mula dia diagnosis dengan kanser, dia kata selama ini dia sihat dan tak ada masalah kesihatan.

Bila memikirkan keadaan sekeliling , cara hidup dan pemakanan kita, saya merasa adalah penting untuk membeli insuran yang ada memberi kemudahan kad perubatan. Kita tak tahu bila kita akan sakit dan kalau kita ada membeli insuran tersebut, sudah tentu ia akan membantu kita.

Saya syukur sangat dipertemukan dengan agen dari takaful ikhlas. Takaful Ikhlas adalah 100% Islamic tiada produk konventional dan kita pun tak rasa ragu-ragu. Memandangkan pentingnya insuran ini, saya mengambil keputusan untuk menjadi agen insuran takaful Ikhlas, Semoga saya dapat memberi kesedaran kepada famili dan orang sekeliling tentang kepentingan membeli insuran.

Di kesempatan yang lain, saya akan share kenapa kita perlu memiliki polisi insuran