Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts

Tuesday, December 10, 2013

Petua Dalam Pantang

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bila bercakap tentang berpantang selepas bersalin, kebanyakkan anak muda sekarang berpantang tidak seperti orang dulu-dulu. Dulu, perempuan berpantang selama 42 hari. Selama 42 hari tidak keluar dari rumah, Orang tua selalu kata , kena berpantang. Kesan berpantang kita tak rasai sekarang, tapi kesannya kita akan rasa bila kita tua nanti. Kata mereka, kalau kita tak pantang, bila tua, macam-macam penyakit akan datang.Sakit badanlah, sakit lututlah dan macam-macam penyakit yang mengundang

Mungkin disebabkan, prosedur lebih moden dan kurang sakit selepas bersalin jika dibandingkan orang dulu, menyebabkan orang zaman sekarang tak betah duduk di rumah selama 42 hari. Ada yang selepas 2 minggu bersalin sudah bawa baby makan kat luar.

Pada pendapat peribadi saya, tak salah keluar sebelum habis pantang, tapi kita kena ikutlah pantang larang. Dulu selepas bersalin yang saya paling jaga ialah;

1. Pastikan sentiasa sapu minyak pada badan . Menurut orang tua, kalau kita sapu minyak dibadan, minyak tersebut akan menutup liang roma katanya. Jadi taklah badan masuk angin. Apa-apa reason pun, sapu sajalah minyak di badan tu. kalau dulu, kita guna minyak kelapa. Bau taklah sedap sangat . Sekarang ini, saya cadang anda guna lotion olive minsyam. baunya sedap dan yang paling penting kesannya. Selepas habis pantang, kulit anda akan licin dan lembut. Saya pasti anda tak akan guna lotion lain selain dari lotion olive. ini saya rasai sendiri.



2. Pakai stokin sepanjang tempoh pantang. Sebelum pakai stokin, sapu dulu kaki dengan lotion olive. Sebenarnya kalau kita tidur pakai stokin pun elok untuk kesihatan dan kulit kai akan lebih lembut. Pastikan sapu lotion olive dulu.

3. Kalau bersalin secara normal, jangan lupa guna bengkong. Lebih elok, tumbuk halia dan letak diperut sebelum menggunakan bengkung. Ini dapat memanaskan perut dan mengelakkan buncit selepas bersalin. Sebelum letak halia kat perut, pastikan minyak kelapa disapu di perut bagi mengelak kulit perut dari kecut.

4. Makan makanan yang panas, contoh sup yang mengandungi halia ataupun ikan bilis yang telah ditumbuk halia. Jangan lupa juga ambil vitamin dan makanan tambahan yang banyak di pasaran sekarang. Elakkan mengambil buah-buahan atau sayur yang sejuk. Antaranya seperti timun, labu dan ada lagi saya tak pasti hehehe . Lain-lain lagi boleh google k. Makan banyak sayur yang berdaun. Minum air suam.

Ini berpantang cara minima. kalau ikut orang, ada banyak lagi yang orang dalam berpantang tak boleh buat. Yang penting, jangan menyulitkan ...dahlah..

Selamat berpantang hehehe...


Sunday, December 8, 2013

Bayi kuning... apa nak buat?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sejak kebelakangan ini, setiap kali bayi lahir mesti ada masalah kuning. Dari 5 bayi kawan-kawan atau saudara yang lahir, hanya seorang yang tak ada masalah kuning. Kenapa ye? Dulu jarang juga dengar bayi kuning. Mungkin disebabkan makanan yang kita makan sekarang ini.. Itu pendapat peribadi saya hehe..

Kalau dulu-dulu, bila bayi kuning kena jemur di bawah matahari pagi dari terbit fajar hingga jam 8 pagi. Cahaya matahari sebelum pukul 8 pagi adalah baik untuk kesihatan. Kita oragng dewasa pun, kalau boleh jadikan amalan keluar berjalan -jalan , bersenam masa tersebut. Untuk mudah lagi selepas habis waktu subuh tu boleh jalan-jalan. Cahaya masa itu sangat baik untuk kesihatan

Sebenarnya cahaya tersebut memang sesuai untuk mengurangkan kuning bayi. Sekarang ini , tidak digalakkan jemur bayi bukan sebab cahaya pagi itu tidak baik untuk bayi tapi untuk mengelakkan kejadian bayi berjemur bawah matahari disebab kelalaian penjaga , itulah tidak diamalkan menjemur bayi. Mungkin ada kejadian bayi maut sebab terlalu lama dibawah cahaya matahari kot.

Ok, sebaik saja bayi lahir, memang ada kemungkinan bayi tersebut mendapat kuning, ini adalah disebabkan organ kumuhan baik belum berfungsi dengan sempurna.

Untuk mengelakkan bayi kita kuning , ada beberapa perkara perlu kita buat:
1. pastikan bayi kita minum susu ibu dengan kerap
2. Ambil daun peria, rebuskan. Mandikan bayi dengan air rebusan daun peria, walaupun bayi kita tak ada kuning. Jika bayi telah ada kuning, tumbuk daun peria, perah airnya. Titikkan 1-2 titik di mulut bayi. Buat 2 kali sehari. InsyaAllah paras kuning bayi tersebut akan menurun. Beberapa orang kawan telah mencubanya, Alhamdulillah, memang mujarab.

Selamat mencuba..

Saturday, October 5, 2013

Periuk kelihatan kusam, apa perlu buat?

Assalamualaikum , salam sejahtera..
Ha..biasa kita tengok iklan ..kulit ku kusam.. tapi kali ini..periuk ku kusam..hehe.
So jangan jaga muka aje, periuk pun kena jaga juga. Kalau periuk kusam, mood nak masak pun down juga. Saya ada petua nak kilatkan periuk. Ni petua ibunda.. Tak perlu beli bahan pencuci mahal-mahal. Kalu tak percaya, tengok before and after periuk ku ini hehe..


SEBELUM:




SELEPAS :


Nampak tak perbezaannya? Kalau tak nampak..kenalah guna crmin mata hehe..

Kalau nak periuk berkilau macam ni senang saja. Perlu ada 2 benda.
1. stainless steel scrub. Saya guna stainless steel bud amway. Walaupun harganya sedikit mahal, tapi sangat tahan..boleh sampai setahun menggunanya. Lagipun, dari segi keselamatan semasa kita skrub stainless steel bud amway ni tiada butir-butir halus stainless steel terkeluar. Tidak seperti jenis yang murah tu. Kalau tak dicuci bersih, silap-silap butiran stainless steel masuk dalam makanan yang kita masak.




2. Sabun mandi, tidak kisah apa brand

CARANYA: SENANG AJE...AMBIL STAINLESS STEEL BUD TU DAN GOSOK KAT PERIUK GUNA SABUN MANDI..JANGAN TERKEJUT TENGOK PERIUK ANDA BERKILAU;KILAU ..

Friday, December 21, 2012

Petua untuk Mengelakkan mabuk Laut atau darat

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Sekarang dah hujung tahun. Kebanyakkan orang mengambil peluang untuk bercuti. Rehatkan bandan dan minda setelah satu tahun bekerja keras. Tapi ada juga orang, hujung tahun merupakan masa paling sibuk. Yelah..kalau nak bercuti kena pandai menyesuaikan masa supaya kita masih dapat bercuti walaupun bukan pada hujung tahun.

Kali ini nak share petua untuk mengelakkan mabuk laut atau mabuk darat. Yelah..biasanya kita akan ambil pil untuk mengelakkan mabuk. Tapi kesan sampingan jika makan pil tersebut adalah ngantok. kalau dah ngantok mana ada seronok lagi..
Ok ini petua orang tua. Kalau selalu mabuk daam kenderaan, sebelum perjalanan letak koyok di pusat. InsyaAllah akan dapat rasa perbezaannya. Kalau ada yang dah mencuba petua ini, sila bagi feedback k, boleh jadi panduan orang lain.

Selamat mencuba...

Tuesday, January 3, 2012

Petua untuk mengelak terkena pukau

Hai...
satu lagi petua yang makcik tu tukang urut tu beritahu ialah petua untuk mengelak terkena pukau. Dia kata, ambil sehelai rambut kita sendiri dan masukkan kat jarum . Selepas itu, baca ayat Al -Ikhlas sebanyak 3 kali , selepas itu simpulkan rambut kita tadi. Sambil itu kita berserah kepada Allah agar sentaiasa melindungi kita dan apa yang kita buat hanyalah sebagai perantaraan. Apa yang akan berlaku semuanya dengan izin dan kehendak Allah.

makcik ini mendapat petua ini dari arwah suaminya.
Selamat mencuba.

Monday, January 2, 2012

Petua Awet Muda

Salam kawan-kawan...
Hari ini nak share tentang satu petua. petua ini saya perolehi dari makcik tukang urut. Sebenarnya makcik tu tak ada niat nak beri petua ini pada saya. Dia kata, dia tak akan beri petua keluarganya pada orang lain , tapi disebabkan saya bertanya ,dia beritahu. Petua ni yang diamal oleh arwah suaminya dulu yang juga merupakan tukang urut yang tidak kurang hebatnya,
    Saya tengok makcik tu nampak sihat dan bertenaga walaupun dah berumur dalm  lebih 60 tahun, gatallah mulut ni nak bertanya pada makcik tu apa amalan dia .
   Petuanya mudah saja iaitu meminum air daun sireh yang direbus . Daun sireh tu kena ada cara memotongnya, bukan main rebus macam tu aje
Apa yang menarik cara penyediaan daun sireh tersebut sebelum direbus.
caranya:
1. Guna daun sireh dalam kuantiti yang ganjil, bersihkan daun tersebut dahulu.
2. Susun daun sireh tersebut dan gunting dari bahagian belakang daun(susun bertindih) , sambil selawat 3 kali.
3. daun yang telah dipotong direbus
4. minumlah daun tersebut 2 atau 3 kali sehari



selamat mencuba.