Showing posts with label Puyuh. Show all posts
Showing posts with label Puyuh. Show all posts

Wednesday, March 19, 2014

Percubaan 1 : Pengeraman Telur Puyuh

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saja nak share proses pengeraman telur puyuh. Untuk tujuan ini , kita perlu ada mesin pengeraman. Saya bernasib baik kerana mempunyai adik yang sangat kreaktif. Dengan kreaktivitinya, dia berjaya mencipta alat untuk pengeraman telur yang jauh lebih murah.

Inilah rupa mesin incubator. Kalau ada sesiapa nak tempah pun boleh..


Beginilah rupanya telur di dalam incubator ini. Kalau telur disimpan didalam tray begini, tray hanya perlu diubah kedudukan 4 kali sehari. Kebaikan mengguna cara ini, semua telur akan berubah kedudukan dinbanding jika telur digolek secara manual setengah telu mungkin tidak berubah kedudukannya.




Cara pengeraman manual:
1. Hari 1-12 telur perlu digerakkan atau perlu digolek. Ini bertujuan supaya kuning telur tidak melekat pada kulit telur. Ini perlu dilakukan sebanyak 4 - 6 kali untuk mempastikan telur digerakkan

2. Pada hari ke 13-18 telur tidak perlu digolek lagi. Telur biasnya akan menetas pada hari ke 18

Pada hari ke 18, terdapat tanda-tanda telur retak...



Telur dah menetas... melihat telur menetas, sungguh takjud dengan ciptaan Ilahi.. Anak puyuh yang keluar dari telur puyuh tu seoalh-olah dah tahu macamana cara nak pecahkan telur tersebut.


Tapi dalam percubaan pertama ini hanya 10 % sahaja anak puyuh berjaya ditetaskan. Yang lain tidak berjaya ditetaskan.

Menjaga anak puyuh yang baru menetas, adalah sesuatu yang sangat mencabar. Puyuh yang berumur 1 -10 hari sangat sensitif dan mudah mati. Biasanya puyuh akan terus hidup jika telah berumur lebih dari 2 minggu.

Sangat sedih , anak puyuh yang telah menetas di simpan dalam bekas yang perlu dipastikan suhu sekitar 38 darjah.

Apa yang berlaku pagi tadi sangat menyedihkan, balik-balik dari sekolah, didapati tiada seekor pun anak puyuh didalam bekas.. rupa-rupanya anak puyuh tu dah dimakan oleh kucing. Nampak percubaan pengeraman pertama tidak berjaya..kesian...

Sebenarnya dah ramai yang booking anak puyuh tu... minta maaf, kita hanya merancang...

 Untuk percubaan yang kedua kita tidak menggunakan tray. Telur hanya diletak dilantai alat pengeraman dan telur perlu digolek sebanyak 4 - 6 kali sehari. Mungkin peneraman yang pertama tidak berjaya mungkin kerana mentol terlalu dekat dengan telur. Harap percubaan kali ke 2 ini akan mengembirakan kami..Amin....

Wednesday, March 5, 2014

Anak Puyuh

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Mm.. dah ramai yang menempah anak puyuh. Wah.. hot sale.. Semalam 1 Mac 2014 dah mula incubate  100 biji telur puyuh.. InsyaAllah selepas 17 hari  iaitu pada 17 Mac 2014   telur akan menetas.

Yang seronoknya mesin incubator ini hasil kreaktiviti adik. Tahniah pada adik yang sangat kreaktif. Mesin ini terbukti berhasil , 80% penetasan . Kalau ada yang berminat nak beli, dia juga menerima tempahan. hanya rm300 yang boleh memuatkan 100 biji telur puyuh. boleh juga diguna untuk menetas telur selain dari telur puyuh.

Apa yang perlu dilakukan ialah memantau suhu dan kelembapan walaupun suhu dan kelembapan telah di set. Suhu yang sesuai untuk proses penetasan adalah 38 .Oleh kerana mesin ini manual, telur perlu digerakkan 4  kali sehari untk mengelak kuning telur dari terlekat pada cengkerang telur tersebut. Telur itu perlu digerak-gerak selama 13 hari. Selepas itu tidak perlu digerak lagi. Selepas 5 hari, telur akan mula menetas. Tak sabar menunggu saat itu.

Sama-samalah kita menunggu saat itu. Inshaa Allah saya akan update anda. Jika ada yang berminat nak membela puyuh, bolehlah booking anak puyuh. hanya RM2 untuk anak puyuh yang berumur 7 hari untuk puyuh jenis biasa, kalau puyuh emas atau puyuh putih, harga lebih mahal 50 sen dari puyuh lain.

Berminat boleh hubungi 013-817 4166

Sunday, February 16, 2014

Puyuh OH PUYUH 7

Assalamualaikum dan salam sejahtera'
Dah hampir 60 hari anak-anak menternak puyuh.Pengalaman yang sanagat menakjubkan. Mana tidaknya, setiap hari selepas Asar atau lebih kurang jam 4, adalah masa unyuk memungut telur..wah.. mula- ula 1 biji, kemudian bertambah 2 biji. Beberapa hari kemudian bertambah 5 biji dan hari ini tadi 15/2/2014 telur yang dipungut sebanyak 7 biji.
Bukan setakat anak-anak yang seronok, ibunya pun seronok juga. Inilah telur-telur puyuh tu..






Jika ada yang berminat nak menternak puyuh, boleh hubungi adminatau towkey puyuh. Pasti anda akan teruja dengan pengalaman ini, terutama sekali-anak-anak kita.

Friday, January 31, 2014

PUYUH OH PUYUH 6


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Zaman sekarang, zaman moden, zaman digital kata orang. Kadang-kadang kita terlepas pandang dengan anak-anak kita. Kesian tengok anak-anak kita tidak membesar seperti kita dahulu. Sekarang most permainan berbentuk digital.

Hinggakan anak-anak kita nak bela pet pun digital. Memanglah tak sama membela pet secara digital dengan membela pet yang real hehe.. Memang cukup jam, kita beri makan dan beri munum pada pet kita. tapi budak-budak tiada perasaan sayang dengan pet digital tu.

Menyedari hakikatitu, saya mengambil keputusan untuk membela puyuh, walaupun ada banyak lagi binatang yang boleh dibela, contohnya kucing. Saya memilih puyuh ini kerana beberapa perkara:

1. Tidak memerlu tempat yang besar. Jika suka boleh modify bekas letak pinggan untuk dijadikan rumah puyuh. Atau boleh guna bekas buah longan untuk membela. Bekas buah ini mungin boleh muat dalam 5 ekor puyuh.


Ini bekas letak pinggan yang telah diubahsuai menjadi reban puyuh. Bekas ini boleh diletak di belakang rumah.


Kalau dah ubahsuai bekas pinggan, towkey puyuh boleh nasihat secara percuma hehe...
Ini bekas buah, boleh juga diguna sebagai sangkar puyuh. Cuma yang tak best, kita tak nampak puyuh tu hehe...


Puyuh dalam bekas buah longan : 
Bekas ini boleh muat dalam 6 ekor puyuh.



2. Puyuh ini, tak memerlu modal yang besar. Makanannya 1 kg harga dalam RM2.50 Senang nak jaga. Kalau tak mahu najis nya berbau dan megelakkan lalat, boleh letak serbuk kapur di bekas najisnya. Nanti najisnya akan kering. Najis ini , boleh dibuat baca sayur. Kan sekarang ini, harga sayur dan naik, tanamlah sayur dalam pasu. Jangan terkejut bila tengok sayur ataupun bunga anda cantik.

Najis puyuh dijadikan baca.




3. Selepas 42 hari, puyuh ni akan bertelur, ha.. telur tu boleh dimakan. Ada yang buat telur masin menggunakan telur puyuh ini. Kalau nak buat telur goreng, boleh juga. Kena guna dalam sepuluh bijilah, baru cukup hehe..



4. Yang akhir sekali, dagingnya boleh dimakan. Berumur 42 hari ke atas dah boleh disembelih. Daging puyuh in, lebih sedap dari daging ayam moden. Rasa macam ayam kampung.. tak banyak lemak. Wow..kalau dah makan puyuh goreng..memang tak pandang lagi KFC tu hehe...

Bermain-main dengan puyuh...





Tengok tu..kiut kan puyuh ni.. tengok puyuh..boleh hilangkan stress....

Bagaimana, ada yang berminat, projek budak-budak seterusnya adalah nak berjual anak puyuh, dah ada yang booking, walaupun..telur puyuh baru 2 biji hehe...

Kalau ada yang berminat, boleh booking dulu..

Hubungi towkey puyuh 013- 825 5642





PUYUH OH PUYUH 5

Assalamualaikum , salam sejahtera..
Rasanya masa berlalu begitu pantas, pejam celik-pejam celik dan lebih 42 hari umur si puyuh. Seronok tengok budak-budak menjaga puyuh. Kerja taklah banyak sangat, tapi mesti pastikan air dan makanan nak mencukupi. Saya perhatikan puyuh ni kuat minum air.
Bila jaga puyuh ni, secara tak langsung mengajar anak-anak utuk lebih berdisiplin dan kena pandai bahagi tugas.. tugas berat jadi ringan

Semalam, 30/1/14 puyuh bertelur lagi.. bukan saja anak-anak yang excited tengok puyuh bertelur..tak dinafikan, mamanya pun excited juga. Sebab tak ada pengalaman menjaga binatang sebelum ini.







Jika ada yang berminat nak jaga puyuh, just utk pet budak-budak, boleh contact kami. Saya nak latih anak- anak berniaga, cuba menjadikan puyuh ini sebagai permulaan untuk menanam sikap bertanggungjawab dan kemudian bila ada anak puyuh ini melatih mereka berjual puyuh di pasar. Bukan senang nak berjual di pasar tu, tambah anak-anak saya tak pernah membuat perkara macam tu, memanglah cabaran yang besar.. nak hilangkan persaan malu untuk berjual hehe. Honestly, saya pun malu nak berjual kat tempat macam tu. Silap-silap nanti, saya terpaksa teman anak-anak berjual di pasar..Harap taklah hehe....

Thursday, January 30, 2014

PUYUH OH PUYUH 4

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Dah lebih 42 hari usia puyuh. Masa berlalu begitu pantaskN. Pejam celik dah 6 minggu berlalu. Menurut pakar puyuh, bila puyuh berusia 42 hari, puyuh akn bertelur. Tapi ini juga bergantung dengan makanan yang kita berikan.

Nampak anak-anak setiap hari tengok, mana tau sipuyuh bertelur. Ha...hari ini, 29/1/2014 , puyuh tak mengecewakan.. dah ada satu biji telurnya. bertelur selepas waktu asar. harap esok ada lagi telur selepas waktu Asar. Menurut pakar puyuh lagi, telur selepas 2 minggu dari tarikh pertama telur baru sesuai untuk ditetaskan. So apa lagi, telur puyuh dalam masa 2 mingguni untuk dimakan.

Anak-anak pula cadang nak jual telur -telur tersebut, nak cover expenditure puyuh selama ini . Untuk membuat reban, beli bekas makanan dan lain-lain yang dah mencecah rm300 lebih. Yang penting setiap bela puyuh ni nak ajar budak-budak untuk berniaga.  Kenalah rekod segala perbelanjaan , jangan ingat bila dapat jual saja dah untung. Eh...melalut pula..
 Ok, ni nak tunjuk telur pertama si puyuh..







Jika ada yang berminat, bolehlah whatsapp towkey puyuh.. 013-8255642. Jika towkey puyuh tak jawab..boleh juga guna no ini..013-8174166

Wednesday, January 1, 2014

PUYUH OH PUYUH 3

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
dah 3 hari budak-budak memelihara puyuh. Nampak gayanya, so far so good. Makanan dan minuman puyuh sentaisa diperiksa, agar si puyuh tak kebuluran.

Bab yang agak mencabar adalah mencuci najis puyuh.. so far tak ada masalah. Reban puyuh bersih.. meneurut anak, dah nampah saiz puyuh besar. hehe.. baru je 3 hari.. walau apapun, nampak sangat mereka excited dengan puyuh ini. Dalam satu hari beberapa kali jenguk si puyuh. Malam sebelum tidur pun , jenguk si puyuh juga. Itu petanda positif... Semuga usaha mereka akan membuah hasil

Yang penting , mereka dapat belajar bagaimana nak jadi usahawan. Belajar bagaimana nak kira dan rekod perbelanjaan. Interesting juga. Kalau ada teman-teman diluar sana nak mencuba menternak puyuh untuk anak-anak bolehlah bermula dengan 10 ekor. Kalau ada yang berminat bolehlah contact towkey puyuh  013-825 5642.








Itu gambar puyuh-puyuh yang comel...

Mungkin ada yang dah tertawan hehe....

PUYUH OH PUYUH 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kali ini nak share info tentang puyuh . Hehe..lucu juga. Saya saja postkan aktiviti penternakan puyuh kat sini, untuk rujukan anak-anak dan yang paling penting, sebagai kenanga

Cara penjagaan :
1.puyuh yang berumur 1-7 hari sangat fragile dan pastikan suhu nya tidak terlalu sejuk.
2. 2 minggu ke atas, bulunya dah tumbuh jadi agak senang untuk menjaganya.
3.Puyuh akan mula bertelur apabila berumur 42 hari. Biasanya ia akan bertelur setiap hari.


Beginilah rupa telur puyuh...

 kalau anda bela 20 ekor puyuh betina, setiap hari anda akan dapat kumpul 20 biji telur. menurut mentor, puyuh tu bertelur setiap hari. mm... tak sabar nak menunggu puyuh bertelur.




Untuk penduduk sekitar Sibu, kalau ada yang berminat nak memelihara puyuh, boleh booking dulu. Projek puyuh dijangka mengeluarkan anak puyuh dalam hujung Febuari atau awal mac 2014.

Boleh whatsapp atau sms 013 817 4166

PUYUH OH PUYUH 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kaliini nak share projek anak-anak dengan adik. Nak tau ap projeknya? Hehe...sesuai dengan tajuk post saya kali ini..apa lagi PUYUH. Penternakan puyuh kecil-kecilan di rumah. Memang tak pernah terfikir nak menternak puyuh. Bila adik offer dan anak-anak setuju, apa lagi on sajalah. Yang penting budak-budak tu, jangan hangat-hangat tahi puyuh..nanti saya pulak yang terlibat sama huhu.



Inilah puyuh-puyuh tu, terdiri dari beberapa jenis, puyuh biasa, puyuh emas dan puyuh putih. Menurut mentor, baka puyuh emas biasanya lebih mahal sebab telurnya agak besar dan cantik. Apa-apa pun, nanti kita tengoklah apa berbezaan lain hehe..

Puyuh dalam gambar tu berumur 3 minggu. Kalau ada yang berminat nak memelihara puyuh boleh hubungi saya.

Mungkin ada hikmah menternak puyuh ni:
1.menanam sikap bertanggungjawab pada anak-anak.
2. Miningkatkan disiplin sebab mereka ada tanggungjawab tambahan hehe..
3. Mengajar anak untuk berniaga . Mereka ada buku akaun untuk merekod perbelanjaan yang telah dikeluarkan. Bila puyuh besar dan bertelur,mmereka merancang nak menjual anak puyuh tersebut.

Sangat gembira sebab mentor akan bekalkan alat untuk menetas telur buatan sendiri. Siapa yang berminat boleh juga hubungi saya hehe..

Persediaan untuk menternak puyuh :
1. Perlu sediakan sangkar. Dalam kes kami, sangkar dibuat sendiri, dapatlah jimat sedikit. Kalu bela dalam 20 ekor boleh modify bekas letak pinggan menjadi sangkar puyuh.

Proses membuat reban bersama mentor




Reban yang dah siap, yang ini boleh muat lebih dari 500 ekor. Ada mula mengira..kalau seekor anakpuyuh berharag RM2.. boleh dapat RM1000... wah... Tak apalah, biarlah mereka berangan. InshaaAllah..angan -angan itu akan menjadi kenyataan selepas enam bulan.



Tengok..pekerja kerja keras nak pindahkan reban yang dah siap..



Dah selamat berada di tempatnya....



Jika ada yang berminat nak menternak boleh hubungi saya 013 817 4166