Thursday, January 30, 2014

PUYUH OH PUYUH 4

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Dah lebih 42 hari usia puyuh. Masa berlalu begitu pantaskN. Pejam celik dah 6 minggu berlalu. Menurut pakar puyuh, bila puyuh berusia 42 hari, puyuh akn bertelur. Tapi ini juga bergantung dengan makanan yang kita berikan.

Nampak anak-anak setiap hari tengok, mana tau sipuyuh bertelur. Ha...hari ini, 29/1/2014 , puyuh tak mengecewakan.. dah ada satu biji telurnya. bertelur selepas waktu asar. harap esok ada lagi telur selepas waktu Asar. Menurut pakar puyuh lagi, telur selepas 2 minggu dari tarikh pertama telur baru sesuai untuk ditetaskan. So apa lagi, telur puyuh dalam masa 2 mingguni untuk dimakan.

Anak-anak pula cadang nak jual telur -telur tersebut, nak cover expenditure puyuh selama ini . Untuk membuat reban, beli bekas makanan dan lain-lain yang dah mencecah rm300 lebih. Yang penting setiap bela puyuh ni nak ajar budak-budak untuk berniaga.  Kenalah rekod segala perbelanjaan , jangan ingat bila dapat jual saja dah untung. Eh...melalut pula..
 Ok, ni nak tunjuk telur pertama si puyuh..







Jika ada yang berminat, bolehlah whatsapp towkey puyuh.. 013-8255642. Jika towkey puyuh tak jawab..boleh juga guna no ini..013-8174166

No comments:

Post a Comment