Showing posts with label Pengurusan Kewangan. Show all posts
Showing posts with label Pengurusan Kewangan. Show all posts

Tuesday, September 29, 2015

Ke arah bebas kewangan / Financial freedom melalui simpanan, bolehkah1 ?

Asssalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa yang saya tulis ini adalah dari pengalaman sendiri. Apa yang saya amalkan adalah dari kursus yang saya ikuti dan buku yang saya baca.

Kita tidak pernah diajar bagaimana nak menguruskan kewangan kita. Dari kita kecil, ibu bapa dan uga guru-guru hanya menanamkan dalam fikiran kita , belajar betul-betul untuk hidup senang kemudian hari nanti. Hidup senang ini , maknanya kerja dengan pendapatan yang banyak. kalau kita tanya anak-anak kita, kesemuanya belajar untuk mendapat wang yang banyak atau gaji yang tinggi.

Tapi kita tidak pernah diajar bagaimana nak mengurus wang dengan bijak. Kita hanya diajar bagaimana nak berjimat. Pada pandangan peribadi saya berjimat sahaja tidak mencukupi. Tak akan sepanjang usia kita, kita nak berjimat. Kita patut pergi lebih jauh dari itu. Kita nak wang yang kita simpan akan bekerja dan menghasilkan lebih wang sehingga pada satu masa, kita tidak perlu bekerja dengan aktif kerana wang telah bekerja untuk kita. Dalam istilah glamour sekarang, FINANCIAL FREEDOM. Bolehkan kita capai financial freedom dengan simpanan?

Jawapnya boleh, dengan syarat kita memulakan pengurusan kewangan dengan cara yang betul sejak kita mula bekerja. Tulisan ini saya tujukan khas untuk anak-anak yang saya sayangi semoga mereka dapat menjadikan pengalaman saya ini sebagai panduan agar mereka tidak melakukan kesilapan seperti saya.

Untuk menjamin kita menyimpan dengan berkesan dan juga kita boleh menikmati kehidupan seperti orang lain . Maksud saya seperti orang lain adalah simpanan kita jangan sampai merumitkan kehidupan kita, kita masih boleh membeli apa yang kita minat, kita masih boleh menikmati makanan di luar dan kita juga bolehbergembirabersama kawan-kawan, menonton wayang dan lain- lain aktiviti. Jngan sampai kita nak simpan banyak sampai kita sekat semua aktiviti-aktiviti yang kita suka nak buat.

Yang paling asas untuk menimpan adalah BERJIMAT.
Sebelum berbelanja, kena tanya diri samada itu KEPERLUAN @ KEHENDAK.

Apabila telah bekerja,

1. Buat potongan gaji ke ASB ataupun Tabung Haji, minimum 10%. Kalau boleh buat julah potongan yang lebih besar adalah lebih baik. Ini adalah penting untuk mendidik kita berbelanja mengikut gaji bersih yang kita terima.
saya simpan lebih dari 10% sebab tujuan saya menyimpan adalah sebagai deposit untu membeliaset disamping sebagai tabung kecemasan.

2. Pastikan anda ada membeli Takaful. Ini SANGAT-SANGAT PENTING. Dan saya tak ada beli Takaful secara serious sebab pada masa saya mula kerja tiada pilihan dalam membeli insuran. Pada masa itu, rasa berbelah bahagi untuk membeli insuran kerana pulangan sangat sedikit dan jika kita berhenti sebelum habis tempoh, pulangan yang kita perolehi sangat sedikit. Terasa diri ditindas. Sebab itulah saya hanya beli sedikit, tak sampai pun 2% dari gaji. Tambah pada masa terebut ada yang mengatakan insuran itu tak halal dan banyak lagi cerita negatif tentang insuran.

Tapi sekarang tidak lagi, kerana kita ada pilihan iaitu takaful.Yang pastinya patuh syariah.
Baru-baru ini saya mengambil keputusan untuk membeli Takaful dengan mediplan. Kata orang, tak ada istilah lambat untuk memulakan sesuatu yang baik.
Yang tak bestnya bila beli takaful masa berumur ialah sumbangan bulanannya agak besar. Mana tidaknya semakin berumur, risiko semakin menigkat hihi..syarikat takaful pun kena tanggung risiko tu.

Untuk mempastikan saya tidak membuat kesilapan yang sama, untuk anak-anak saya, saya dah beli siap-siap takaful untu mereka. Usia 18 tahun, hanya perlu sumbangan RM150 atau kurang untuk mendapatkan perlindungan , simpanan dan pembiayaan bil hospital berjumlah RM850,000 sehingga usia 100 tahun. yang bestnya wang dalam akaun fund value boleh dikeluarkan. Jika berlaku apa2, kita tak perlu risau sebab kita telah dilindungi. nanti saya share apa yang anak saya dapat apabila dia berumur 40 tahun.


Anak saya berumur 21 tahun dengan sumabangan sebanyak RM160 sebulan membolehkan dia dilindungi senayak RM79,000.00 sekiranya berlaku musibah dan nilai ini meningkat  ke RM109,000 bila dia berusia 40 tahun.
Seperti yang saya beritahu sebelum ini, jika wang dalam akaunnya tidak diusik, apabila dia berusia 40 tahun  terdapat lebih RM60,000 dalam akaunnya.
Yang paling  bestnya anak saya akan mendapat pembiayaan hospital sehingga RM850,000 sehingga usianya 100 tahun dengan hanya membayar RM150 sebulan sehingga kontrak matang.
Jika anak saya mendapat penyakit kritikal, syarikat takaful akan membayar sejumlah wang untuk tujuan rawatan seperti yang dipersetujui dalam kontrak dan sumbangan bulanan akan ditanggung oleh syarikat takaful.

Jika anak saya admit di hospital, dia layak untuk claim dari syarikat takaful rm100 sehari.

Saya menyedari takaful ini sangat penting,sebab hidup kita tidak selaunya indah dan kita harus bersedia untuk menghadapi apa- apa kemungkinan.
Jika ditakdirkan kita meninggal dunia, sekurang-kurangnya kita tidak membeban kan waris kita dan sebahagian daripada wang pampasan itu boleh  diguna untuk amal jariah kita, untuk saham akhirat.

Jika ada yang berminat, boleh hubungi saya. Saya akan buat cadangan pelan takaful yang bersesuaian dengan bajet dan keperluan anda.

3. Simpanan emas -
Saya juga telah membuat simpanan emas dan banyak juga kesilapan yang telah saya lakukan. Jika nak buat simpanan emas, kena pastikan harga yang kita beli. Jangan beli masa harga emas mahal. Jika harga dibawah RM170 untuk 10 gm bolehlah membeli dalam kuantiti yang kecil. harga emas pernah mencapai RM200 untuk 10 gm dan harga yang paling redah adalah sekita RM130 untuk 10gm

Simpanan emas boleh dijadikan deposit untuk membeli aset keudian hari kelak.

Saya rasa setakat ini dahulu untuk kali ini.

Saturday, August 29, 2015

Tidak Perlu Keluar Wang Yang Banyak Untuk Memperbaharui Insuran dan Cukai Jalan Kereta.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Adoi...bulan depan road tax mati, bila road tax mati, insuran pun mati. Apa maknanya? Mm... maknanya mana nak cari duit untuk bayar road tax.

Saya tidak ada masalah untk memperbaharui insuran kereta atau membayar insuran tahunan untuk diri sejak saya mengamalkan cara ini.

Caranya mudah saja :
1. Apabila anda membeli kereta, pastikan anda membuka akaun simpanan di bank tempat anda membuat pinjaman.Saya tidak membayar terus ke akaun pinjaman  sebab inilah trick saya untuk mempastikan saya ada cukup simpanan untuk membayar insuran kereta dan insuran nyawa. Jangan kereta aje ada insuran, orang yang membayar bulanan tu pun perlu ada insuran juga hihi.

2. Caranya mudah saja. Kalau bayaran bulanan kereta RM800, saya akan bank in ke akaun simpanan ini RM1000.. maknanya saya ada lebihn RM2400  untuk insuran kereta dan insuran nyawa. Jadi , bila sampai tempoh masa untuk memperbaharui insuran, saya hanya perlu keluarkan wang dari akaun ini. Yang perlu diingatkan jangan apply ATM card untuk akaun ini hihi.

Saya guna cara yang sama, contoh jika saya ingin membeli sesuatu, saya buat simpanan yang sama. Bila kita membeli secara tunai, kita boleh menawar untuk harga yang lebih murah..

Selamat mencuba...

Saturday, September 28, 2013

Simpanan 1 Dinar Untuk Simpanan Pelajaran Anak Anda

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sejak bulan Mei, tahun ini saya dapati harga emas agak rendah sekitar RM600-RM650 untuk 1 dinar produk Public Gold. Saya ingat masa saya mula membeli produk Public Gold pada tahun 2011, harga 1 dinar ialah RM800- Rm850,  Mungkin ada yang terfikir saya rugi membeli emas. Pada saya , tidak rugi , sebab selagi kita tidak menjual emas terssebut, selagi itu kita tidak rugi. Membeli emas untuk simpanan adalah salah satu cara untuk menangani simpanan kita dari susut nilai. Pembelian emas perlu disimpan untuk jangka panjang iaitu lebih kurang 10 tahun.

Oleh itu, saya saran anda di luar sana membuat simpanan untuk anak anda dalam bentuk kerana simpanan itu tidak akan diguna sehingga anak anda berusia 17 tahun iaitu selepas SPM.

Simpanan Pelajaran Anak Anda dengan 1 dinar.....



Bayangkanlah :

1. jika kita membeli 1 dinar (4.25 gm)  setiap bulan, setahun kita akan dapat mengumpul 12 keping 1 dinar yang seberat 51 gm. Kalau kita menyimpan secara consistant selama 17 tahun, kita akan berjaya mengumpul  867 gm. Bayangkan bila anak kita berumur 17 tahun kita telah berjaya mengumpul hampir 1 kg. I kg sekarang bernilai melebihi RM100,000.00. Mungkin simpanan 1 dinar yang bernilai RM600- RM800 itu agak tinggi.

2. Untuk yang tidak mampu membeli 1 dinar setiap bulan, Public Gold Berhad ada mengadakan  pembelian secara ansuran selama 4 bulan dengan charge perkhidmatan hanya 0.5% ( Pembelian secara EPP). Kalau nak tahu lebih detail boleh rujuk cikguemas.com atau emassibu.blogspot. Dengan membuat pembelian secara ansuran , anda hanya perlu membayar RM140- Rm180 setiap bulan. Selepas setahun, anda akan dapat memiliki 3 keping 1 dinar yang beratnya 12.75gm . dan jika kita consistant membuat EPP selama 17 tahun kita akan dapat memilik51 keping 1 dinar yang beratnya  200.75gm. Nilai sekarang lebih kurang RM30,000.

Bagaimana?. Kalau anda berminat, boleh hubungi saya di 013;817 4166


Friday, December 21, 2012

Bijak Wang

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa khabar ? Adik-adik yang baru bekerja , apa khabar? Tentu rasa seronok bila dapat gaji pertamakan? Biasa parents yang beri belanja bulanan..tapi sekarang dah ada income sendiri. Tahniah..kepada adik-adik yang dah ada pendapatan sendiri.

Dari pengalaman yang lalu, jumlah gaji yang diterima tidak akn menjamin jumlah wang kita kan simpan 10 tahundari sekarang. Masa di sekolah atau di universiti kita tidak pernah diajar cara untuk mengurus wang atau pendapatan kita. Biasanya kita akan belajar setelah kita membuat kesilapan. Ini juga terjadi pada saya. Saya menulis ini supaya boleh menjadi panduan kepada semua agar bijak mengurus pendapatan masing-masing.

Dulu , masa muda-muda terfikir dengan membuat simpanan di bank, saham atau insuran adalah keputusan yang bijak. Tapi cara itu sudah tidak sesuai sekarang. Kita mungkin boleh menyimpan dengan cara tersebut tetapi simpanan kita tidak memberi pulangan yang optimum pada kita.
Bayangkan kalau tahun ini kita berjaya menyimpan RM10,000.  Dengan keadaan inflasi yang meningkat, wang RM10,000 setahun akan nilai Rm10,000 itu mungkin boleh menyusut menjadi RM8,000. Bukan bermakna simpanan kita menyusut menjadi RM8,000 tetapi jumlah barang yang kita boleh beli dengan wang RM10,000 berkurangan. Detail info di publicgoldsibu.blogspot.com.

Mungkin ada yang tertanya apa cara yang sesuai untuk simpanan ? Jawabnya : rumah , tanah dan emas.

 Mungkin rumah dan tanah merupakan simpanan yang paling kukuh..tapi orang yang baru bekerja, mana ada simpanan untuk deposit rumah atau mungkin tak pasti lagi mana tempat untuk menetap.

Jadi cara simpanan yang realistik adalh membeli emas. Dengan mengguna emas yang dikumpul, akhirnya kita akan boleh memiliki emas. Caranya? ... rujuk di publicgoldsibublogspot.com

Wednesday, February 29, 2012

Nilai Emas Tidak Akan Susut

Salam..
saya harap sesiapa yang membaca blog ini akan terbuka hati untuk menyimpan emas. Jangan ulangi kesilapan saya. Dulu , saya selalu beranggapan , kalau sompan emas, takut emas hilang, susah nak simpan lebih baik simpan wang di bank atau ASB. Cara pemikiran begitu perlu diubah.

Bayang 15 tahun dahulu, harga emas 10 gm RM40. Kalaulah masa tu, saya mula membeli tak banyak 500gm yang berharga RM20,000, Dah tentu sekarang sekarang harganya RM96000. Kalau kita simpan duit RM20,000 ,rasa-rasa nilainya boleh sampai RM9600 kah selepas 15 tahun.? Fikir-fikirlah sendiri.

Kalau sekarang 10gm harganya RM1970, tak mustahil 15 tahun lagi harganya akan berlipat kali ganda. Jangan hanya jadi penonton melihat harga emas naik, ambillah tindakan untuk sama-sama meraih keuntungan dengan kenaikan harga emas itu. Bertindak sekarang.

Simpanan Perak

Salam....
Mungkin ada yang terfikir tak mampu nak beli emas kerana pada hari ini 10gm berharga RM1970 iaitu RM30 lagi henadak mencecah RM200. Tak apa, jangan mudah berputus asa, ada pilihan lain iaitu beli perak public gold , harga masih murah jika dibanding dengan perak. Pada saat ini harga 100gm perak public gold adalah RM470. Kalau buat bayaran ansuran selama 4 bulan, setiap bulan hanya bayar RM120-130.  Dengan nilai ini , tak ada masalah untuk buat simpanan . Keterangan lebih lanjut di www.publicgoldsarawak.com

Sunday, January 8, 2012

Simpanan Emas Fizikal

Hi..
hari ini nak share sekali lagi info tentang simpanan emas fizikal, kalau anda membeli emas melalui Public Gold, anda juga boleh membeli secara ansuran selama 4 bulan dimana charge admin sebanyak 0.25% dikenakan. Yang untung mengguna cara ini adalah , kita lock harga emas bila harga emas turun. Nanti saya akan terang dengan lebih lanjut.

Ok...  Jika ada sesiapa yang berminat tentang simpanan emas Public gold, bolehlah layari www.publicgoldsarawak.com untuk keterangan lebih lanjut. Harga belian emas di public gold dikemaskini setiap 25 minit. Ikut kebijaksanaan anda bila hendak lock harga. Sesiapa yang berminat untuk mmebeli emas ini boleh hubungi saya di 013-8174166.

Bertindaklah dari sekarang. kalau kita rasa harga emas hari ini mahal, hari esok harganya akan bertambah mahal.Yang membezakannya adalah seawal mana kita hendak mula menyimpan emas.

Simpanan Emas

Salam..
Selamat tahun baru. Tentu setiap kita macam biasa, bila masuk aje tahunbaru tentu kita ada azam baru. Tahun ini saya nak ajak kawan -kawan semua buat satu lagi azam baru iaitu, mula membuat simpanan dalam bentuk emas fizikal. mungkin ada yang akan kata mahallah nak beli emas, Kalau hari ini kita kata mahal, tahun hadapan ia akan bertambah mahal. harga emas tidak akan turn, itu yang pasti.

Beli emas fizikal yang say maksudkan ialah beli emas melalui Public Gold Sdn. Bhd. kalau ada yang berminat nak beli atau nak tau lebih lanjut boleh hubungi saya.
Emas yang dijual ada dalam bentuk bar atau dalam bentuk barang kemas. Kalau nak beli kena monitor harga dulu, beli bila harga turun. sesiapa yang berminat, boleh PM me , nanti saya akan let you know bila harga emas turun.

Kenapa saya galakkan anda membeli emas adalah dengan menyimpan dalam bentuk emas, nilai wang kita tidak akan susut
Contoh: pada hari ini harga 10grm PG Gold adalah :RM1827 , mungkin tahun 2013 nilainya akan menjadi RM2200. Nilai wang kita tidak akan susut.

Kalau pembaca berminat boleh hubungi saya di 0138174166

Sunday, December 18, 2011

Tip Ketika berbelanja

nTips ketika membeli-belah :
1. jika kita ingin membeli sesuatu, kena tanya diri kita samada barang yang kita beli perlu atau tidak. nak tau samada perlu atau tidak, tanya diri ;kalau tak beli, tanpa barang tersebut kerja akan tergendala atau tidak. kalau tidak, partilah barang tersebut tak perlu. INGAT  ; JANGAN TAMBAH SEMAK DALAM RUMAH KITA.

Dengan sentiasa bertanya begini pada diri kita, kita akan dapat mengurangkan pembelian barang-barang yang tidak perlu.

Selamat mencuba....

Friday, December 16, 2011

Pengurusan Kewangan 3

Salam..jumpa sekali lagi
Kali ini nak share tentang buku yang saya baca berkenaan dengan pengurusan kewangan. Ini merupakan buku pengurusan kewangan kewangan yang pertama saya baca.

Bukunya ialah :
JUTAWAN DARI PLANET JUPITAR
AZIZI ALI


Pada pendapat saya, buku ini sangat sesuai dibaca jika kita ingin belajar car pengurusan kewangan yang bijak. Cara penyampaiannya mudah dan rinagn tapi maklumat  yang ingin disampai amat jelas. tahniah kepada Azizi Ali kerana telah memberi jalan kepada sesiapa yang berhajat untuk mengurus kewangan dengan lebih baik.

Kalau sebelum ini saya bercakap tentang cara melabur wang kita, saya terfikir, macamana nak membuat pelaburan jika pada setiap hujung bulan kita tidak ada duit lebih untuk disimpan.

Apa yang dapat saya share dari buka Azizi Ali adalah, perkara yang paling asas iaitu untuk mempastikan setiap bulan kita ada membuat simpanan secara tetap.

kata Azizi Ali:

Hidup mengikut kemampuan, itulah kunci kebahagiaan dan kebebasan kewangan. Kita perlu terima , kita tidak dapat memiliki semua yang kita inginkan. Nikmati dan hargai  apa yang kita miliki dengan bersungguh-sungguh, jangan asyik berpikir macma mana nak perolehi benda yang kita tak mampu miliki. 


Berbelanja kurang dari pendapatan kita. Beli kurang dari yang termampu. Sudah pasti kita ada lebihan wang pada setiap bulan.


Simpanlah sekurang-kurangnya 10% dari gaji bersih kita sebelum kita berbelanja dengan itu. pada setiap bulan kita akan membuat simpanan.


beli perkara yang perlu sahaja.


Kalau nak tahu lebih detail lagi, belilah buku  yang sya katakan tadi. Buku tersebut mudah difaham dan saya yakin ia makan menguntungkan jika kita mengamalkan apa yang disaran oleh Azizi Ali



Sunday, December 4, 2011

Pengurusan kewangan 3

Salam;;
bagaimana? Dah mula menyimpan ? saya nak share di sini agar kesilapan saya tak diulangi. Bila dah ada simpanan, 60% dari simpanan tu belilah emas . jangan simpan semua dalam bentuk tunai sebab nilai duit akan susut tapi tidak emas.
 kalau ada simpanan. kita labur dengan membeli;
 1. tanah yang berdekatan dengan sungai atau jalan
 2, rumah
 3. emas
Antara ketiga ini, yang paling mudah belilah emas;
kalau hari ini harga emas mahal. esok akan bertambah mahal
                                                                     

Friday, November 25, 2011

Pengurusan Kewangan 2

Salam...
Nak share cara mengurus kewangan. Paling asas kena kenalpasti perbelanjaan kita. Samada kita berbelanja kerana perkara yang perlu atau tidak begitu perlu. Cara yang kita perlu buat adalah, rekod perbelanjaan kita dalam satu minggu atau lebih tepat lagi dalam satu bulan. Setelah itu , kelaskan perbelanjaan itu samada perlu atau tidak begitu perlu.
untuk permulaan , cuba potong perbelanjaan yang tidak perlu itu, untuk permulaan sebanyak 10% untuk disimpan. Dengan kata lain, kurangkan perbelanjaan yang tidak begitu perlu sebanyak 10% untuk simpanan. Jika kita telah selesa simpanan boleh ditambah secara sedikit-sedikit.
Saya rasa, cuba dulu cara ini dan beri komen jika telah mencubanya.

Thursday, October 13, 2011

Pengurusan Kewangan;

Salam... kalau sebelum ini saya berkongsi tentang kebaikan menyimpan emas fizikal, saya rasa yang lebih penting lagi adalah cara kita mengurus kewangan kita. Kalau kita tidak mengurus dengan baik sudah pasti kita tak ada duit lebih untuk disimpan.

Pelaburan yang menguntungkan ;SIMPANLAH EMAS FIZIKAL

Salam...kali ini saya ingin berkongsi pengalaman tentang cara terbaik untuk menyimpan duit samada untuk anak-anak melanjut pelajaran, untuk mengerjakan haji, untuk memulakan perniagaan bila sampai masanya. Dulu , saya fikir simpanan yang paling menguntungkan adalah simpanan dalam ASB.
 Rupa-rupanya tanggapan saya salah apabila saya terbaca tentang simpanan emas fizikal. Bak kata orang..  tidak ada istilah terlambat untuk memula sesuatu yang membawa kepada kebaikan. Tanpa membuang lebih banyak masa , saya telah membuat keputusan untuk menjadi dealer Publicgold. Seingat saya, masa saya mula bertugas sekitar awal 90an, harga emas segram adalah sekitar RM38- RM40. Setelah 20 tahun berlalu, harga emas segram adalah sekitar RM190. Kalau dulu saya ada simpanan emas sebanyak 100gm yang bernilai RM3800 sekarang nilainya dah mencapai RM19000. Kalau dulu saya simpan dalam ASB RM3800, sudah pasti simpanan termasuk dividen tidak akan menjejah RM19000.  Mungkin ada yang terfikir, harga emas dah mahal.. lagi kita tunggu lagi mahallah harganya. Bertindak sekarang...saya sedia memberi nasihat jika perlu.

Simpanan untuk anak-anak, saya sangat - sangat menggalak untuk simpan emas fizikal. Jika kita tengok keadaa ekonomi dunia dan negara kita, lebih selamat untuk menyimpan emas dari menyimpan wang tunai. Jangan biarkan wang hasil titik peluh kita susut nilainya. Penat kita bekerja setelah 10 tahun, nilainya susut