Friday, November 25, 2011

Pengurusan Kewangan 2

Salam...
Nak share cara mengurus kewangan. Paling asas kena kenalpasti perbelanjaan kita. Samada kita berbelanja kerana perkara yang perlu atau tidak begitu perlu. Cara yang kita perlu buat adalah, rekod perbelanjaan kita dalam satu minggu atau lebih tepat lagi dalam satu bulan. Setelah itu , kelaskan perbelanjaan itu samada perlu atau tidak begitu perlu.
untuk permulaan , cuba potong perbelanjaan yang tidak perlu itu, untuk permulaan sebanyak 10% untuk disimpan. Dengan kata lain, kurangkan perbelanjaan yang tidak begitu perlu sebanyak 10% untuk simpanan. Jika kita telah selesa simpanan boleh ditambah secara sedikit-sedikit.
Saya rasa, cuba dulu cara ini dan beri komen jika telah mencubanya.

No comments:

Post a Comment