Showing posts with label MARY KAY. Show all posts
Showing posts with label MARY KAY. Show all posts

Thursday, April 25, 2013

Set Penjagaan Tangan Marykay

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa khabar semua? Dah lama rasanya tak menulis di blog ini. Semua yang saya tulis di blog ini adalah apa yang saya alami sendiri untuk menjadi panduan kepada anda di luar sana. Saya terpanggil untuk menulis di blog ini kerana kadang-kadang saya ingin mengetahui terutamanya tentang sesuatu produk. Kebanyakkan maklumat diperolehi dari pembekal ataupun pengedar. Kalau boleh, kita ingin mengetahui maklumat tersebut dari pengguna kerana pada saya ia lebih jujur.

Kali ini saya nak share tentang set penjagaan tangan dari Marykay yang terdiri dari 3 jenis iaitu skrub, pelembut dan losyen.


Kata orang, kalau nak tahu wanita itu tua atau tidak, lihat tangan atau kakinya.. Memang betul, kebanyakkan wanita mementing kulit muka tanpa menyedari kulit tangan dan kaki tidak kurang pentingnya.
Kali ini saya nak share tentang penjagaan tangan sebab saya sendiri telah mengguna produk ini melebi 1 tahun dan ternyata ia memang menberi kesan

Produk penjagaan tangan ini sanagt penting terutama yang bertugas dalam bahagian kesihatan dimana tugas mereka memerlukan mereka mengguna sarung tangan getah. Ini termasuklah saya sendiri. Dari pemerhatian saya, kebanyakkan kawan-kawan saya mempunyai kulit tangan yang agak kasar dan sedikit berkedut jika dibandingkan kawan-kawan seusia yang berlainan kerjaya. Kesimpulannya, mereka yang mengguna sarung tangan getah , kulit tangan mereka lebih terdedah kepada penuaan.

Untuk mengurangkan kesan sarung tangan itu, saya telah mencuba mengguna produk penjagaan tangan dari Mary Kay. Saya sentiasa membawa losyen dan pelembut mary kaya. Ia sangat membantu bagi sesiapa yang mempunyai kulit yang kering.

CARA PENGGUNAANNYA:
a. Penjagaan 1 atau dua kali seminggu :

1.Lembabkan tangan. Sapukan softener di keseluruh tangan.


2. Ambil sedikit srub dan skrub seluruh tangan berulang kali. Kalau kering, lembabkan sedikit tangan. Jangan terlalu basah.


setelah tangan diskrub, bilas dengan air dan lap kemudian sapu dengan losyen tangan.

3. Sapu tangan dengan losyen




b. Penjagaan harian :
Padas setiap hari , kita hanya mengguna pelembut dan losyen sahaja.
Caranya, sapu seluruh tangan dengan pelembut ,kemudian sapu semula dengan loseyen. Biasanya kesan lembapan boleh tahan satu hari.

Penggunaan secara rutin akan menampakkan hasil dalam masa 1 bulan.
Selamat mencuba.

Monday, March 18, 2013

MASALAH KULIT KUSAM ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya rasa gembira kerana kebanyakkan kawan-kawan yang mengguan produk Mary Kay berpuas hati dengan produk ini. Mereka mengatakan, memang produk ini agak mahal tetapi jika dibandingkan dengan tempoh penggunaannya, ternyata harganya sangat berpatutan. Malah lebih beruntung kerana dengan harga yang minima dan memberi kesan yang optima.

Kali ini nak share pula satu lagi produk Mary Kay :
Microdermabrasion step1 :  refining
Microdermabrasion step 2 : replenish



Produk ini diguna dalam teknik microdermabrasion yang biasanya dilakukan di salon kecantikan,  dengan mengguna produk ini,  kita boleh melakukan sendiri di rumah . Dengan penggunaan produk ini ia dapat memperbaiki kuit yang kusam yangbiasa terjadi pada wanita yang berumur 40 tahun ke atas.

Teknik mikrodermabrasi ini bertujuan untuk membuang sel-sel yang mati. Dengan melakukan teknik ini, ia dapat mengurangkan parut, jerawat , pori-pori besar dan menjadikan kulit lebih menyerlah. Ini adalah alternatif yang lebih baik dari mengguna pelling secara kimia.

Saya dah mengguna produk ini dan mendapati, parut -parut di muka kelihatan lebih pudar. Untuk mendapat kesan, perlu penggunaan secara berterusan selama 6 bulan.

Cara penggunaa:
1. Setelah muka dicuci dengan pembersih muka ( jangan keringkan muka ), picit sedikit mirodermabrasion step 1 dijari dan disapu di muka. Gosok seperti mengguna skrub muka. Microdermabrasion 1 sebenarnya adaln skrub tapi lebih halus dari skrub. Bila digosok di muka ia akan menanggalkan sel mati di samping menghapus sel-sel yang tidak sekata. Gosok dengan perlahan -lahan. Setelah pasti keseluruhan muka telah digosok, cuci dengan air. Keringkan denga tisu muka yang bersih.

2. Setelah itu, sapaukan microdermabrasion 2 ke seluruh wajah. Setelah itu sapu krim malam dan pelembab.

Untuk kesan yang optimum, digalakkan untuk membuat microdermabrasian setiap 2 hari.Jika kulit dan memuaskan penggunaan sekali seminggu memadai.

Untuk wanita di kawasan yang berdekatan dengan Sibu, sila hubungi admin untuk mendapat sampel percuma. Tawaran sehingga stok habis..

Wednesday, March 6, 2013

BENGKEL BE BEAUTIFUL SIRI 2/2013

Asslamamualaikum dan salam sejahtera,
Saya ingin memaklumkan , kami akan mengadakan bengkel kecantikan di atas pada
Tarikh : 4 Mei 2013
Tempat : Hotel Paramount, Sibu

Bayaran RM65 untuk pendaftaran sebelum 4 April 2013
selepas itu. bayaran adalah RM100

doorgift disediakan. Hadiah untuk BEST MAKE UP dan juga ada cabutan bertuah.

Wednesday, December 12, 2012

Bengkel Be Beautiful 1/2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera, penjagaan kulit yang optimum sangat penting supaya kita kelihatan muda berbanding dengan usaha. Tidak perlu berbelanja mahal untuk menjalani rawatan yang banyak disediakan oleh Pusat Kecantikan yang ada. Yang penting kita kena tahu cara dan produk yang sesuai untuk diguna. ramai wanita di luar sana telah berbelanja mahal bagi produk yang tidak menunjukkan kesan [pada kulit mereka. Selain itu apabila kita membeli produk  yang mahal itu, kita tidak diajar cara yang betul mengguna produk tersebut , apatah lagi mencuba produk tersebut. Tahukah anda walau semahal mana produk yang kita guna, jika kita mengguna dengan cara yang salah, kesannya tidak optimum.

Menyedari keadaan ini, saya ingin share dengan wanita yang ingin menjaga kulit mereka dengan produk yang berkualiti dan penggunaan yang minimum tapi kita mendapat kesan yang optimum. maksudnya, walaupun kita mengguna produk yang mahal.

Kepada wanita di Sibu dan kawasan sekitar sibu, sesiapa yang berminat untuk belajar penjagaan kulit yang betul dan seterusnya belajar solekan, sila register sebelum 31/12/12. Sila hubungi saya di 013-817 4166.

Bengkel Be Beautiful 1/13 :
Tarikh : 2 Febuari 2013
Masa : 9am -5 pm ( makanan dan sijil  disediakan  )
Tempat : Hotel Paramount

Atur cara program:

0800 -830 :     Pendaftaran
0900 -1030 :   Demo cara penjagaan kulit, mengenalpasti jenis kulit dan sesi soal-jawab
1030-1045 :   Tea Break
1100-1145 :    Demo teknik solekan pejabat
1145 -1230 :  Hands on facial bersama peserta
1230-1330 :   Lunch / solat
1345 - 1445 : Demo solekan pengantin/ makan malam
1500 -1700 :  Hands on solekan bersama peserta
1700-1730 :   Penyampaian sijil
                      Cabutan Bertuah
                      Hadiah untuk solekan tercantik.

Ini lebih kurang atur cara program pada hari tersebut. Peserta akan mendapat sampel produk yang sesuai untuk kulit mereka yang boleh diguna untuk 1 minggu.

Pendaftaran sebelum 31/12/12 akan mendapat potongan 35%, hanya perlu membayar RM65
Penjualan cosmatic dengan harga wow!
Semua produk Mary Kay dijual dengan potongan 10% pada hari tersebut....

Thursday, November 1, 2012

Berminat untuk menjadi perunding kecantikan Mary kay?

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Ada sesiapa di luar sana yang berminat menjadi perunding kecantikan Mary kay? Berita baik untuk yang berminat, dengan RM180..anda akan memiliki set Jualan untuk anda terus memulakan perniagaan Mary Kay. Latihan akn diberi kepada semua perunding kecantikan Mary Kay..



Add caption

Friday, October 19, 2012

Solekan

Assalamualaikum dan salam sejahtera , kali ini nak share cara-cara solekan. Paling penting, untuk menghasilkan solekan yang cantik, kulit wajah perlulah bersih, sihat dan licin. bagaimana nak mendapat kulit wajah yang licin? Mudah aje, penjagaan yang rapi setiap hari, iaitu
1. membersih muka setiap hari dengan pencuci yang tdak mengeringkan kulit anda.
2. Mengguna mask untuk pembersihan yang mendalam sekurang -kurangnya sekali
3. Penggunaan pelembab yang bersesuaian untuk siang dan malam
4. Perlindungan kulit dari kerosakan setiap pagi

Di Mary Kay, kita ada semua produk ini dan pelanggan boleh mencuba dan membeli produk untuk keguaan seminggu sebelum membeli pack yang besar. Berminat untuk mencuba, sila hubungi 013 817 4166.

Kecantikan dan keremajaan kulit di tangan anda...

Sebelum solekan :



Cara-cara solekan:
1. Mula dengan mengguna foundation
2. Sapukan loose powder.
3. Sapukan pewarna mata, alis mata dan maskara
4. Sapukan pemerah pipi
5. Sapukan gincu yang sesuai.

Selepas solekan


Lain kali saya akan share cara make step by step.

Sunday, September 23, 2012

Mary Kay Timewise Eye Target Cream

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar? hari ini saya nak share tentang satu lagi produk Mary kay yang saya sendiri guna. Produk ini untuk kawasan mata..dipanggil Mary Kay Timewise Eye Target Cream.


Untu sesiapa yang diluar sana mengalami mata yang sembam, gelap dan berkedut, cubalah produk ini. kebanyakkan pelanggan yang mengguna produk ini berpuas hati dengan hasilnya.

Apa yang saya sendiri alami, semenjak mengguna produk ini beberapa bulan , saya perasan bulu mata saya bertambah panjang dan gelap. tapi saya tak pasti samada ia disebabkan krim mata ini. Ada beberapa pelanggan mengalami perkara yang sama.

Yang best tentang krim ini, ia tak terlalu berminyak. ada bebola guli untuk memudahkan kita menyapu pada kawasan mata, Apabila krim itu disapau pada kawasan keliling mata, mata akan terasa segar, Cubalah untuk merasai kehebatan produk ini.

Penggunaan awal boleh melambatkan kedut terbentuk disekeliling mata kita.

Friday, August 24, 2012

FREE SKIN CARE CLASS

Assalamualaikum dan salam sejahtera, ada sesiapa di luar sana yang berminat untuk memncuba produk mary kay? Sila hubungi saya .
ini antara photo skin care yang pernah dibuat



Berita baik!!
Kelas Skin care diada di ishahbakery.blogspot di shoplot 26, Taman Desa Satria.
Sila hubungi 013-8174166 untuk tempah tempat.

Aktiviti :
Kelas 1 : ( PERCUMA)
1. Anda akan didedah dengan peluang kerjaya dalam Mary Kay
2. Mengenalpasti kulit wajah anda.
3. Mengenalpasti produk yang sesuai untuk wajah anda
4. mencuba produk tersebut dan rasailah kehebatan produk ini
5, anda diberi penerangan ringkas tentang asas make up.

Kelas 2 : Hands On Make Up untuk Pejabat:
Untuk kelas ini bayaran dikena adalah Rm30.00
Anda akan diajar cara make up yang betul . 
Diakhir kelas, anda akan mampu untuk mengenakan make up pada wajah anda

Kelas 3 : Advance make up untuk dinner ( RM65 )
kelas ini sesuai untuk mereka yang ingin menjadikan make sebagai pendapatan tambahan atau mereka yang ingin nampak glamour pada majlis tertentu. Anda boleh melakukan sendiri tanpa perlu membazir untuk membayar upah make up.

Bagi mereka yang ingin mencuba dan merasai kehebatan produk Mary Kay, anda dijemput untuk menghadiri kelas seperti dibawah , semuanya PERCUMA :
- Spa tangan
- Spa bibir
- Spa Mata
- Spa Kaki

Skin care class di tempat anda boleh dipertimbangkan. Sila hubungi Admin.



Tuesday, August 21, 2012

TIPS GINCU BIBIR TAHAN LAMA

Assalammualaikum dan salam sejahtera..
Apa yang perlu kita lakukan untuk mempastikan gincu bibir kita tahan lebih lama? Di pasaran ada banyak jenis gincu bibir . gincu bibir yang long lasting biasanya akan membuat bibir kita kering.
Baik...bagi teman-teman diluar sana, cubalah tips ini. sebelum menyapu lipstick di bibir, sapu sedikit foundation  sebelum menyapu gincu anda, Cubalah...

FREE SKIN CARE CLASS

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Berita baik untuk anda yang mementingkan kecantikan kulit wajah. Kami akan mengadakan sesi penjagaan kulit wajah dan asas solekan secara percuma. Tujuan sesi ini diadakan adalah untuk mempastikan pelanggan mengetahuai cara yang betul mengguna produk kami dan seterusnya mendapat kesan optimum dari penggunaan produk ini.

Antara perkara yang akan diadakan adalah :
-cara mengenalpasti jenis kulit anda dan memilih produk yang bersesuaian
-penjagaan muka dengan penggunaan produk maray kay.
-solekan asas
-spa bibir dan mata
-spa tangan dan kaki

Butir kelas;
Setiap hari Ahad 10pagi- 12 tengahari , 2 petang - 5 petang
Tempat : Tkt 1, shoplot 26, Lorong Desa satria 2, Taman Desa Satria, Bt 7, Jalan Oya, Sibu.

Sesiapa yang berminat sila hubungi saya dan saya akan confirmkan kemudian.

PENJAGAAN KULIT YANG BAIK MELAMBATKAN PROSES PENUAAN KULIT....

Friday, July 20, 2012

Anda mempunyai blackhead di bahagian hidung? Saya ada cadangan untuk mengatasinya…


Assalamualaikum dan salam sejahtera , bersua kita sekali lagi. Bagaimana? Ada yang ingin mencuba produk  mary kay ataupun sudah mencubanya. Jika ada yang ingin mendapatkan sample, boleh hubungi saya.
Hari ini saya ingin memberi cadangan pada sesiapa yang ada masalah blachead di bahagian hidung atau mana-mana bahagian di muka anda. Sekarang ia tidak akan menjadi masalah lagi sebab produk yang saya cadangkan ini telah terbukti berkesan sebab saya sendiri telah mengalaminya. Saya juga mendapat maklumbalas yang sama dari pelanggan saya.

Untuk mengatasi masalah ini., BOTANICAL MASK F2  sangat berkesan.


Botanical mask F2 selain bertindak sebagai mask, ia juga bertindak sebagai skrub.

Cara penggunaannya:
Setelah menggunakan mana-mana jenis cleanser timewise, keringkan wajah anda. Kemudian sapukan mask Botanical F2 pada wajah kccuali kawasan mata , biarkan selama 10 – 15 minit. Jangan risau, dengan mengguna mask ini anda masih boleh melakukan aktiviti biasa seperti bercakap atau ketawa, jangan syarat mask diguna tidak lebih dari 15 minit.
Seperti photo di bawah:


Setelah itu lembabkan sedikit wajah anda dan skrub muka anda mengikiut urutan yang betul dengan memberi perhatian yang lebih pada kawasan yang banyak blackhead. Setelah itu, lembabkan tisu wajah ( Mary Kay ) , sapukan mask dari bahagian dagu ke atas. Cuba anda perhatikan permukaan tisu tersebut, Nampak tak bintik-bintik hitam pada tisu tersebut? Ha…itulah blackhead yang dah terkeluar. Penggunaa 2 kali seminggu dapat menjamin wajah anda tiada masalah blackhead lagi.
Apa yang lebih penting lagi, ia dapat menegangkan kulit kulit kita. Kalau tak percaya sapukan mask pada sebelah muka dan tengok kesannya selepas itu.
Selamat mencuba….


Set Penjagaan untuk Remaja


Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Untuk golongan remaja, mary kay menyediakan produk yang bersesuaian dengan mereka. Mereka biasanya suka mengguna produk yang ringkas. Produk ini sesuai untuk mereka.

Untuk remaja dan yang muda sekitar umur di bawah 25 tahun, Mary kay ada produk yang khas untuk mereka. Bagi golongan ini, penjagaan yang ringkas sudah mencukupi bagi mereka yang berkulit normal. Golongan ini biasa tiada masa atau malas nak cuci muka. Walaupun pada peringkat ini , tiada kesan yang ketara terjadi pada kulit mereka jika mereka tidak menjaga muka dengan baik
Tapi saya nasihatkan, agar penjagaan kulit itu dimula sebaik sahaja remaja telah mencapai baligh atau telah datang haid. Pejagaan yang baik dari awal akan menjamin kita mempunyai kulit yang sihat pada masa akan datang.





Produk yang sesuai untuk golongan ini dipanggil BOTANICAL.
Botanical disedia untuk 3 jenis kulit:
1.Sensitif / kering  –warna pink
2.normal – hijay
3.bermiyak dan berjerawat –purple.
Walaupun produk didatang dalam 4 jenis – cleanser, freshener, hydrate dan mask.
Untuk remaja Cuma perlu guna 2 langkah ( penjagaan yang minimum) ;
1. cleanser /pembersih
2.hydrate / pelembab

Sunday, July 15, 2012

Kulit kering dan penjagaannya:

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya nak share tentang jenis kulit yang terlalu kering.


Kebaikan - biasanya kulit yang kering, tiada masalah apa-apa dan kadang-kadang ia disalah anggap sebagai kulit yang normal. 


Kalau diberi pilihan saya akan lebih suka kulit combination ataupun berminyak. 
Bagi wanita di luar sana, yang mempunyai masalah kulit kering yang berlebihan , Mary Kay ada produk untuk membantu anda mengatasi kulit kering yang tersebut,


Gunalah produk ini sebagai tambahan kepada pelembab anda, cubalah dan rasailah perbezaannya.






Cubalah produk ini jika anda mempunyai kulit kering . 

Friday, July 13, 2012

TIME WISE MIRACLE SET:


Hai kawan-kawan, jumpa lagi kita. Saya excited nak share satu lagi produk skin care mary kay. Produk ini sesuai untuk orang yang berumur 25 tahun ke atas dan suka penjagaan kulit yang simple and yet memberi kesan yang menakjubkan. Saya rasa gembira apabila menerima maklumbalas yang positif dari pelanggan. Sekurang-kurangnya saya dapat membantu mereka mengguna produk yang berkualiti dengan harga yangmurah berbanding dengan jenama lain yang sama kualitinya.
Ia didatangkan untuk 2 jenis kulit :
1. Kulit berminyak
2. kulit yang normal dan kering
Cuma ada 4 jenis produk diguna  dan melibatkan 3 steps , iaitu cleanser, day / nite solution dan akhir sekali moisturizer.




Keistimewaan Set Timewise :
1. Cleanser  - 3 in 1. Iaitu ia mencuci, scrub dan toner.
-cara penggunaan – lembabkan muka dengan air, letakkan cleanser di 5 bahagian muka iaitu dahi, pipi ,hidung dan dagu. Lembabkan jari, sapukan cleanser ke seluruh muka. Anda akan terasa ada biji-biji dan cleanser tersebut yang fungsinya adalah scrubbing. Notes ; cleanser perlu di letak dan disapu di muka, kerana cleanser itu mengandungi vitamin yang mana akan meresap semasa kita scrub muka.
2. Day  / nite solution -  Ia diguna selepas cleanser
Cara penggunaan – ambil sedikit solution tersebut dan letak 5 titik dimuka dan tab-tab di muka. Solution ini akan segera meresap ke dalam kulit.
Fungsi :
Day solution : melindungi kulit dari kerosakan  ari sinar uv
Nite solution : mengurang garis kedutan. Memnabtu regenerasi kulit
3. Pelambab – letak 5 titik dan sapukan ke seluruh wajah. Ini untuk melembabkan kulit dan ia biasa produk terakhir di sapu di muka sebelum menyapu foundation.

Saturday, July 7, 2012

Tips Untuk Bibir Yang Lembab dan tidak berkuping:


Assalamualaikum dan salam sejahtera, kali ini saya nak share satu lagi tips untuk bibir yang menawan.
Perlu diingatkan, walau gincu yang kita guna sangat berkualiti atau dari jenama yang mahal, jika bibir kita pecah-pecah, berkedut atau berkuping, sapuan gincu bibir itu tidak akan menjadi cantik.

Saya share di sini sebab saya sendiri telah merasa perubahannya dan maklumbalas dari pelanggan saya juga. Di Mary Kay, kami ada produk untuk bbir yang menawan . ada 2 produk yang perlu diguna iaitu: lips mask dan lips balm.




Untuk kali ini, saya Cuma share penggunaan lips balm. Sapulah mary kay lips balm sebelum menyapu gincu bibir. Anda akan dapat melihat perubahan dalam satu minggu penggunaan. Bibir anda akan jadi lebih cantik dan sihat.
Penggunaan lip balm ini bukan hanya untuk perempuan sahaja, lelaki pun boleh menggunakannya.

Harga : Lip Balm RM35.00
            Lip mask RM45.00

TAWARAN ISTIMEWA sehingga 1 Ogos 2012 potongan 10% diberi. Jangan lepaskan peluang ini.

Sesiapa yang berminat mencuba produk mary kay secar percuma, hubungi saya di 013-817 4166

Tips Mengguna Liquid Foundation :


Assalamualaikum dan salam sejahtera ….
Untuk mempastikan foundation yang kita guna member kesan yang optimum disamping menjimatkan penggunaan , saudari sekalian dicadang menggunakan berus foundation untuk menyapu foundation ke muka. Dengan mengguna berus tersebut sapuan foundation akan rata dan hanya memerlukan kuantiti yang sedikit. Jika kita menggunakan jari sapuan kurang rata dan ada foundation yang akan melekat dijari.

Cara penggunaan :
 Ambil sedikit foundation, letak di belakang tangan. Dengan menggunakan berus foundation, ambil sedikit foundation tab kan di beberapa tempat pada satu bahagian di wajah dan terus sapu dengan segera. Ini adalah untuk mengelak foundation itu dari mongering. Jika disapu dengan segera, lebih permukaan wajah akan dapat diliputi. Buatlah begitu sebahagian demi sebahagian. Sapulah kea rah bawah.
Jika mengguna jari, guna cara yang sama, ambil sedikit foundation tersebut tab-tab di muka agar foundation itu meliputi bahagian yang kita nak letak foundation. Buata begitu bahagian demi bahagian. Akhir sekali dengan mengguna jari sapu ke arah bawah dengan tekanan yang ringan. Sapu ke seluruh muka.

Tips : Foundation prlu di sapu part by part , ini untuk mengelak sapuan foundation menjadi tidak sekata.

Friday, July 6, 2012

FONDATION

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kali ini saya nak share mengenai produk mary Kay yang telah memikat ramai hati wanita di seluruh dunia. saya tak mahu teman-teman di luar sana ketinggalan dengan keistimewaan. Saya sendiri terpikat denganmary kay apabila diberi peluang untuk mencuba produk ini sendiri dan merasa sendiri kehebatannya.
Foundation ini sangat ringan , semacam BB cream untu sesiapa yang pernah mengguna BB cream tapi kesannya jauh lebih ketara. Muka akan kelihatan glowing apabila mengguna foundation ini.
Ia datang dalam range warna dimana ia sesuai  untuk wanita yang berkulit sangat cerah sehingga kepada mereka yang mempunyai kulit agak gelap.

Thursday, July 5, 2012

Bilakah kulit mula mengalami penuaan?

Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Tanpa kita sedari, setiap kali kita terdedah kepada cahaya uv dan persekitaran yang tercemar, setiap kali juga kulit kita akan mengalami kerosakan. yang uniknya ciptaan tuhan ini, kulit kita akan sentiasa mengalami regenerasi untuk menggantikan sel-sel yang telah rosak.
Kulit kita dikata mengalami penuaan apabila proses regenerasi mula menurun. Apabila kita berumur 25 tahun, proses regenerasi kulit akan mula berkurangan.  oleh itu, kita perlu membantu kulit kita untuk menjalani regenerasi.

bagaimana caranya?
Senaang aje..di Mary Kay, terdapat set penjagaan kulit yang dapat membantu meningkatkan regenerasi kulit ini. Jika proses regenerasi tidak ditingkatkan, proses penuaan akan berlaku lebih awal.

Produk yang saya maksudkan adalah MIRACLE TIMEWISE


Kenalpasti jenis kulit sebelum membeli produk penjagaan muka:


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hari ini saya nak share tentang penjagaan kulit, khasnya kulit muka. Sebelum kita membeli sesuatu produk untuk muka, apa yang paling penting, kita mengetahui jenis kulit kita. Walaupun kita membeli produk yang mahal dan berkualiti tapi ia tidak sesuai dengan kulit kita , sudah pasti kita tidak akan mendapat kesan yang optimum.
Bagaimana mengetahui jenis kulit kita :
Jenis kulit dibahagi kepada 4  yang utama;
1. kulit yang normal- kulit tiada masalah
2. Kulit kering – kulit kelihatan kasar, kadang-kadang mengelupas. Kulit jens ini perlu penjagaan yang lebih kerana kedut akan mudah terbentuk terutama di kawasan sekeliling mata.
3. kulit berminyak – orang yang kulit berminyak biasanya apabila dia bangun pagi, kulit akan berminyak  ramai di kalangan kaawan-kawan mengeluh kerana kulit berminyak.Pori-pori kelihatan lebih jelas dan kadang-kadang berjerawat. Sebenarnya anda perlu bersyukur kerana jenis kulit yang berminyak lambat mendapat kedutan.
4. kombinasi : ia berminyqk di kawasan t zone. Bahagian pipi biasanya kering.

Oleh itu kenalpasti jenis kulit kita sebelum membeli sesuatu produk.

Sunday, June 24, 2012

The Art Of Beautiful skin

Just stay to a regular beauty and you will find having gorgeous and healthy skin possible!  A good routine always begins with cleansing and exfoliating. these three essential steps are a must.

1. CLEANSING 3 IN 1-CLEAN, TONE AND SCRUB
2. EXFOLIATING -MASK AND EXFOLIATE
3. MOISTURISER

1.cleansing - proper cleansing with suitable cleanser is needed to remove make -up and dirt , which can clog pores and lead tobreakouts.  only cleanse twice daily

2. With age , cell turnover slows down as not all dead skin cells are removed quickly enough . The result is dry and rough looking skin. This is why exfoliating is so important. it helps slough  off top layers of dead skin cells so skin can better absorb moisturiser and serum. Its also makes applying make -up so much smoother

Only in  MARYKAY
Want to know more...feel free to contact me