Tuesday, February 18, 2014

Kursus Kulinari Di Kolej Vokasional 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sebelum keputusan PMR keluar, saya telah memohon Kolej Vokasional untuk Kursus Kulinari untuk anak saya.  Pada mulanya anak saya memang tidak setuju untuk melanjutkan pelajaran di kolej tersebut, tambah kena stay kat asrama. Sebagai ibu, saya perlu berbuat demikian kerana saya nampak kebolehannya. Dia banyak memberi idea terutama bila saya mendapat tempahan untuk kek dan Insyhaa Allah saya yakin yang dia mempunyai kebolehan dalam bidang ini.

Sangat sedih, bila keputusan keluar, dia tak berjaya mendapat tempat di kolej yang dipohon. Saya tidak berputus asa, membuat rayuan semula. Alhamdulillah pada 28/1/2014 , saya mendapat berita gembira, rayuannya diterima.

Bila saya bercerita pada kawan ada yang memberi komen yang positif dan ada yang negative tentang rancangan saya nak menghantar anak belajar di kolej Vokasional. Mereka masih beranggapan yang Kolej Vokasional hanya untuk pelajar lemah. Adoi.. nampaknya ramai yang masih belum menyedari peluang pekerjaan bila belajar di Kolej Vokasional. Untuk yang tidak tahu, mulai tahun lepas kolej vokasional ada menawar kursus diploma. Tidak semua kolej menawar kursus yang sama so, kena check online kursus-kursus yang ditawarkan. Kursus di sini sesuai untuk mereka yang ada kelebihan teknikal atau dengan bahasa yang mudah, ada kebolehan tangan.. bettul ke bahasa ni?. Tak apalah yang penting maksud tercapai hehe..
Saya mengambil keputusan untuk menghantar anak ke situ kerana saya nampak kelebihan anak saya. Daripada dia membuangkan masa selama 2 tahun di sekolah biasa lebih baik dia terus belajar di kolej tersebut dengan jurusan yang dia minat dan selepas 4 tahun, dia akan mendapat diploma. Maknanya, bila dia berumur 19 tahun telah mendapat Diploma. Jika dia ingin melanjut pelajaran, dia boleh memohon beberapa university yang di khaskan untuk graduan lepasan Kolej Vokasional ini. Maknanya, bila berumur 22 tahun , insha Allah dah mendapat ijazah. Jimat masa selama 2 tahun hehe.. Lupa pula nak beritahu, kursus yang anak saya ambil adalah kursus Kulinari.

 Pada 4/2/2014, Hari yang dinanti dah tiba..pendaftaran ke Kolej Vokasioanal. Memanglah agak berat nak melepas anak duduk asrama, tapi untuk masa depannya, saya perlu juga lepaskan. Semuga dia dapat belajar dengan baik dan Berjaya satu hari nanti.
Inilah Kolej nya, Kolej Vokasional Bintulu.. kawasan agak luas dan agak jauh juga dari Bandar Bintulu.










Proses pendaftaran sangat lancar. Pelajar tidak mengguna pakaian seragam sekolah tapi untuk pendaftaran, bolehlah mengguna seragam sekolah lama dahulu. Sessi pembelajaran adalah seperti sekolah biasa tapi masa belajar adalah dari 7 pagi-12.45 dan 2 petang – 4.30 petang. Sebelah petang biasanya  bengkel untuk kursus yang diambil.
Antara kursus yang ditawar di Kolej Vokasional Bintulu.










Ini dia bengkel Kulinari. Pelajar setakat ini seramai 30 orang. Anak saya merupakan kumpulan ke 2 yang mengikuti kursus Diploma Kulinari.




Ini pula uniform chef



Pesan saya pada anak- Pastikan jangan tinggal solat, baca Al- quran walaupun hanya satu ayat sehari. Pandailah memilih kawan, sebab kalau tersalah pilih kawan , binasa hidup nanti. Mesti kuat semangat dan kerap hubungi mama. Apa-apa masalah ,hubungi mama.

6 comments:

  1. Terima kasih atas info yang di beri. Saya pun berhasrat nak menghantar anak ke bhgn kulinari. Boleh saya bertanya?? Anak Puan lelaki atau perempuan?? Anak saya lelaki tetapi beliau bercita2 nak jadi Chef.....Terpengaruh dgn Asin Food Channel...Boleh saya Puan lebih lanjut lagi tentang cara pembelajaran di sini dan bagaimana feedback dan prestasi anak Puan??

    e mail saya spt di bawah : nymyanuara2@gmail.com

    ReplyDelete
  2. nanti saya update lagi tentang pembelajaran mereka.

    ReplyDelete
  3. Tahniah puan, KV skang x sama dgn sek vokasional dulu2. Jauh sgt bezanyer. Nk masuk pun bukan mudah, kena lulus ujian dan interview bagai. Dua anak saya di KV skang tahun 2 & tahun 1, walau mereka boleh ke SBP. Mereka mahu ke KV so boleh belajar apa yg mereka betul2 minati. Kita sbgai parents hanya doakan yg terbaikkan. Lgpun KV dh diakreditasi olh MQA, JPA & JPM serta badan2 lain kan. Berkolaborasi pulak dengan IPTA & IPTS so tak yah risau klu anak nk sambng study lepas dip nanti kan !. In Shaa Allah.. perkongsian menarik buat semua ibu bapa yg masih keliru tntag masa depan Kv ni, Bagi saya dua anak saya di KV terbaik dari segi result sem dan juga byk belajar sahsiah diri yg baik menurut islam!

    ReplyDelete
  4. Betul tu. Tapi kat sarawak masih beranggapan KV untuk pelajar result tak baik. Saya baru daftar anak ke2 ke kursus elektronik tahun ini. Semuga anak2 kt bukan hanya menjadi pekerja mahir, malah lebih dari itu. Amiin

    ReplyDelete
  5. Tq atas info diberi. Anak saya pun minat dalam bidang kulinari. Anak saya lelaki. Bole ceghita kan tentang cara pembelajaran di Kolej Vokasional dan hala tujunya pelajarnya. Ada orang cakap mesti sungguh sungguh belajar kerana kalau sekerat jalan nanti tiada SPM.

    ReplyDelete
  6. Tq atas info diberi. Anak saya pun minat dalam bidang kulinari. Anak saya lelaki. Bole ceghita kan tentang cara pembelajaran di Kolej Vokasional dan hala tujunya pelajarnya. Ada orang cakap mesti sungguh sungguh belajar kerana kalau sekerat jalan nanti tiada SPM.

    ReplyDelete