Showing posts with label Cuti-cuti. Show all posts
Showing posts with label Cuti-cuti. Show all posts

Saturday, November 7, 2015

Lawatan Kerja Ke Kota Kinabalu 26-29 Oktober 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Dah lama rasanya tak enulis dalam blog ini. Mungkin tak ada perkara yang nak ditulis? Busy? Ah..macam -macam alasan yang diberi. Sebenarnya tak ada semangat dan idea untu menulis, I think itu jawapan yang paling tepat kot. Sebab kalau kita tiada semangat dan idea, duduklah di depan computer, satu ayat pun tak boleh ditulis hihi..

Saya suka menulis perkara-perkara penting di blog ini, agar ia menjadi panduan kepada pembaca dan kenangan pada saya sendiri. Semuga apa yang saya kongsikan akan memberi manfaat pada pembaca dan harap ini merupakan sedekah berpanjangan dari saya. Aamiin.

Negeri Sabah atau lebih kepada Kota Kinabalu adalah lawatan kali kedua saya. Seblum ini lawatan dengan rombongan tetapi masa tu saya belum lagi mempunyai blog ini. Kalau ada, sudah pasti saya dah tulis pengalaman tersebut.

Day 1:
Saya stay di Promenade Hotel. Hotel yang cantik dan bersih. Saya cadangkan anda untuk stay disini. Tapi lupa pula nak ambil gambar hotel ini. Tapi ini bukanlah masalah sebab boleh tanya Mr.Google hihi. Hotel ni, agak moden, suiz tak ada butang on dan off. Ada ciri-ciri energy saver. semuanya digital . Nak on and off semuanya digital.

Bilik hotel:







Pemandangan dari jendela hotel.







Day 2:
Awal pagi, kami dibawa melawat pejabat Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Bahagian Pergigian. Disana kami diberi taklimat tentang perlaksanaan MS ISO multisite. Banyak yang kami belajar dari taklimat dan sesi perbincangan yang diberi.

Pada sebelah petang, kami berangkat ke Ranau. Satu daerah yang mesti dilawati apabila berkunjung ke Sabah. Kenapa ye? Sebab Ranau ini adalah daerah di kaki gunung Kinabalu yang menjadi kebanggaan orang Sabah. Perjalanan dari Kota Kinabalu mengambil masa lebih kurang 2 jam dengan jalan yang bengkang bengkok.

Pada malam tersebut kami bermalam di Alpine Resort. Pada sebelah petang dan awal pagi, saya sempat mengambil gambar pemandangan gunung Kinabalu dan sekitar tanah tinggi. Sungguh indah pemandangan itu. Terlalu indah tak boleh dirakam dengan kamera. Dengan suasana yang sejuk dan udara yang segar. Ingin nak ke sana lagi..

Antara pemandangan indah yang sempat dirakam






Resort tempat kami bermalam. Menurut pengunjung tempatan saya jumpa, boleh juga guna bas ekpress ke sini sebab resort ini tak jauh dari jalan utama.






Pemandangan yang sangat indah....



Tempat ini mesti pergi..Dairy Farm. Rasa macam kat New Zealand pulak. Jangan lupa cuba minum susu fresh dan aiskrim. Memang sangat sedap.



Lembu-lembu di sini dijaga dengan baik dan kawasannya bersih.


Ini antara gambar yang sempat saya rakamkan. Rombongan kita juga ada melawat Klinik Pergigian Ranau

Lawatan dari pejabat pergigian negeri Sabah sangat-sangat memuas hati ahli rombongan kami. Gambar-gambar kerja rasmi saya tak papar di sini

Hotel Promenade ini berada dalam kedudukan yang strategik. Filipines Market tak jaug, walking distance saja.

Kalau ada rezeki nanti nak bawa famili datang ke sini lagi

Tuesday, June 3, 2014

Lawatan Ke Ho Chin Min II

Assalamualaikum, lawatan hari ke 3, kami melawat Chu Chi Tunnel. Ini antara gambar yang telah dirakam.

Nak masuk ke kawasan Chu Chi Tunnel ini, kena melalui terowong.. sesuai dengan namanya.




Masuk saja di Chu Chi tunnel, kami terus dibawa ke sebuah khemah yang terletak dalam tanah. Di sini kami menonton TV ,serba ringkas tentang peperangan di Vietnam. Memang kesian bila tengok nasib rakyat Vietnam semasa peperangan. Yang uniknya tempat menonton tu mancam tempat berlindung semasa perang ,



Selepas itu, ada tourist guide yang memberi penerangan .

Ini tempat tentera menyelamat diri, terowong hanya cukup-cukup untuk saiz orang asia. Saya ada melalui terowong tersebut, memang rasa agak cemas berada dalam terowong itu.. Kalu yang ada penyakit, baik jangan cuba.




Sempat possing...




Antara perangkap yang digunakan semasa perang...



Replika khemah yang diguna oleh tentera Vietnam.


Sebelum balik , kami dijamu dengan ubi kayu. Makanan zaman perang. Meneurut mereka, pucuk ubi dia orang tak makan , tak elok untk kesihatan.. Tapi itulah makanan kegemaran kita haha..


Ini yang best..mereka buat alas seliper besar untuk mengelirukan pihak lawan, sebab tapak kaki orang vietnam kecil..bila merka guna tapak kai yang besar,tentu askar amerika itu kaki bekas tapak kaki kawan-kawan mereka. Menurut pemandu pelancung, mereka bertanam padi tengah malam, siang hari merka sembunyi dalam tanah..


Gambar-gambar......




Sebelah petang pula, kami berjalan-jalan di sekitar bandar Ho Chin Min.. temaph yang famous adalah Pejabat pos. Saya suka idea kerajaan Vietnam..mereka jadikan Pejabat Pos tu sebagai pusat tarikan pelancung.. perkhidmatan berjalan seperti biasa. hasil seni binaan sangat unik.
Antara gambar-gamabr di situ.


Tak jauh dari situ ada gereja yang cantik seni binaannya..


Ini antara makanan yang dijamu pada kami sebelum kami balik.. terima kasih teman di Vietnam. Jika ada yang berminat nak pergi, boleh pm sebab saya plan nak pergi lagi hehe

Last sekali..time untuk shopping.. banyak tempat boleh shopping. Yang popular Pasar Bien Than. Kalau shopping kat situ kena pandai tawar menawar. Jika memang tak nak beli, jangan tanya. Peniaga akan marah kalau kita tanya tapi kita tak membeli hehe.

Sorry tak ada gambar kat tempat shopping sebab juru gambar sebok shopping hehe/ memang berbalaoi untuk pergi ke sini, melihat sejarah peperangan mereka dan untuk kaun perempuan, apa lagi boleh shopping, Dia orang boleh berbahsa Inggeris dan melayu sikit-sikit.

kalau nak tukar matawang, saya cadang tukar kat bandar Ho Chin Min sebaba kat sana nilai tukaran tinggi dari kat airport atau kat malaysia..

harap ini dapat memberi idea kepada sesiapa yang nak pergi sana...hehe..

Sunday, May 11, 2014

Lawatan Ke Ho Chin Min City dan tip ke Ho Chin Min I

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kepada teman -teman yang ingin pergi ke Ho Chin Min, diharap catatan ini dapat membantu . Coretan ini juga nak share pengalaman pada anak-anak yang jauh di mata.

Pada 18/4/2014, masa yang ditunggu telah tiba. Hari ini kami akan menaiki pesawat MAS untuk berangkat menuju Ho Chin Min City. Tiket untuk lawatan ini telah dibeli bulan September tahun 2013. Kami bernasib baik dapat membeli tiket dengan agak murah.Ini promosi untuk penjawat awam. Tiket pergi balik berharga RM7++.00 sahaja.  Walaupun sekarang ini orang banyak bercerita tentang kehilangan MH370 . Apa-apa pun, kita bertawakal saja. Ajal dan maut tu ketentuanNya.

Di KLIA:


Kami berangkat dari Sibu jam 11.45  dan sampai di KLIA pada lebih kurang jam 1 tengahari. Penerbangan ke bandar Ho Chin Min pada jam 2.40 dan mengambil masa selama lebih kurang 1 jam 40 minit. Perbezaan masa adalah 1 jam , Ho Chin Min lambat satu jam dari Malaysia.

Antara pemandangan dari udara sebelum kami mendarat di Lapangan Terbang :


Lapangan terbang terletak dalam bandar Ho Chin Min.




Day 1:
Kami sampai di Lapangan Terbang Ho Chin Min pada pukul 4 lebih petang.
Di lapangan terbang agen yang kami pilih telah sedia menunggu.

Mata wang Vietnam dipanggil Dong. Nasihat saya pada teman-teman yang nak pergi Ho Chin Min, jangan tukar mata wang di Malaysia ataupun di Lapangan terbang Ho Chin Min, Lebih baik tukar matawang di bandar. Di situ , nilai tukaran lebih tinggi.

Sebaik saja sampai, kita dibawa ke penginapan kita iaitu hotel Than Thu . Lapangan terbang tu berada di dalam bandar hanya lebih-kurang 20 minit perjalanan dari hotel penginapan kami.. Ada banyak hotel di sekitar tu. Yang saya ingat ada Pink Saigon.Ada banyak hotel di sekitar ni.. tapi tak ingat pula namanya. Jadi kalau ada nak datang ke sini boleh menginap di sini. Tempat sangat strategik. Dikelilingi dengan tempat membeli belah. Sangat sesuai untuk perempuan hehe. Hotel yang kami duduk ni pun bersih dan yang paling penting pekerjanya sangat friendly. Kalau ada kesempatan ke sana, InshaAllah saya akan bawa ole-ole untuk pekerja di situ.

Petang tu, kami makan malam di restoren Hajjah Basiron. Restoren hajjah Basiron terletak bersebeahan dengan hotel tempat kita duduk. Pada saya makanan kat situ taklah sedap sangat. Makanan halal senang nak cari tak ada masalah, tapi harga boleh tahan juga. Kalau nak jimat, bawalah mee segera ataupun roti untu makan sepanjang di sana. Ada satu hari tu saya makan bingka ubi dan sebiji karipap yang saiznya agak besar bersama satu cawan kopi berharga RM9. Pada saya, harga tu sangat mahal. Makan nasi lagi murah.

Day 2 :
Hari kedua, kami memulakan aktiviti pada awal pagi. Kami bertolak dari penginapan kami pada pukul 8 untuk aktiviti di sungai Mekong yang terkenal itu. Kalau tak ke sungai Mekong tak sah lawatan anda ke Ho Chin Min. Perjalanan ke sana dari bandar Ho Chin Min mengambil masa lebih -kurang 2 jam rasanya. Sepanjang perjalanan kita nampak bangunan yang lain dari di Malaysia. Bangunannya kurus-kurus hehe..agaknya mungkin tapaknya kecil agaknya. Sepanjanag jalan terdapat banyak motorsikal , kereta tak banyak seperti di Malaysia.

Info yang mengejutkan saya, menurut Jamilah, pemandu pelancung kami. Kereta, motorsikal dan rumah mesti dibeli secara tunai. Tak ada pinjaman seperti di Malaysia. Hanya orang kaya saja yang boleh memiliki kereta.  Itulah agaknya terlalu banyak motorsikal.Pemandangan yang biasa, pembuncung motorsikal mengguna penutup hidung dan muka, agaknya untuk mengelak terdedah kepada asap motorsikal dan debu kot.


Tengok..banyak motosikal, masa orang balik kerja.....
Tapi yang bestnya mereka ni semua ikut undang-undang, walaupun ramai begini.




Setelah sampai di jeti Sungai Mekong, kami menaiki bot ini. Beginilah bot yang diguna.




Kami di bawa menuju ke sebuah pulau. Pemandangan sepanjang sungai Mekong. Sungai ini sangat lebar, .lebih lebar dari sungai rejang di Sibu.


Kami menuju  ke jeti pulau , tak ingat pula namanya. Di pulau ini banayk di tanam pokok longan.  Di sini, kami dijamu dengan madu , susu lebah, kerepek pisang. kami juga diajar cara minum teh dengan madu

Ini dia madu, limau kasturi dan bee pollen.


Cara nak menyediakan teh madu.. Mula-mula letak madu dalm gelas, kemudian letak bee pollen dan perahkan limau. Kemudian masukkan teh. Kacau dan minum..mmm...sedap..



Ini dia, teh madu dihidang dengan kerepek pisang dan halwa halia.. sedap..
Kalau sampai ke sini, saya cadang, jangan beli madu sebab madu ada di Malaysia. Lagipun berat nak bawa. Lebih baik beli susu lebah. Harga dalam RM40 . boleh dimakan atau disapu ke muka sebagai mask.. Ni penting untuk awet muda. Kalau beli ini berbaloi.. tak ada di Malaysia. Kalau adapun, mesti mahal..



Madu, bee pollen dan susu lebah ada dijual di sini. Kalau nak beli, better beli kat sini. Kat bandar tak akan jumpa ni. Kalau ada mungkin mahal kot.

Selepas selesai minum kami di bawa ke tempat pertunjukan tradisional. Disini, ramai gadis-gadis cantik menyanyi secara life.. Nak tau, ada lagu melayu juga. Kuatnya pengaruh orang Malaysia kat sini hehe. Sempat ambil gambar untuk kenangan.

Sepanjang jalan, banyak pokok longan..



Dalam perjanan ke tempat pertunjukan tradisional ini terdapat banyak geari.. mcam-macam ada kat situ. Tapi kalau nak beli T shirt atau beg tangan kulit, baik beli kat jeti..lagi murah..



Tengok ni...



Amboi...asyiknya mendengar nyanyian....


Sambil mendengar nyanyian, kami dijamu dengan buah-buahan..


Ambil kesempatan possing dengan gadis Vietnam...




Kemudian, kami menaiki bot untuk ke sini...


Di sini kita tengok mereka membuat candy coconut. Boleh juga makan free...



 Coconut candy yang telah dipotong. Ada banyak perasa yang boleh menjadi pilihan.


semuani dibuat secara manual..

Kemudian kami dibawa mengguna perahu di saliran air... Orang kata, kalau tak pergi sini tak sah hehe. Tapi kalau dah pergi, sekali aje pun dah cukup hehe..






lepas tu..blh shopping di terminal boat. Semasa di pulau tadi pun ada tempat shopping. Tapi nasihat saya, kalau nak shopping beg kulit, bolehlah di terminal boat ini..lebih murah dari di pulau.


Selesai aktivit hari ke 2. Lepas ni, kita balik ke hotel. Makan malam jam 6.30 petang. Lepas makan time untuk jalan-jalan di pasar malam yang tak jauh dari tempat penginapan.

Day 3 :

Hari ke-3 , kami memulakan perjalanan awal pagi. kami nak ke Chu Chi Tunnel. Agak jauh  juga dari bandar Ho Chin Min.. lebih kurang 3 jam perjalanan.

Dalam perjanan ke Chu Chi Tunnel, kami singgah di Pusat Kesenian Orang Kurang Upaya. Di sini kami lihat. lukisan dan lain hasil seni tangan dihasil di sini. Hasil seni mereka sangat cantik.


Hasil seni ini mengguna cengkerang telur..sangat halus kerja tangannya...


Ini mengguna kulit tiram.


Hasil seni mengguna cengkerang telur.


Kemudian kami pergi ke Chu Chi Tunnel.. iaitu sejarah peperangan di Vietnam. Sebelum ke sini , ada yang mengatakan buang masa nak ke sini. Nasib baik saya tak batalkan rancangan ke sini. Bagi ibubapa, ini adalah tempat yang dicadang jika kita nak membawa anak bercuti di Vietnam. Kita dapat melihat, bagaimana kepayahan dan ketabahan rakyat Vietnam dalam menghadapi peperangan dan kita juga dalam masa masa yang sama dapat melihat kepintaran orang Vietnam.

Chu Chi ini sempena nama seorang wanita Vietnam yang menimbul semangat untuk tidak menyerah kalah kepada tentera Amerika.

Kita akan masuk melalui terowong ini. Ini saya akan cerita lebih detail dalam part2 nanti.. sebab tak sabar nak post ini..hehe