Saturday, September 28, 2013

Simpanan 1 Dinar Untuk Simpanan Pelajaran Anak Anda

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sejak bulan Mei, tahun ini saya dapati harga emas agak rendah sekitar RM600-RM650 untuk 1 dinar produk Public Gold. Saya ingat masa saya mula membeli produk Public Gold pada tahun 2011, harga 1 dinar ialah RM800- Rm850,  Mungkin ada yang terfikir saya rugi membeli emas. Pada saya , tidak rugi , sebab selagi kita tidak menjual emas terssebut, selagi itu kita tidak rugi. Membeli emas untuk simpanan adalah salah satu cara untuk menangani simpanan kita dari susut nilai. Pembelian emas perlu disimpan untuk jangka panjang iaitu lebih kurang 10 tahun.

Oleh itu, saya saran anda di luar sana membuat simpanan untuk anak anda dalam bentuk kerana simpanan itu tidak akan diguna sehingga anak anda berusia 17 tahun iaitu selepas SPM.

Simpanan Pelajaran Anak Anda dengan 1 dinar.....



Bayangkanlah :

1. jika kita membeli 1 dinar (4.25 gm)  setiap bulan, setahun kita akan dapat mengumpul 12 keping 1 dinar yang seberat 51 gm. Kalau kita menyimpan secara consistant selama 17 tahun, kita akan berjaya mengumpul  867 gm. Bayangkan bila anak kita berumur 17 tahun kita telah berjaya mengumpul hampir 1 kg. I kg sekarang bernilai melebihi RM100,000.00. Mungkin simpanan 1 dinar yang bernilai RM600- RM800 itu agak tinggi.

2. Untuk yang tidak mampu membeli 1 dinar setiap bulan, Public Gold Berhad ada mengadakan  pembelian secara ansuran selama 4 bulan dengan charge perkhidmatan hanya 0.5% ( Pembelian secara EPP). Kalau nak tahu lebih detail boleh rujuk cikguemas.com atau emassibu.blogspot. Dengan membuat pembelian secara ansuran , anda hanya perlu membayar RM140- Rm180 setiap bulan. Selepas setahun, anda akan dapat memiliki 3 keping 1 dinar yang beratnya 12.75gm . dan jika kita consistant membuat EPP selama 17 tahun kita akan dapat memilik51 keping 1 dinar yang beratnya  200.75gm. Nilai sekarang lebih kurang RM30,000.

Bagaimana?. Kalau anda berminat, boleh hubungi saya di 013;817 4166


No comments:

Post a Comment