Saturday, September 28, 2013

Anda mempunyai Kulit kaki yang kering,kasar, tumit yang merekah?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kita orang perempuan ni sanggup berhabis untuk kecantikan, untuk awet muda... betul ke/ Kalau kita tengok sekarang ni bermacam-macam jenis produk kecantikan. Ini semua untuk tatapan wanita.
Dek..jangan muka cantik macam Miss World...kita kenalah jaga kulit tangan , leher dan kulit kaki. Kebiasaannya ketiga-tiga bahagian ini jarang diberi perhatian.

Ok, kali ini saya nak share bagaimana untuk mendapt kulit tangan dan kulit kaki yang licin dan lembab. Tak perlu kita pergi ke spa untuk membuat rawatan ini. Tapi kalau ada duit lebih, why not kita manja-manjakan sikit badan kita hehe..

oh..ada yang tak sabar nak tahu caranya, begini..
1.  skrub dulu tangan dan kaki. Gunalah mana-mana skrub badan. Tapi saya guna skrub badan MaryKay. Lebih baik skrub tangan dan badan sebelum tidur. Bolehlah kita ambil wuduk untuk yang muslim dah alang-alang mencuci tangan..dapat juga paha jika kita tidur dalam keadaan berwuduk. Selepas skrub tangan dan kaki, boleh bilas dengan air sehingga bersih dan keringkan

2. Kemudian , sapukan dengan olive lotion minsyam , sapukan kesluruh tangan dan kaki. Sapu sehingga rata. Untuk kesan yang optimum, saya guna stokin. Jangan anda tak tahu, mengguna stokin untuk tidur adalah amalan yang baik. Kata orang tua, nanti tak masuk angin. Buatlah begitu selang sehari. Selepas seminggu anda pasti gembira dengan hasilnya. Actually, the next day pun anda dah dapat lihat kesannya..

Olive lotion Minsyam  ini mengguna minyak zaitun murni dari Syria dan dicampur dengan wangian lavender dan rosemary untuk memberi kesegaran. Lotion ini khusus untuk kegunaan luaran sahaja.  Kebaikan lotion ini, ia boleh juga diguna di kulit kepala atau rambutt mengurangkan keguguran dan melambatkan uban.

Feedback dari pelanggan saya, kebanyakkan mengata lotion ini senang menyerap dan tidak berminyak. Boleh juga diguna untuk kulit byi bagi mengganti minyak baby Johnson. Saya yakin, anda tidak akan kecewa membeli lotion ini. Kepada sesiapa yang berminat boleh hubungi saya untuk mendapatkan losyen ini.


No comments:

Post a Comment