Salam..jumpa sekali lagi
Kali ini nak share tentang buku yang saya baca berkenaan dengan pengurusan kewangan. Ini merupakan buku pengurusan kewangan kewangan yang pertama saya baca.
Bukunya ialah :
JUTAWAN DARI PLANET JUPITAR
AZIZI ALI
Pada pendapat saya, buku ini sangat sesuai dibaca jika kita ingin belajar car pengurusan kewangan yang bijak. Cara penyampaiannya mudah dan rinagn tapi maklumat yang ingin disampai amat jelas. tahniah kepada Azizi Ali kerana telah memberi jalan kepada sesiapa yang berhajat untuk mengurus kewangan dengan lebih baik.
Kalau sebelum ini saya bercakap tentang cara melabur wang kita, saya terfikir, macamana nak membuat pelaburan jika pada setiap hujung bulan kita tidak ada duit lebih untuk disimpan.
Apa yang dapat saya share dari buka Azizi Ali adalah, perkara yang paling asas iaitu untuk mempastikan setiap bulan kita ada membuat simpanan secara tetap.
kata Azizi Ali:
Hidup mengikut kemampuan, itulah kunci kebahagiaan dan kebebasan kewangan. Kita perlu terima , kita tidak dapat memiliki semua yang kita inginkan. Nikmati dan hargai apa yang kita miliki dengan bersungguh-sungguh, jangan asyik berpikir macma mana nak perolehi benda yang kita tak mampu miliki.
Berbelanja kurang dari pendapatan kita. Beli kurang dari yang termampu. Sudah pasti kita ada lebihan wang pada setiap bulan.
Simpanlah sekurang-kurangnya 10% dari gaji bersih kita sebelum kita berbelanja dengan itu. pada setiap bulan kita akan membuat simpanan.
beli perkara yang perlu sahaja.
Kalau nak tahu lebih detail lagi, belilah buku yang sya katakan tadi. Buku tersebut mudah difaham dan saya yakin ia makan menguntungkan jika kita mengamalkan apa yang disaran oleh Azizi Ali
No comments:
Post a Comment