Friday, January 31, 2014

PUYUH OH PUYUH 6


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Zaman sekarang, zaman moden, zaman digital kata orang. Kadang-kadang kita terlepas pandang dengan anak-anak kita. Kesian tengok anak-anak kita tidak membesar seperti kita dahulu. Sekarang most permainan berbentuk digital.

Hinggakan anak-anak kita nak bela pet pun digital. Memanglah tak sama membela pet secara digital dengan membela pet yang real hehe.. Memang cukup jam, kita beri makan dan beri munum pada pet kita. tapi budak-budak tiada perasaan sayang dengan pet digital tu.

Menyedari hakikatitu, saya mengambil keputusan untuk membela puyuh, walaupun ada banyak lagi binatang yang boleh dibela, contohnya kucing. Saya memilih puyuh ini kerana beberapa perkara:

1. Tidak memerlu tempat yang besar. Jika suka boleh modify bekas letak pinggan untuk dijadikan rumah puyuh. Atau boleh guna bekas buah longan untuk membela. Bekas buah ini mungin boleh muat dalam 5 ekor puyuh.


Ini bekas letak pinggan yang telah diubahsuai menjadi reban puyuh. Bekas ini boleh diletak di belakang rumah.


Kalau dah ubahsuai bekas pinggan, towkey puyuh boleh nasihat secara percuma hehe...
Ini bekas buah, boleh juga diguna sebagai sangkar puyuh. Cuma yang tak best, kita tak nampak puyuh tu hehe...


Puyuh dalam bekas buah longan : 
Bekas ini boleh muat dalam 6 ekor puyuh.



2. Puyuh ini, tak memerlu modal yang besar. Makanannya 1 kg harga dalam RM2.50 Senang nak jaga. Kalau tak mahu najis nya berbau dan megelakkan lalat, boleh letak serbuk kapur di bekas najisnya. Nanti najisnya akan kering. Najis ini , boleh dibuat baca sayur. Kan sekarang ini, harga sayur dan naik, tanamlah sayur dalam pasu. Jangan terkejut bila tengok sayur ataupun bunga anda cantik.

Najis puyuh dijadikan baca.




3. Selepas 42 hari, puyuh ni akan bertelur, ha.. telur tu boleh dimakan. Ada yang buat telur masin menggunakan telur puyuh ini. Kalau nak buat telur goreng, boleh juga. Kena guna dalam sepuluh bijilah, baru cukup hehe..



4. Yang akhir sekali, dagingnya boleh dimakan. Berumur 42 hari ke atas dah boleh disembelih. Daging puyuh in, lebih sedap dari daging ayam moden. Rasa macam ayam kampung.. tak banyak lemak. Wow..kalau dah makan puyuh goreng..memang tak pandang lagi KFC tu hehe...

Bermain-main dengan puyuh...





Tengok tu..kiut kan puyuh ni.. tengok puyuh..boleh hilangkan stress....

Bagaimana, ada yang berminat, projek budak-budak seterusnya adalah nak berjual anak puyuh, dah ada yang booking, walaupun..telur puyuh baru 2 biji hehe...

Kalau ada yang berminat, boleh booking dulu..

Hubungi towkey puyuh 013- 825 5642





No comments:

Post a Comment