Salam kawan-kawan...
Hari ini nak share tentang satu petua. petua ini saya perolehi dari makcik tukang urut. Sebenarnya makcik tu tak ada niat nak beri petua ini pada saya. Dia kata, dia tak akan beri petua keluarganya pada orang lain , tapi disebabkan saya bertanya ,dia beritahu. Petua ni yang diamal oleh arwah suaminya dulu yang juga merupakan tukang urut yang tidak kurang hebatnya,
Saya tengok makcik tu nampak sihat dan bertenaga walaupun dah berumur dalm lebih 60 tahun, gatallah mulut ni nak bertanya pada makcik tu apa amalan dia .
Petuanya mudah saja iaitu meminum air daun sireh yang direbus . Daun sireh tu kena ada cara memotongnya, bukan main rebus macam tu aje
Apa yang menarik cara penyediaan daun sireh tersebut sebelum direbus.
caranya:
1. Guna daun sireh dalam kuantiti yang ganjil, bersihkan daun tersebut dahulu.
2. Susun daun sireh tersebut dan gunting dari bahagian belakang daun(susun bertindih) , sambil selawat 3 kali.
3. daun yang telah dipotong direbus
4. minumlah daun tersebut 2 atau 3 kali sehari
selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment