Sunday, September 27, 2015

Apa Beza Takaful dan Insuran?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Syukur telah membuka hati saya untuk membaca lebih banyak tentang takaful dan insuran.
Dalam penulisan saya sebelum ini sebenarnya saya pun tak jelas tentang takaful dan insuran.

Sebelum bercakap lebih panjang lagi, baik saya jelaskan di sini, Takaful dan insuran tidak sama. Sebelum ini saya ingat takaful tu insuran dalam bahasa arab..tapi sebenarnya tidak. Konsep takaful dan insuran sangat berlainan. Takaful dan insuran tidak sama. Kita sebagai umat Islam kena jelas tentang ini.

Ia tidak sama dari segi konsepnya. Sama seperti bila kita membeli rumah dengan pinjaman secara konvensional dan islam. Pinjaman secara konvensional melibatkan riba manakala cara islam tidak melibatkan riba kerana bank telah membeli rumah tersebut dan menjual semula kepada kita.

Dalam takaful,konsep perniagaan adalah berdasarkan kepada konsep Tabbaru' , mudharah danwakalah. pengendali takaful ialah penurus dana. Keuntungan dikongsi bersama diantara pengendali takaful dan peserta berdasarkan konsep mudharabah.

Elemen Tabbaru' adalah elemen utama dalam perniagaan Takaful iaitu bermaksud sumbangan atau derma yang diberi oleh seseorang yang kemudiannya diberi kepada orang lain yang memerlukannya tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

Dalam insuran konvensional, kontrak berdasarkan konsep jual beli. Dana dimiliki oleh syarikat tersebut dimiliki oleh syarikat itu sendiri. Keuntungan dibahagikan mengikut pertimbangan syarikat itu sendiri. Dan ia melibatkan unsur riba, perjudian dan unsur yang tidak jelas.

Pada masa sekarang kita banyak pilihan,kerana banyak syarikat menawarkan takaful. bagi saya personally saya lebih suka pada syarikat yang menawarkan 100% takaful . Antara syarikat yang saya tahu adalah takaful Malaysia dan takaful Ikhlas.

Yang cantiknya dalam takaful bukan saja kita mendapat perlindungan malah kita mendapat pulangan yang baik atas sebahagian sumbangan kita yang telah dilabur oleh pengendali takaful. dan yang paling cantik dalam takaful Ikhlas ni yang menyebabkan saya tertarik adalah pembiayaan bil hospital sehingga RM850,000.00 sehingga usia 100 tahun.

Jika ada yang berminat nak quotation secara PERCUMA boleh tinggalkan email anda dan tarikh lahir , jumlah sumbangan bulanan (cadangan min RM150 untuk mendapat faedah pembiayaan perubatan) dan saya akan bagi nasihat secara percuma agar anda mendapatkan kontrak yang terbaik. terbaik di sini adalah anda mendapat benefit yang OPTIMUM.

No comments:

Post a Comment