Friday, August 28, 2015

Perlukah membeli insuran 1?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Ramai antara masyarakat kita, terutamanya di kalangan orang melayu dan bumiputera lain yang tidak mahu membelanjakan wang mereka untuk membeli insuran, Saya pun tidak terkecuali hihi. Saya masih ingat 20 tahun yang lepas, ada agen insuran menceritakan kepentingan membeli insuran, Saya pandang sinis sahaja. Pada masa itu, kita masih muda dan tak ada tanggungjawab jadi keperluan untuk membeli insuran itu bukan priority.

Sudah 20 tahun berlalu, Alhamdulillah perjalanan hidup saya berjalan dengan lancar dan syukur tiada musibah yang menimpa. Sehingga sekarang, saya masih sihat dan masih bekerja.

Suasana kehidupan sekarang dengan 20 tahun dahulu sangat berlainan. Dulu cara pemakanan tidak semewah sekarang dan gaji pun tidaklah macam gaji sekarang.

Dulu, restoren makanan segera pun tak ada. Kalau ada pun, tidak mampu nak makan kerap di sana. Ayam orang dahulu tak sama dengan ayam orang sekarang. Ayam sekarang, 1 bulan dan boleh sembelih. Dulu, ayam kena bela sendiri. Nak makan ayam kena tunggu berbulan-bulan, ayam kampung atau sekarang lebih dikenali sebagai ayam organik. Sayur sekarang pula dah mengguna banyak baja dan racun. Ini baru cerita tentang 2 jenis makanan ini saja, belum lagi cerita cara hidup orang dulu dan sekarang hihi.

Sorry, melalut pula dari tajuk. Bukan apa, saya cerita ini,nak memberitahu teman-teman bahawa orang sekarang lebih terdedah kepada penyakit. Kalau dulu, orang tua baru ada penyakit. Tapi sekarang sebaliknya, penyakit tak kira usia dan jangan terkejut, ramai yang m,asih muda tapi telah mendapat bermacam-macam penyakit. Ada juga penyakit yang tiada tanda-tanda, bila muncul dah peringkat teruk.
Ini pengalaman saya sendiri, ada budak baru je kerja tak sampai setahun meniggal akibat kanser. Bila mula-mula dia diagnosis dengan kanser, dia kata selama ini dia sihat dan tak ada masalah kesihatan.

Bila memikirkan keadaan sekeliling , cara hidup dan pemakanan kita, saya merasa adalah penting untuk membeli insuran yang ada memberi kemudahan kad perubatan. Kita tak tahu bila kita akan sakit dan kalau kita ada membeli insuran tersebut, sudah tentu ia akan membantu kita.

Saya syukur sangat dipertemukan dengan agen dari takaful ikhlas. Takaful Ikhlas adalah 100% Islamic tiada produk konventional dan kita pun tak rasa ragu-ragu. Memandangkan pentingnya insuran ini, saya mengambil keputusan untuk menjadi agen insuran takaful Ikhlas, Semoga saya dapat memberi kesedaran kepada famili dan orang sekeliling tentang kepentingan membeli insuran.

Di kesempatan yang lain, saya akan share kenapa kita perlu memiliki polisi insuran

1 comment:

  1. Mohegan Sun - Casino Hotel Waterloo, NY - JMH Hub
    The Mohegan 사천 출장마사지 Sun 춘천 출장마사지 Casino Hotel Waterloo is located on 원주 출장샵 185 acres, just 15 miles from 경산 출장안마 Mohegan Sun 강릉 출장마사지 Arena, which features the world's largest indoor arena. The

    ReplyDelete