Saturday, October 5, 2013

Apa yang menarik di Medan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Mungkin ada yang merancang nak pergi bercuti.. Mungkin ada yang brcadang nak bercuti ke Medan. Sebelum memilih detinasi percutian, saya sarankan anda google dulu tempat yang dirancang nak kunjung tu. Sekarang ni maklumat di hujung jari..hehe.

Saya nak share endapat peribadi saya tentang percutian di Medan. Medan tidaklah jauh sangat dari Malaysia. Kalau naik kapalterbang dari KLIA , perjalanan mengambil masa lebih-kurang 55 minit. Lapangan terbang di Medan adalah Kuala Namu, lapangan terbang baharu..baru beroperasi dalam tahun ni kot.
Yang bestnya kalau kita naik flight pukul 2pm dari KLIA kita akan sampai di Lapangan Kuala Namu pukul 2pm juga lebih-kurang. Ini adalah kerana waktu di Medan adalah 1 jam lambat dari waktu di Malaysia.

Medan bukan tempat untuk shopping, di sini kita boleh menikmati pemandangan tanah tinggi yang amat cantik di Berastagi. Dengan suasana udara yang nyaman dan sejuk. Kalau nak bermalam di Berastagi , saya cadangkan anda tempah Hotel Mickey Holiday. Berdekatan dengan hotel terdapat taman tema, sangat sesuai untuk percutian bersama keluarga. Yang bestnya..breakfast di hotel tu, sangat banyak pilihan makanan. Oleh kerana saya peminat kek, first time saya makan kek halia di hotel tersebut. Kek sangat sedap.

Kalau dah pergi ke Medan, tidak sah kalau anda tidak peri ke Danau Toba. Itu land mark kat sana. Pemandangan di situ cantik. Pada pendapat peribadi saya, kalau nak ke Danau Toba, lebih baik pergi awal pagi. Tak perlu untuk bermalam di sana iaitu kat Pulau Samorsil. Di Pulau tersebut, aktiviti malam tak ada sangat dan kat situ tak ada yang menarik, hanya perkampungan penduduk sahaja. Lagipun, kawasannya tidak begitu bersih. Nasihat saya, kalau boleh tak perlu bermalam di sana. Kalau saya ada peluang untuk ke sana semula, saya prefer pergi ke Berastagi lagi.Sebab pemandangan dan udaranya sangat segar.

Untuk wanita yang gemas shopping, Medan bukan tempatnya. Tak ada yang menarik untuk dibeli kecuali buah tangan  sahaja.

Tapi yang paling saya suka, jus buah;buahan nya pure , sedap dan sangat murah. So kalau pergi sana jangan lepaskan peluang untuk minum jus alvocada..sangat sedap..

6 comments:

  1. Salam nak tanya hotel yg tersekat dgn bandar medan dimana?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



    ReplyDelete
  3. Salam,
    Entry yang menarik!! Nak berkongsi dengan semua pembaca…
    Saya ada menyediakan ground pakej ke Medan atau seluruh Indonesia dengan harga yang menarik.Kepada anda yang baru pertama kali nak melancong,kami sarankan anda guna kan khidmat kami.Semua urusan dilakukan di Malaysia dan ianya lebih selamat,murah dan meyakinkan.
    Pelbagai pakej ke Indonesia untuk anda. Kami akan guide anda dari anda menjejakkan kaki ke tanah seberang sehinggalah anda meninggalkan negara tersebut.
    Hubungi saya ditalian 0126665436 (call/sms/whatsapp) Atau email saya di: aziman68@gmail.com
    Sebarang pertanyaan akan kami layan.
    Atau boleh juga ke Blog kami untuk pelbagai info:

    http://freelancetour.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. penulisan yang menarik , buat semua yang ingin melancong ke Medan, Indonesia, mahupun ke serata dunina saya ada buat pakej yang conpom best , whatsapp saya : INSYIRAH 0175367426 atau emel : angahirah@yahoo.com, terima kasih follow instagram kami : melancong_murah_baloi

    ReplyDelete
  5. salam, kami ada menyediakan ground pakej ke Medan, Indonesia dengan harga yang sangat puas hati. In shaa Allah servis yang terbaik kami berikan untuk anda ^_^
    Instagram : @percutianbajet
    Whatsapp/sms Only: 6012-6047593

    ReplyDelete
  6. salam, kami ada menyediakan ground pakej ke Medan, Indonesia dengan harga yang sangat puas hati. In shaa Allah servis yang terbaik kami berikan untuk anda ^_^
    Instagram : @percutianbajet
    Whatsapp/sms Only: 6012-6047593

    ReplyDelete