Friday, May 20, 2011

Hanya nak berkongsi cerita dengan sesiapa yang berminat.

Hai....
Apa khabar? Harap semua sihat fizikal dan lebih-lebih lagi sihat mental.

Tujuan blog ini diwujudkan sebagai rujukan untuk saya sendiri dan juga kepada pembaca yang berminat dengan informasi  yang saya paparkan.

Dalam blog ini saya akan share perkara - perkara yang saya rasa tidak boleh kita perolehi dari buku terutama sekali beberapa petua yang saya akan share kat sini. Selain daripada itu maklumat yang saya paparkan adalah dari pengalaman saya sendiri.

Diharap maklumat yang saya share di sini dapat memberi sedikit panduan pada pembaca.

Untuk pertama kali, asma rasa nak bercerita tentang POSTUR. Ye... kita kena sentiasa pastikan postur kita betul. Kalau tak dijaga dari awal...ha..dah masuk 40 tahun nanti mulalah mengadu sakit kaki, sakit belakang , sakit pinggang dan macam-macam lagi.
Macammana nak tau postur kita betul? senang aje,, bila berjalan, pastikan kita berjalan dengan tegak, jangan bongkok . Bila duduk pastikan kita duduk dengan tegak, jangan bongkok.
Asma mula mengambil berat tentang postur apabila ada kawan yang menderita sakit kerana tidak menghiraukan postur. Apa yang asma buat, kena ingatkan diri sendiri dari semasa ke semasa supaya membetulkan postur. Asma rasa ada perubahan.. Bila berjalan, duduk  dan lain-lain posisi asma selalu bertanya pada diri sendiri betul ke postur aku? Kalau tak betul, cepat-cepat perbetulkan.
Kalau ada diluar sana yang ada masalah sakit disebabkan salah postur, boleh cuba apa yang asma buat, InsyaAllah...boleh rasa perubahan.

No comments:

Post a Comment