Friday, April 10, 2015

Kursus Eletronik di Kolej Vokasional

Assalamualaikum, rasanya dah lama sangat tak update bog ini. Memanglah sejak akhir-akhir ini banyak aktiviti. tambah lagi sebok dengan perniagaan yang baru diceburi.

Pada tahun ini, 2015 saya juga mengambil keputusan yang agak berani untuk menghantar anak saya yang ke 2 ke Kolej Vokasional. Biarlah ada kawan -kawan yang tertanya-tanya kenapa menghantar anak ke kolej. Mungkin mereka tak nampak apa yang saya nampak. Tambah  lain anak lain keistimewaannya. Kadang-kadang keputusan yang saya buat tidak disenagngi oleh anak pada mulanya, tapi kita perlu membantu mereka membuat keputusan yang terbaik, demi masa hadapan mereka.

Anak yang ini, saya hantar di Kolej yang berdekatan dengan rumah, so tak perlu duduk asrama. Mulanya memang dia agak keberatan . Biasalah terpaksa meninggal kawan lama dan terpaksa menyesuaikan diri dengan cara belajar dan mencari kawan yang baru.

Untuk 2 minggu pertama terpaksa pekakkan telingan dengan rungutannya. Alhamdulillah selepas sebulan, dia mula menunjuk minat dan rasa bersyukur dengan keputusan mamanya. Yalah kata orang, naluri seorang ibu tu, perlu juga diambil kira.

Anak yang seorang ini mengikuti kursus eletronik. Kat Sarawak masih belum ramai pelajar kolej, jadi pensyarah dapat beri tumpuan yang lebih kepada semua pelajar

No comments:

Post a Comment