Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Ada kesempatan nak share tentang kesihatan pergigian. Hope ada yang dapat sedikit info tentang kesihatan pergigian. Sekarangni orang lebih senang melayari internet untuk mendapat info.
Mungkin ada yang bertanya, kenapalah kita mementingkan gigi susu. Padahal, ia bersifat semetara. Apabila kanak-kanak berumur 6 tahun, gigi susu akan diganti oleh gigi kekal secara beransur-ansur.
Ada ibubapa yang berfikir, kalau kita jaga gigi susu dengan baik, gigi susu akan lambat rosak. Kalau lambat rosak, lambatlah gigi kekal akanmenggantikannya. Kalau gigi kekal lambat tumbuh, lambatlah ia rosak. Tapi hakikatnya tak begitu, gigi susu kan tanggal apabila tiba masanya gigi kekal akan tumbuh, walaupun gigi susu tidak rosak, ia akan tanggal juga. Ini disebabkan semasa gigi kekeal tumbuh, akar gigi susu akan resorp, maknanya kar gigi susu akan terhakis dan lama kelamaan gigi susu ini akan tanggal.
Oleh sebab itulah, apabila gigi susu yang longgar dicabut, ia tidak memerlukan suntikan. Cukup sekadar sapuan ubat bius pada permukaan gusi. sebaliknya, jika gigi kekal longgar dicabut, walaupun terlalu longgar, suntikan masih diperlukan kerana akar gigi kekal yang longgar masih sempurna berlainan dengan gigi susu yang longgar, biasanya akar gigi telah terhakis.
Kegigian Susu:
Perhatikan gigi susu diatas, apa bezanya dengan gigi kekal?
Kenapa gigi susu penting?
1. Gigi susu penting kerana ia memainkan fungsi asas gigi iaitu untuk mengunyah dan bertutur. Semasa dalam pembesaran, kanak-kanak perlu mengambil zat makanan yang cukup. Penghadaman makanan yang sempurna adalah penting. Selain itu, kanak-kanak mula belajar bertutur dalam umur ini, jika kehilangan gigi yang awal, ia sedikit sebanayk akan mengganggu pertuturan kanak-kanak
2. Yang kebanyakkan orang tidak tahu ialah, gigi susu ini menjadi panduan untuk pertumbuhan gigi kekal. Gigi susu ini mengekallan ruang untuk gigi kekal yang akan mengganti tempatnya. Oleh kerana gigi kekal ini tumbuh berperingkat, kehilangan awal gigi susu sebelum masa gigi kekal pengganti tumbuh kan menyebabkan ruang tersebut diganti oleh gigi kekal lain yang tumbuh lebih awal.
Ini adalah x-ray kanak-kanak yang berumur lebih kurang 5-6 taun. Semasa kanak -kanak berusia ini, kalau kita tengok didalam mulutnya, hanya ada 20 batang gigi susu. Tapi kalau kita ambil x-ray rahangnya, dibawah gigi susu telah ada gigi-gigi kekal yang massih dalm pembentukkan , menunggu masa yang sesuai untuk tumbuh.
Gigi kekal yang mula tumbuh adalah gigi hadapan 2 batang atas dan bawah dan diikuti gigi 2 lagi gigi hadapan atas dan bawah. Dalam masa yang sama gigi kekal geraham pertama juga akan tumbuh.
Cuba tengok gambarajah diatas, gigi molar pertama ( gigi no. 6) akan tumbuh lebih awal dari gigi molar kecil ke-2 (gigi no. 5 ) Jika gigi E ( gigi susu) dicabut awal, ruang untuk gigi no.5 akan diambil alih oleh gigi no.6. Bila tiba masa gigi no. 5 tumbuh, ruang telah tiada, gigi no. 5 terpaksa tumbuh samada di bahahgian dalam atau bahagian luar, mana yang kurang rintangan. Ini akhirnya menyebabkan kesesakan pada kegigian kekal.
tapi, kena ingat itu salah satu faktor yang mengyebabkan gigi jadi tidak teratur. Ada banyak lagi faktor lain. Nanti saya akan share kemudian.
Cuba tengok gambar dibawah, mungkin lebih mudah lagi nak faham
Harap info ini dapat memberi sedikit sebanyak maklumat. Jika ada sebarang persoalan, saya akan cuba bantu.
No comments:
Post a Comment