Monday, August 12, 2019

Bangkok ( Sumhumvit )

Assalamualaikum
Salam sejatera

Agak lama sudah tak update blog ini. Kali ini nak menulis tentang jalan- jalan DIY ke Kota Bangkok.

Dari KLIA, ada beberapa syarikat penerbangan untuk ke Bangkok.
Ada Air Asia yang terkenal dengan tambang murah tapi bila ditambah dengan luggage dan makan agak mahal juga hehe.

Selain daripada air asia ada juga Syarikat MAS, Royal Jordan..

Cuba guna flight scanner untuk meninjau syarikat penerbangan ke Bangkok.

Di Bangkok ada 2 lapangan terbang iaitu : 
-Don Mueang International Airpot
-Suvarnabhumi Airport

So saya mengguna Royal Jordanian Flight dan mendarat di Suvarnabhumi Airport.

Sebelum mendarat pastikan borang visa diisi dengan lengkap dan pastikan tiket penerbangan disimpan dengan elok-elok sebab masa mendarat nanti ini akan diperiksa.

Suvanabhumi Airport antara airport yang sangat busy. Sampai saja, wow ramainya penumpang berbaris menunggu pemeriksaan imigresen.

Agak lama juga menunggu giliran, bila keluar mengelabah sebab luggage dah tak ada kat tempat luggage. Jangan risau, cuba tengok kat skrin ada dipapar no flight kita dan gate no berapa tempat luggage kita.

Bila dah keluar dari airport, 1st thing to do is kena beli simkad thailand. Hehe... tanpa internet mesti sesat.

Kat airport ada banyak booth yang jual simcard. Saya beli simcard Happy Tourist Sim 100-200 bath untuk 7 hari.

Bagi je duit dan mereka akan tolong tukarkan simkad kita.




So untuk naik teksi awam kena menuju ke teksi di tingkat bawah. Kena tengok signage
Yang bestnya sistem teksi memang best, ambil no kat Kiosk dan beratur ikut no yang keluar dari mesin.
Berbaris ikut no teksi yang ada kat skrin. Teksi warna hijau and kuning.

Nasib baiklah pemandu teksi yang sy tumpang boleh juga bercakap bahasa inggeris walaupun sikit-sikit yang penting message diterima.

Mana nak stay kat Bangkok?

Saya cadang stay kat area Ramkhaeang, kawasan itu lebih mudah nak dapat makanan halal.
Saya stay kat Nasa Vegas Hotel, sewa lebih murah dan kalau mendarat di Suvanahabhumi Airport, hanya guna Airport Rail Link terus ke Nasa Vegas Hotel, berhenti di stesen Ramhkheang. Dari stesyen itu jalan kai saja ke hotel.

Hotel just nice untuk  tidur, lagipun kita bukan nak spent time dalam bilik hotel pun.

Kat situ ada satu gerai yang tersorok antara lorong yang masakannya walla, tomyam dia TERBAIK. Saya hiurup sampai kering mangkuk hehe. susah nak cerita kat sini. Cuma landmark yang saya ingat  ada pondok polis kecil kat simpang empat., jalan sebelah kanan. Gerai ini hanya buka sebelah malam sahaja.

Jom jalan-jalan area Sukhumvit : 

Anda juga boleh stay kat area Sukhumvit.  Kat area ni susah sikit nak cari masakan halal.

Apa yang menarik kat sini :
i. Mall Terminal 21
Yang menarik kat mall ini seolah-olah anda berada di airport dan dalam mall tu ada banyak kedai kecil-kecil dari negara yang berlainan.

Masa saya ke situ ada pesta street food, yang menariknya suasan street food di bawa ke mall. tentulah lebih selesa dan sejuk sebab berhawa dingin cuma masalahnya susah nak cari makanan yang halal.






Saya ambil gambart dari tingkat atas.




Ini bahagian bawah mall, banyak gerai-gerai kecil yang menjual street food. Cuma yang tak bestnya susah nak cari yang halal.




Setiap Level, negara yang berlainan :





Di setiap level, ada kedai kecil-kecil dari negara yang berlainan.



Ini kat bahagian negara Jepun.




Ini kat Kota London , hehe pergi kat Mall ini sudah jelajah satu dunia...







Ini antara benda -benda yang kreatif ada dijual di sini.

Ini T-shirt yang di pack macam cili  betul.









Ha.... ini yang mesti try kalau ke Bangkok. Presentation pulut mangga ini lain  dari yang biasa. Memang sedaplah...



Yang menarik di sini yang saya tak dapat lupakan ialah toilet nya . tengok ini dalam toilet tapi tak rupa macam toilet.









ii. ArtBox: tempat makan yang happening.. cuma yalah macam biasa makanan halal memang tak ada. Kat sini ramai pelancung dan hanya buka pada sebelah malam sahaja.

Ini lebih kurang macam pasar malam kat Malaysia cuma yang ini suasana nya lain.











iii. MBK  Mall- Mall lebih kurang maca plaza GM kat tempat kita tapi lagi besar. Adoi..macam-macam ada, harga pun bolehlah untuk beli oleh-oleh untuk bawa balik.













Ok ini antara tempat menarik di daerah Sumhurnvit, Bangkok.

Semua mengguna BTS, kalau nak tau stesen mana tempat berhenti kena search google. kalau ada kelapangan saya akan update lagi stesen- stesen tempat berhenti.

Sunday, July 8, 2018

Umrah DIY 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


DrChef DIY UMRAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Alhamdulillah , kali ini nak share pengalaman DrChef mengerjakan umrah DIY.
Off course mengerjakan umrah DIY sudah pasti lebih murah dibandingkan mengguna agen.

80% daripada perbelanjaan umrah adalah untuk membeli tiket dan penginapan. Perlu membuat homework dan survey harga tiket kapalterbang dan penginapan. Ini perlu dibuat 6 bulan sebelum tarikh penerbangan, boleh survey dulu, jangan terus beli.
Kalau banyak kali survey, kita akan jumpa range harga terbaik.

Disini penginapan yang DrChef akan share adalah dengan harga berpatutan dan lebih jimat lagi kalau pergi dalam kumpulan 4 orang kerana kebanyakkan hotel di Madinah dan Mekah boleh share lebih dari 2 orang.

Kebaikan DIY adalah :
1. Kita tak perlu menunggu ahli rombongan, kita bebas melakukan aktiviti ibadah kita tanpa membuang masa menunggu.
2. Makan dan minum tidak disediakan, jadi bila dan apa yang kita nak makan bergantung kepada kita. Di Madinah banyak fast food yang menjual kebab dan roti. DrChef paling suka jus mangga di Madinah samada fresh atau dalam botol, kedua-duanya sedap.Untuk lebih jimat DrChef cadang beli jus dalam botol besar lebih murah .
Kalua nak jimat lagi bolehlah bawa periuk letrik kecil dan bekal beras. Bawa sambal atau acar buah atau apa- apa menu yang tahan, makan di bilik mesti lagi seronok dan lebih berselera.
3. Kita boleh rancang masa ziarah kita sendiri ikut kelapangan masa. Kalau rasa nak betul- betul ke tempat bersejarah kena buat study tempat yang ingin dikunjungi dan rancang betul-betul itenerary. Lebih baik rujuk blog-blog yang bercerita tentang DIY Umrah. Di sini DrChef akan cerita juga pengalaman DrChef untuk rujukan pembaca dan rujukan DrChef sendiri di masa akan datang.
4. Membeli buah tangan di tempat yang lebih murah jika kita ke pasar penduduk tempatan, ini kena banyak google ye. Nanti DrChef cerita juga pengalaman DrChef bab membeli- belah. DrChef tak banyak shopping sebab tujuan nak fokus pada ibadah. Tapi sempat juga beli jubah dan kurma untuk sendiri dan bawa balik sebagai buah tangan.

Pembelian tiket kapalterbang:
Kalau nak beli tiket kaparterbang, boleh guna skyscanner Perkara yang perlu diambil perhatian apabila membuat pembelian tiket :
1. tentukan tarikh, masa yang sesuai adalah pertengahan minggu contoh hari selasa atau rabu. Biasanya pertengahan minggu tiket lebih murah.
2. Pilih muticity supaya perjalanan lebih menarik sebab dapat menjejak kaki di negara lain  selain dari bumi Mekah dan Madinah dan pasti lebih murah dari direct flight.
3. Pastikan tiket yang dibeli itu termasuk dengan luggage dan makan. Mana tau ada yang macam Air Asia, naya kelaparan dalam penerbangan dan terpaksa membayar untuk luggage pula hehe.
4.Kalau bolen beli insuran incase tiket penerbangan terlewat atau ada apa2 masalah sepanjang perjalanan kita nanti. Kalau di negara sendiri tak beli insuran masih .
5. Kena pastikan masa dan connecting flight itu sesuai, kalau pakai apps, biasa masa connecting itu memang sudah sesuai.

Perasaan hendak ke tanah suci sangat berlainan dari lawatan ke luar negara sebelum ini. Macam-macam yang DrChef dengar tentang pengalaman orang mengerja haji.Perasaan berdebar, takut dan risau dan seronok bercampur-campur.
Seronok sebab akan melihat Kaabah dengan mata sendiri dan yang paling penting merasai pengalaman solat di hadapan kaabah. Selama ini hanya solat menghadap kiblat.
Takut dan risau sebab memikir adakah sudah bersedia mental dan fizikal untuk menjejak kaki di tanah suci dan mengerja ibadah di sana.
Excited sebab DrChef pergi umrah DIY bersama team yang pernah ke sana.

Penerbangan DrChef:
mengguna Oman Air

Kuala Lumpur /Muscat,Oman
09:30 Kuala Lumpur
12:15 Muscat Int Airport

connecting flight ke Madinah, Saudi Arab
tempoh berhenti di Muscat Int Airport adalah  2 jam 25 minit
Just nice untuk check in ke destinasi seterusnya iaitu Madinah

Muscat,Oman/ Madinah, Saudi Arab
14:40 Muscat Int Airport
16:45 Madinah, Saudi Arab
Sampai di Madinah terus solat jamak zohor dan Asar di Madinah Airport. Surau di Madinah tiada telekung, so better bawa telekung dalam bag pack, senang nak solat dimana-mana.

Day 1(Madinah):
Madinah Airport :
Solat jamak zohor dan asar
Membeli simcard, DrChef pilih Zain KSA LTE
5G utk 30 hari dengan harga SAR116
Download application Careem

Dari Madinah Airpot ke Hotel  Mawaddah Al Safwa
mengguna careem SAR25
Guna careem pun agak susah juga sebab kebanyakkan pemandu tidak boleh berbahasa Inggeris dan masalah bila nak berkomunikasi.
Kalau ada masa bolehlah belajar perkataan basic dalam Bahasa Arab.

Nasib baik pemandu Careem ini boleh berbahasa Bahasa inggeris sedikit jadi ada     juga sedikit cerita, kalau  tidak sepanjang jalan akan sunyi dan sepi atau hanya        guna bahasa isyarat.

Wow, sampai di hotel, sangat teruja sebab hotel terletak berdekatan dengan masjid
Nabawi. Kami sampai pada waktu maghrib, kelihatan ramai Jemaah sedang menuju ke masjid Nabawi.

Hotel Mawaddah Al Safwa hanya  20 m dari Masjid Nabawi melalui pintu no 15. Pintu ini berdekatan dengan pintu ke kawasan solat muslimat iaitu pintu 16 & 17.

Hotel ini bersih, kalau ada rezeki untuk berkunjung ke Madinah, DrChef akan menginap di hotel ini lagi.Kawasan sekitar hotel ini ada banyak kedai runcit, kedai pakaian dan fast food.

Day 2:
Sewa bilik selama 4 malam adalah SAR1080
Di madinah kebanyakkan masa dihabis di masjid nabawi.Biasa kami akan ke masjid jam 3:30 pagi dan balik selepas selesai solat dan berdoa di Raudah iaitu selepas     Dhuha.

Kalau nak solat di Raudah, DrChef biasa pergi pada sebelah pagi. Ini dah menjadi rutin DrChef selama berada di Madinah.

Kawasan Raudah :
Memasuki Raudah melalui pintu 25 untuk muslimat. Pintu no. 25 ini dibuka pada wanita jam 7 pagi. Boleh pergi sebelum 7 pagi.
Kawasan Raudah itu jauh di dalam, kalau tak pasti tanya saja dengan pegawai yang bertugas.
Bukan senang nak masuk Raudah, beribu-ribu jemaah wanita telah sedia menunggu walaupun halangan ke Raudah masih belum dibuka.
Boleh terus menunggu di kawasan tersebut bersama Jemaah yang lain. Boleh baca Al Quran kat apps di handphone sementara menunggu giliran kita.
DrChef cadangkan berkumpul bersama Jemaah dari asia supaya kita faham arahan petugas. Lagipun orang asia ini tak sekasar orang dari negara lain yang akan berebut untuk ke Raudah. Ada kalanya DrChef berkumpul juga bersama Jemaah dari negara lain jika tak jumpa Jemaah dari asia.

Ziarah di Madinah :
Day 3
Selepas balik dari Raudah, DrChef saja-saja cuba menaiki bus yang di kawasan menara jam.
Kebetulan ada bas yang membawa Jemaah ke Jabal Uhud, hanya bayaran SAR5 seorang pergi dan  balik.
Kalau nak menziarah di situ ,elok siap berwuduk, sampai sana boleh solat sunat di masjid sekitar Jabal Uhud.

Day 4
Hari ini, kami cuba mengikut jemaah tempatan dan India menziarah mengguna van. Biasa kalau  ikut Jemaah tempatan lebih murah.
better siap2 berwuduk jadi senang nak solat sunat di masjid.
Tambang van seorang adalah SAR10  pergi dan balik.

Stesyen van itu terletak di belakang Saza Hotel
Di setiap perhentian, van akan berhenti selama  10 minit, sempat untuk kita solat sunat dan melihat kawasan sekitar sekejap.
Satu van boleh  muat 14 orang penumpang
Dalam van bersama kami hari itu , ada jemaah dari India dan Pakistan, ada juga dari Burma.

Pakej lawatan dengan van ini , melawat 3 tempat :
jabal  uhud
masjid kiblatin
masjid kubah

Shopping di Madinah:
DrChef nasihatkan kalau nak beli ole-ole untuk bawa balik , baik beli di Madinah.
Kurma dan kekacangan boleh beli di Kawasan pasar yang terletak 800m di hadapan hotel, kena jalan jauh sedikitlah tapi berbalaoi, kurma Ajwa hanya SAR35 satu kg . Kalau beli di kedai SAR70.
Kurma yang biasa hanya SAR5 , kalau beli kat kedai biasa SAR20.
Kalau dah berada di Madinah rasa tak sah kalau tak beli jubah.

Kalau nak beli jubah yang berkualiti, kainnya tak panas walaupun di bawah matahari terik, DrChef dapat harga RM65. Di Malaysia DrChef pernah beli, harga dalam RM150. Bagusnya jubah ini , kita tak terasa panas walaupun bawah mentari terik.

Kat Madinah dan Mekah kalua shopping  kena pandai bab tawar- menawar kalau tak tawar  memang beli dengan harga lebih mahal.

Kadai jubah yang DrChef beli behadapan dengan hotel Plaza Annsar, lot corner.
Dari pintu 21, jalan terus hingga jumpa Hotel Plaza Annsar.

Day 5:
Hari ini adalah hari terakhir kami di Madinah, jam 2:30 petang kami akan menaiki bas SAPTCO ke Mekah.
Sudah menjadi rutin di Madinah jam 3:30 am bergerak ke masjid nabawi untuk solat sunat dan wajib. Biasa akan berada di masjid nabawi sehingga jam 6:30 .
Kemudian akan bergerak ke pintu 25 untuk memasuki kawasan Raudah. Sejak pagi pertama sehingga pagi ini, Alhamdulillah tak miss untuk solat di raudah.
Tapi pagi ini kami terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada Rasulullah SAW.

1 pm kami ke stesyen bus SAPTCO VIP yang terletak di Hotel Crown Plaza mengguna Careem dengan SAR12 utk ke mekah,
Tiket bas dibeli secara online dengan search SAPTCO dengan harga  SAR64 seorang.
Perjalanan ke Mekah dengan menaiki bus ini sangat selesa dan yang best lagi  ada set makanan yang simple disediakan.(ada roti, jus dan air mineral) cukup sebagai pengalas perut.
Perjalanan ke Mekah mengambil masa selama 5 jam.

Yang mahalnya dalam  bus ada serve kopi. Terasa macam  VIP hehe.

Tak sampai 30 minit berlepas dari Madinah bus  berhenti di Masjid Bil Ali utk niat ihram dan tawaf dan  menjalankan solat sunat ihram dua rakaat.
Di sini bus berhenti selama 20 minit. Pemandu bus awal-awal dan bagi amaran jemaah yang lambat akan ditinggal, jadi kenalah cepatlah.
Dalam bus kebanyakan jemaat adalah dari negara lain dan Arab saudi sendiri. Tak ada Jemaah yang berasal dari sebelah asia.

Selepas berniat ihram , kena jaga hukum ihram dan sentiasa melaung ‘ Labai kallah humalabaik, Labaikallah sari kalakalabaik...
Banyakkan berdoa semoga urusan ibadaah diberkati, sihat sepanjang mengerja umrah dan ibadah kita berkualiti.
Perasaan DrChef berdebar dan penuh kesyukuran dijemput Allah untuk ke rumahNya, untuk melihat sendiri Kaabah yang sebelum ini DrChef hanya tau solat menghadap Kaabah dan tidak lama lagi DrChef akan melihat sendiri Kaabah.

Sepanjang perjalanan ke Mekah , pemandangan hanya gurun pasir yang kering-kontang , sekali sekala ada perkampungan penduduk tempatan.

Angin di bumi madinah dan mekah sangat kencang dan sekali sekala kelihatan rebut pasir.

Pada jam 6:30, DrChef sampai di Mekah . Dari stesen bus SAPTCO, kami  menaiki teksi ke hotel kami dan dikenakan  SAR25.

Sampai saja di hotel, terus check in. Nama  hotel yang kami dah tempah ialah Nawazi Ajyad . Hotel ini terletak di lereng bukit tetapi masih dekat  Masjidil Haram ,jarak lebih kurang 100m.
Masuk bilik, kita letakkan barang, bersihkan diri terus bergegas ke masjidil haram dalam masa 5 minit berjalan kaki.
Masa kami sampai, telah masuk waktu Isya, pintu ke masjidil haram telah ditutup, jadi solat isya di luar masjidil haram. Di luar masjidil haram pun penuh dengan ribuan jemaah.

Selepas solat  isya, kami terus masuk ke masjidil haram melalui gate no 1 untuk m  mengerja tawaf .
Rasa sangat terharu apabila pertama kali melihat kaabah. Syukur Alhamdulillah kerana Allah menjemput DrChef ke rumahNya.

Selepas mengerja tawaf, kami terus ke kawasan Saie, ikut saja tanda safwa. Disana kami mengerja saie dan seterusnya tahalul.
Alhamdulillah selesai umrah pertama. Selesai umrah dah lebih jam 12 malam.

Day 6:
3:30 am DrChef ke  masjidil haram. Seperti di Madinah, di masjidil haram sudah ramai Jemaah mengambil tempat masing-masing.
Kali pertama solat di masjidil haram, DrChef menerima cabaran 2 kali diusir pengawai yang bertugas sebab tempat yang DrChef pilih adalah untuk Jemaah lelaki. DrChef berdoa semoga Allah bagi tempat yang lebih baik.\Alhamdulillah setelah diusir 2 kali, DrChef mendapat posisi yang mana DrChef dapat melihat Kaabah.
1st dpt tpt belakang tiang, setelah diusir Allah beri tempat terbaik.
Sepanjang di tanah suci hendaklah sentiasa bersangka baik dan berdoa banyak-banyak pada Allah.

Setelah Subuh, kami terus ke Tanaim. DrChef cadangkan ambil breakfast dulu baru pergi ke tanaim.
Untuk ke tanaim, kena naik bus, stesyen berdekatan hotel Daal tawhid Intercontinental /umm Al Qura Road.
tambang adalah SAR3 , pergi balik SAR6  seorang.

Di tanaim ,ada masjid . Di sana kita berniat ihram dan tawaf dan solat sunat ihram di masjid tersebut.
Dar tanaim, kita terus menaiki bus untuk ke masjidil haram. Sepanjang perjalanan kita banyakkan dengan berdoa dan melaung Labai kallah huma labai….
Sampai masjidil haram , terus masuk masjid. Dinasihat meminum air zam-zam dan berdoa pada Allah kita sentiasa diberi kekuatan dan kesihatan untuk kita menjalankan ibadah dengan baik dan berkualiti.
 Terus berjalan ke keaabah untk menjalankan tawaf sebanyak 7 pusingan. Tempat permulaan untuk berniat tawaf di kawasan hajar Aswad. Untuk memudahkan Jemaah, ada lampu warna hijau di bangunan masjid sebagai panduan permulaan pusingan untuk tawaf.
Setelah selesai tawaf, drChef terus memilih tempat yang paling mustajab untuk berdoa yang dikenali sebagi Iltizam, iaiitu kawasan antara hajar Aswad dan pintu kaabah.
Pada masa itu adalah waktu dhuha jadi boleh terus solat dhuha, solat taubat dan solat hajat.
Berdoalah sebanyak-banyaknya di situ. InsyaAllah akan dimakbulkan permintaan kita. Selain dari doa-doauntuk sendiri dan keluarga yang ditinggalkan, DrChef sentiasa berdoa agar perjalanan kami dimudahkan dan diberi kesihatan yang baik sepanjang berada di tanah suci.
Selepas tawaf, kami menuju ke Safwan untuk menunaikan saiee.  Kawasan untuk mengerjakan saieee sangat selesa, semua ada penghawa dingin, Setelah selesai 7 pusingan kami terus tahalul dengan memotong sedikit rambut. Setelah memotong rambut, selesailah ibadah umrah kita.kami selesai umrah dlm jam 9:30 pagi, alhamdulillah dipeemudahkan

Untuk lebih faham ibadah ini, dicadangkan mengikut kursus umrah.

Day 7 mekah
6:00 pagi mengerjakan umrah seperti biasa.
Masa yang sesuai untuk mengerjakan umrah adalah selepas subuh dan selepas      asar.
Selepas subuh , sebab kita boleh terus solat Dhuha di Iltizam
Selepas Asar, kita boleh solat mahgrib dekat dengan kaabah dan solat Isya di           kawasan Safa dan marwah.

Itulah rutin ibadah di sana. Satu ibadah ihram itu 10,000 langkah. Sehari kalua buat2 ihram, langkah kita adalah 20,000 langkah.

12:00pm  ziarah 7 lokasi guna taxi rm150 . Cadangan dari Bell boy di hotel.
i. bukit garhrul
ii.pdg arafah
iii.tempat kutbah terakhir rasulullah
iv masjid nimrah, hanya dibuka semasa musim haji.
v naharul zubaidah: pertemuan 3 kawasan; muzalifah, arafat & mina
vi train arafah , mina & muzalifah masih dalam pembinaan , perjalanan hanya          mengambil masa 2 min
v. mina
vi jabal nur & gua hirak- kita lihat dari bawah saja.
vii. masjidil jin
viii. al marat cemetery : saidina khadijah & sahabat

Day 8:
Hari ini kami menjalankan umrah sebanyak 3 kali iaitu sebelah pagi selepas subuh dan sekali lagi sebelah petang selepas Asar.
Kami berkesempatan solat magrib solat hadapan kaabah , manakala solat
isya solat di atas bukit marwah
Dan pergi semula ke Tanaim untuk ihram yang ketiga

Day 9 :
Hari ini kami kami pergi ke Jeddah.
Kami  naik careen SAR12 dari hotel ke stesyen bus SAPTCO dengan fee SAR16 seorang, pergi balik SAR32.
Yang murah di Jeddah, perfume , alomost 50% lebih murah dari harga perfume di airport.
 home appliance eletrrik pun ada banyak pilihan. Ada jenama yang tak pernah ada di Malaysia.

Day 10.
Hari ini, Alhamdulillah Berjaya mengerjakan  umrah sebanyak 2 kali hingga jam 11  malam .

Day 11:
Hari ini hari terakhir di Mekah, tengah fikir aktiviti hari ini. Nak buat umrah terakhir    dan tawaf wedaq.
 Kita mengambil keputusan pergi ke tanaim, balik dari tanaim, tukar plan, beli beg     dan makanan dan balik ke hotel untuk kemas barang sebab tular plan utk mengerja  tawaf wedaq selepas mengerja umrah terus ke Jeddah Airport dengan pakaian ihram
sangat rushing, selesai saie , terus solat zuhur  di kawasan saie

Kena sambung tawaf Weda selepas solat Zohor, sangat rushing sebab tiket bus SAPTCO telah dibeli jam 2:30 pm, masa ini selepas zuhur 12:45, memang rushing.
Kita selesai  tawaf wedaq dalam masa 45 minit , Selesai tawaf wedaq jam 1:40 tengahari.  Kena pergi ke As Safwa Tower, lokasi basement untuk tukarkan duit sebab SAR tidak mencukupi.

Syukur Alhamdulillah kita dah selesai tawaf weda , ada kala semasa tawaf sangat    hamper dengan hajar Aswad dan dah hampir sangat dengan Kaabah.

Selesai tawaf wedaq kami segera  balik ke hotel sudah jam 2:05 dan tunggu
Careeam dari hotel ke Stesen SAPTCO SAR15, terpaksa batalkan perjalanan sebab dah jam 2:20 memang tak sempat untuk ke stesyen bus SAPTCO.

Tiket bus saptco hangus. Next time jangan beli tiket bus dulu, boleh beli kat stesyen or boleh naik teksi ke Airport Jeddah

Jadual bus SAPTCO Ke Airport Jeddah
8 pagi
10 pagi
2:30 ptg
7 malam

so kena pastikan jam penerbangan bersesuian dengan jadual bus ini.
Last kita ambil keputusan naik teksi dengan SAR150 , harga asal antara                   SAR200-300.
Alhamdulillah telah sampai di Aiport Jeddah, Nak tukar baju ihram.

Keadaan airport Jeddah yang sempit dan sesak sangat mencabar , nasib baik kita   mengguna porter service dengan bayaran SAR20, dia tolong Q dan belikan air zam-zam.

Air zam-zam kena beli di airport Jeddah dengan harga SAR9 senayak 5 liter.
Setiap Jemaah hanya dibenar bawa satu botol tapi bolehlah bertanya pada pegawai di Airport minta izin beli 2 botol. Kalau ada rezeki boleh bawa balik 2 botol , Tulis nama besar-besar kat kotak Air zam-zam tu sebab semua Jemaah bawah air yang sama, susah nak pilih bila sampai kat KLIA nanti. Kalau boleh bawa marker besar guna     warna yang jarang orang guna. Kalau DrChef off course akan guna warna oren.

Pengalaman tak dapat lupa apabila melalui pemeriksaan security, wanita diasing      dari lelaki dan cara pemeriksaan sangat tegas.
Pastikan talifon dan semua peralatan eletronik dimasuk dalam beg dan scan.

Setelah selesai pemeriksaan security, kita menuju ke ruangan menunggu sehingga masa penerbangan sampai.

Kami mengguna Saudi Air dan perjalanan ke dari Jeddah ke KLIA  adalah selama    6 jam.
Alhamdulillah trip umrah DIY telah selamat dijalankan dengan lancar. Baru je jejak    kaki ke KL dah rasa rindu dengan Kaabah.

InsyaAllah akan ke sana lagi.


Gambar-gambar kenangan di Madinah dan Mekah :

 Kawasan di luar masjidil haram




masjidil haram dari luar



ambil kesempatan, ambil gambar dengan logo DrChef



Menara ja, di masjidil haram



Pemandangan biasa di luar masjidil haram selepas solat isya, tidak pernah sunyi dengan manusia



suasana di lapangan terbang Jeddah, sentiasa penuh dengan penumpang.

Friday, November 13, 2015

Tingkatkan ekonomi keluarga kita

Assalamualaikum, salam sejahtera..
Kepada pembaca yang telah membaca tulisan saya sebelum ini..bagaimana kita boleh tingkatkan ekonomi keluarga kita melalui takaful , saya harap nukilan hati saya itu dapat membuka hati pembaca dan seterusnya mengambil tindakan dengan segera.

Mungkin ada yang tertanya2 bagaimana nak tingkatkan ekonomi dengan sumbangan takaful.

Ok, saya cerita senario yang paling mudah.
Bayangkan saya ada menyumbang dengan takaful yang melindungi saya sebanyak rm500,000.00.
Saya sebenarnya tidak perlu risau, cukupkah simpanan untuk famili dan anak2 jika sesuatu terjadi pada saya. Jawapannya saya tak perlu risau lagi. Jika saya meninggal, tak kisah meninggal secara semulajadi , saya pasti orang yang saya tinggal akan mendapat rm500,000.00. Jika saya nak buat simpanan, jangan haraplah boleh sampai jumlah tu.
Maknanya, famili yang ditinggal boleh meneruskan hidup mereka dengan wang takaful kita.
Mereka boleh membuka perniagaan dan mengembangkan wang yang kita tinggal.
Bila mereka dah rasa manfaat adanya takaful ini, saya pasti mereka juga akan berbuat perkara yang sama dan mungkin sumbangan lebih besar.
Jika mereka meninggal, anak mereka atau cucu kita akan mendapat manfaat dan boleh mengguna wang tersebut untuk mengembangkan perniagaan keluarga.
Cucu2 kita juga pasti membuat perkara yang sama.. Dengan itu, sudah pasti ekonomi generasi kita akan bertambah baik.
Setiap kali ahli keluarga yang meninggal , mereka tidak hanya menunggalkan famili dengan kesdihan dan beban.

Kalau anda nak tahu, inilah yang telah diamal oleh masyarakat cina sejak dahulu.
Ini ternyata betul, 10 sahabat cina yang saya jumpa semua ada perlindungan insuran. Pada mereka soalan yang yang patut ditanya, berapa jumlah perlindungan?

Tapi kita, umat Islam sangat jauh di belakang, dlm 10 orang , hanya 3 yang ada perlindungan. Tak perlu tanya jumlah perlindungan, sebab ramai yang ambil jumlah paling minimum. Walaubagaimanapun, mereka sudah 1 langkah di hadapan dari mereka yang langsung tiada perlindungan. Sekurang2 nya mereka dah ada jumlah wang yang akan ditinggal pada waris mereka.

Begitu penting tugas agen takaful yang biasa dipandang negatif oleh masyarakat kita.
Untuk merealisasikan impian untuk meningkatkan ekonomi umah, saya mengalu2 kan sahabat yang ingin membantu untuk turut serta bersama saya.

Nak tahu lebih lanjut blh whatsapp 0138174166.

Tuesday, November 10, 2015

Takaful dan Insuran, sama tapi sangat berbeza...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Syukur Alhamdulillah telah dibuka hati untuk hadir dalam program takaful dan memberi pendedahan tentang takaful dan insuran. selama ini, saya ingatkan Takaful dan Insuran adalah dua perkara yang sama.  Takaful dalam bahasa Arab dan Insuran adalah dalam bahasa Inggeris yang semua orang faham.

Rupa- rupanya fahaman saya meleset sama sekali. Saya rasa kat luar sana ramai yang tidak tahu perbezaan ini.

Masa saya mula melangkah dalam alam pekerjaan iaitu awal tahun 90an, kami tiada pilihan. hanya ada insuran konvensional. Memang niat nak membeli tapi, ada kawan-kawan yang mengatakan insuran itu haram . Itulah hingga kini saya tidak memiliki sebarang polisi. Fahaman insuran itu haram telah tertanam dalam fikiran saya dan sehinggalah takaful telah ada di pasaran , tapi saya masih mempersoalkan takaful itu macam mana boleh jadi halal sebab nama saja yang berbeza, satu dalam bahasa Arab dan yang lagi satu bahasa Inggeris?

Syukur, rupa-rupanya apa yang saya faham itu sangat jauh meleset; Berbeza dari konsep.

Konsep Takaful adalah bersedekah ,bermaksud setiap peserta yang menyumbang akan mensedekahkan sebahagian sumbangan mereka ke dalam tabung Tabbaru.. di mana wang dalam tabung ini akan disedekah kepada mana-mana peserta yang ditimpa musibah mengikut kontrak yang telah dipersetujui.

Perkataan sedekah ini telah menarik minat saya. Allah pun menggalak kita untuk bersedekah. Lebih banyak kita memberi, lebih banyak kita dapt balik. The more you give, the more you get. Bayangkan sumbangan kita , kita sedekah pada peserta yang ditimpa musibah. Sumbangan kita dalam kuantiti yang sedikit, tapi disumbang oleh bilangan yang ramai, sudah pasti impaknya tinggi. Bagaimana sumbangan kita itu dapat meringankan kesusahan yang ditanggung oleh saudara kita.

Disebabkan sumbangan kita bersistem sebab itu kita tak merasa kesan di hati sebab kita cuma membuat sumbangan melalui sistem. Selepas ini, setiap kali kita membuat bayaran bulanan, bayangkan kita menderma pada saudara kita yang ditimpa musibah. Tentu lain perasaannya, terasa manisnya bila kita menderma setiap bulan.

 Kalau kita menyumbang dalam Takaful dan faham konsep takaful, InsyaAllah kita akan mendapat pahala dari sedekah kita tadi. Bila kita faham takaful itu adalah sedekah, isu nak tuntut balik wang sumbangan itu tidak wujud, sebab kita telah sedekahkan ke tabung .

Walau bagaimana pun, untuk mempastikan sistem sedekah ini berjalan dengan lancar dan sistematik, syarikat takaful bertindak sebagai wakil yang mengurus wang peserta.
Untuk mempastikan peserta mendapat manfaat yang maksimum, sebahagian dari sumbangan peserta tersebut dilabur oleh Syarikat Takful, dengan itu diakhir tempoh kontrak peserta bukan saja mendapat perlindungan, malah mendapat wang dari pelaburan tersebut.  Maknanya 2 ini 1, perlindungan dan simpanan.

Dan sekarang telah ada kemudahan kad perubatan. 3 in 1.  Kad perubatan adalah keperluan pada masa sekarang. Ini adalah kerana kos perubatan sangat tinggi dan ramai yang kehilangan wang simpanan sebab untuk membayar bil perubatan. Diharap kita tidak termasuk dalam golongan ini.

Setelah menghadiri taklimat tersebut, saya rasa tanggungjawab saya sebagai agen takaful sangat penting. Sebab kita berjuang untu meningkatkan ekonomi ummah. Mungkin ada yang tak faham, bagaimana agen boleh meningkatkan ekonomi ummah?

Bagaimana caranya?
1. Bila seseorang menyertai takaful, jika mereka mrninggal dunia, waris akan mendapat pampasan. Maknanya orang yang ditinggal akan meneruskan hidup mereka dengan pampasan tersebut. Ini sudah pasti dapat membantu mereka.

2. Dalam zaman moden ini, perbelanjaan perubatan sangat tinggi. Ramai juga yang menjadi muflis kerana terpaksa berbelanja wang simpanan untuk bayar bil perubatan. Kalau kita sedar , jangan biar anak- anak terbeban dengan penyakit kita suatu masa nanti.

Jika ada yang berminat nak tahu lebih lanjut, boleh pm atau whatsapp 0138174166.

InshaAllah saya akan cuba beri yang terbaik. Saya harap usaha saya yang sedikit ini dapat mengubah ekonomi seseorang. Semoga usaha saya ini mrndapat keberkatan dan rahmat dari Nya.
Aamiin ya Rab.