DrChef
DIY UMRAH
Assalamualaikum
dan salam sejahtera
Alhamdulillah
, kali ini nak share pengalaman DrChef mengerjakan umrah DIY.
Off
course mengerjakan umrah DIY sudah pasti lebih murah dibandingkan mengguna
agen.
80%
daripada perbelanjaan umrah adalah untuk membeli tiket dan penginapan. Perlu
membuat homework dan survey harga tiket kapalterbang dan penginapan. Ini perlu
dibuat 6 bulan sebelum tarikh penerbangan, boleh survey dulu, jangan terus
beli.
Kalau
banyak kali survey, kita akan jumpa range harga terbaik.
Disini
penginapan yang DrChef akan share adalah dengan harga berpatutan dan lebih
jimat lagi kalau pergi dalam kumpulan 4 orang kerana kebanyakkan hotel di
Madinah dan Mekah boleh share lebih dari 2 orang.
Kebaikan
DIY adalah :
1.
Kita tak perlu menunggu ahli rombongan, kita bebas melakukan aktiviti ibadah
kita tanpa membuang masa menunggu.
2.
Makan dan minum tidak disediakan, jadi bila dan apa yang kita nak makan
bergantung kepada kita. Di Madinah banyak fast food yang menjual kebab dan
roti. DrChef paling suka jus mangga di Madinah samada fresh atau dalam botol,
kedua-duanya sedap.Untuk lebih jimat DrChef cadang beli jus dalam botol besar
lebih murah .
Kalua
nak jimat lagi bolehlah bawa periuk letrik kecil dan bekal beras. Bawa sambal
atau acar buah atau apa- apa menu yang tahan, makan di bilik mesti lagi seronok
dan lebih berselera.
3.
Kita boleh rancang masa ziarah kita sendiri ikut kelapangan masa. Kalau rasa
nak betul- betul ke tempat bersejarah kena buat study tempat yang ingin
dikunjungi dan rancang betul-betul itenerary. Lebih baik rujuk blog-blog yang
bercerita tentang DIY Umrah. Di sini DrChef akan cerita juga pengalaman DrChef
untuk rujukan pembaca dan rujukan DrChef sendiri di masa akan datang.
4.
Membeli buah tangan di tempat yang lebih murah jika kita ke pasar penduduk
tempatan, ini kena banyak google ye. Nanti DrChef cerita juga pengalaman DrChef
bab membeli- belah. DrChef tak banyak shopping sebab tujuan nak fokus pada
ibadah. Tapi sempat juga beli jubah dan kurma untuk sendiri dan bawa balik
sebagai buah tangan.
Pembelian
tiket kapalterbang:
Kalau
nak beli tiket kaparterbang, boleh guna skyscanner Perkara yang perlu diambil
perhatian apabila membuat pembelian tiket :
1.
tentukan tarikh, masa yang sesuai adalah pertengahan minggu contoh hari selasa
atau rabu. Biasanya pertengahan minggu tiket lebih murah.
2.
Pilih muticity supaya perjalanan lebih menarik sebab dapat menjejak kaki di
negara lain selain dari bumi Mekah dan
Madinah dan pasti lebih murah dari direct flight.
3.
Pastikan tiket yang dibeli itu termasuk dengan luggage dan makan. Mana tau ada
yang macam Air Asia, naya kelaparan dalam penerbangan dan terpaksa membayar
untuk luggage pula hehe.
4.Kalau
bolen beli insuran incase tiket penerbangan terlewat atau ada apa2 masalah
sepanjang perjalanan kita nanti. Kalau di negara sendiri tak beli insuran masih
.
5.
Kena pastikan masa dan connecting flight itu sesuai, kalau pakai apps, biasa
masa connecting itu memang sudah sesuai.
Perasaan
hendak ke tanah suci sangat berlainan dari lawatan ke luar negara sebelum ini.
Macam-macam yang DrChef dengar tentang pengalaman orang mengerja haji.Perasaan
berdebar, takut dan risau dan seronok bercampur-campur.
Seronok
sebab akan melihat Kaabah dengan mata sendiri dan yang paling penting merasai
pengalaman solat di hadapan kaabah. Selama ini hanya solat menghadap kiblat.
Takut
dan risau sebab memikir adakah sudah bersedia mental dan fizikal untuk menjejak
kaki di tanah suci dan mengerja ibadah di sana.
Excited
sebab DrChef pergi umrah DIY bersama team yang pernah ke sana.
Penerbangan
DrChef:
mengguna
Oman Air
Kuala
Lumpur /Muscat,Oman
09:30
Kuala Lumpur
12:15
Muscat Int Airport
connecting
flight ke Madinah, Saudi Arab
tempoh
berhenti di Muscat Int Airport adalah 2
jam 25 minit
Just
nice untuk check in ke destinasi seterusnya iaitu Madinah
Muscat,Oman/
Madinah, Saudi Arab
14:40
Muscat Int Airport
16:45
Madinah, Saudi Arab
Sampai
di Madinah terus solat jamak zohor dan Asar di Madinah Airport. Surau di
Madinah tiada telekung, so better bawa telekung dalam bag pack, senang nak
solat dimana-mana.
Day 1(Madinah):
Madinah
Airport :
Solat
jamak zohor dan asar
Membeli
simcard, DrChef pilih Zain KSA LTE
5G
utk 30 hari dengan harga SAR116
Download
application Careem
Dari
Madinah Airpot ke Hotel Mawaddah Al
Safwa
mengguna
careem SAR25
Guna
careem pun agak susah juga sebab kebanyakkan pemandu tidak boleh berbahasa
Inggeris dan masalah bila nak berkomunikasi.
Kalau
ada masa bolehlah belajar perkataan basic dalam Bahasa Arab.
Nasib
baik pemandu Careem ini boleh berbahasa Bahasa inggeris sedikit jadi ada juga sedikit cerita, kalau tidak sepanjang jalan akan sunyi dan sepi atau
hanya guna bahasa isyarat.
Wow,
sampai di hotel, sangat teruja sebab hotel terletak berdekatan dengan masjid
Nabawi.
Kami sampai pada waktu maghrib, kelihatan ramai Jemaah sedang menuju ke masjid
Nabawi.
Hotel
Mawaddah Al Safwa hanya 20 m dari Masjid
Nabawi melalui pintu no 15. Pintu ini berdekatan dengan pintu ke kawasan solat
muslimat iaitu pintu 16 & 17.
Hotel
ini bersih, kalau ada rezeki untuk berkunjung ke Madinah, DrChef akan menginap
di hotel ini lagi.Kawasan sekitar hotel ini ada banyak kedai runcit, kedai
pakaian dan fast food.
Day 2:
Sewa
bilik selama 4 malam adalah SAR1080
Di
madinah kebanyakkan masa dihabis di masjid nabawi.Biasa kami akan ke masjid jam
3:30 pagi dan balik selepas selesai solat dan berdoa di Raudah iaitu
selepas Dhuha.
Kalau
nak solat di Raudah, DrChef biasa pergi pada sebelah pagi. Ini dah menjadi
rutin DrChef selama berada di Madinah.
Kawasan
Raudah :
Memasuki
Raudah melalui pintu 25 untuk muslimat. Pintu no. 25 ini dibuka pada wanita jam
7 pagi. Boleh pergi sebelum 7 pagi.
Kawasan
Raudah itu jauh di dalam, kalau tak pasti tanya saja dengan pegawai yang
bertugas.
Bukan
senang nak masuk Raudah, beribu-ribu jemaah wanita telah sedia menunggu
walaupun halangan ke Raudah masih belum dibuka.
Boleh
terus menunggu di kawasan tersebut bersama Jemaah yang lain. Boleh baca Al
Quran kat apps di handphone sementara menunggu giliran kita.
DrChef
cadangkan berkumpul bersama Jemaah dari asia supaya kita faham arahan petugas.
Lagipun orang asia ini tak sekasar orang dari negara lain yang akan berebut
untuk ke Raudah. Ada kalanya DrChef berkumpul juga bersama Jemaah dari negara
lain jika tak jumpa Jemaah dari asia.
Ziarah
di Madinah :
Day 3
Selepas
balik dari Raudah, DrChef saja-saja cuba menaiki bus yang di kawasan menara
jam.
Kebetulan
ada bas yang membawa Jemaah ke Jabal Uhud, hanya bayaran SAR5 seorang pergi
dan balik.
Kalau
nak menziarah di situ ,elok siap berwuduk, sampai sana boleh solat sunat di
masjid sekitar Jabal Uhud.
Day 4
Hari
ini, kami cuba mengikut jemaah tempatan dan India menziarah mengguna van. Biasa
kalau ikut Jemaah tempatan lebih murah.
better
siap2 berwuduk jadi senang nak solat sunat di masjid.
Tambang
van seorang adalah SAR10 pergi dan balik.
Stesyen
van itu terletak di belakang Saza Hotel
Di
setiap perhentian, van akan berhenti selama 10 minit, sempat untuk kita solat sunat dan
melihat kawasan sekitar sekejap.
Satu
van boleh muat 14 orang penumpang
Dalam
van bersama kami hari itu , ada jemaah dari India dan Pakistan, ada juga dari
Burma.
Pakej
lawatan dengan van ini , melawat 3 tempat :
jabal uhud
masjid
kiblatin
masjid
kubah
Shopping
di Madinah:
DrChef
nasihatkan kalau nak beli ole-ole untuk bawa balik , baik beli di Madinah.
Kurma
dan kekacangan boleh beli di Kawasan pasar yang terletak 800m di hadapan hotel,
kena jalan jauh sedikitlah tapi berbalaoi, kurma Ajwa hanya SAR35 satu kg .
Kalau beli di kedai SAR70.
Kurma
yang biasa hanya SAR5 , kalau beli kat kedai biasa SAR20.
Kalau
dah berada di Madinah rasa tak sah kalau tak beli jubah.
Kalau
nak beli jubah yang berkualiti, kainnya tak panas walaupun di bawah matahari
terik, DrChef dapat harga RM65. Di Malaysia DrChef pernah beli, harga dalam
RM150. Bagusnya jubah ini , kita tak terasa panas walaupun bawah mentari terik.
Kat
Madinah dan Mekah kalua shopping kena
pandai bab tawar- menawar kalau tak tawar memang beli dengan harga lebih mahal.
Kadai
jubah yang DrChef beli behadapan dengan hotel Plaza Annsar, lot corner.
Dari
pintu 21, jalan terus hingga jumpa Hotel Plaza Annsar.
Day 5:
Hari
ini adalah hari terakhir kami di Madinah, jam 2:30 petang kami akan menaiki bas
SAPTCO ke Mekah.
Sudah
menjadi rutin di Madinah jam 3:30 am bergerak ke masjid nabawi untuk solat
sunat dan wajib. Biasa akan berada di masjid nabawi sehingga jam 6:30 .
Kemudian
akan bergerak ke pintu 25 untuk memasuki kawasan Raudah. Sejak pagi pertama
sehingga pagi ini, Alhamdulillah tak miss untuk solat di raudah.
Tapi
pagi ini kami terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada Rasulullah SAW.
1
pm kami ke stesyen bus SAPTCO VIP yang terletak di Hotel Crown Plaza mengguna
Careem dengan SAR12 utk ke mekah,
Tiket
bas dibeli secara online dengan search SAPTCO dengan harga SAR64 seorang.
Perjalanan
ke Mekah dengan menaiki bus ini sangat selesa dan yang best lagi ada set makanan yang simple disediakan.(ada
roti, jus dan air mineral) cukup sebagai pengalas perut.
Perjalanan
ke Mekah mengambil masa selama 5 jam.
Yang
mahalnya dalam bus ada serve kopi.
Terasa macam VIP hehe.
Tak
sampai 30 minit berlepas dari Madinah bus berhenti di Masjid Bil Ali utk niat ihram dan
tawaf dan menjalankan solat sunat ihram
dua rakaat.
Di
sini bus berhenti selama 20 minit. Pemandu bus awal-awal dan bagi amaran jemaah
yang lambat akan ditinggal, jadi kenalah cepatlah.
Dalam
bus kebanyakan jemaat adalah dari negara lain dan Arab saudi sendiri. Tak ada Jemaah
yang berasal dari sebelah asia.
Selepas
berniat ihram , kena jaga hukum ihram dan sentiasa melaung ‘ Labai kallah
humalabaik, Labaikallah sari kalakalabaik...
Banyakkan
berdoa semoga urusan ibadaah diberkati, sihat sepanjang mengerja umrah dan
ibadah kita berkualiti.
Perasaan
DrChef berdebar dan penuh kesyukuran dijemput Allah untuk ke rumahNya, untuk
melihat sendiri Kaabah yang sebelum ini DrChef hanya tau solat menghadap Kaabah
dan tidak lama lagi DrChef akan melihat sendiri Kaabah.
Sepanjang
perjalanan ke Mekah , pemandangan hanya gurun pasir yang kering-kontang ,
sekali sekala ada perkampungan penduduk tempatan.
Angin
di bumi madinah dan mekah sangat kencang dan sekali sekala kelihatan rebut
pasir.
Pada
jam 6:30, DrChef sampai di Mekah . Dari stesen bus SAPTCO, kami menaiki teksi ke hotel kami dan dikenakan SAR25.
Sampai
saja di hotel, terus check in. Nama hotel yang kami dah tempah ialah Nawazi Ajyad .
Hotel ini terletak di lereng bukit tetapi masih dekat Masjidil Haram ,jarak lebih kurang 100m.
Masuk
bilik, kita letakkan barang, bersihkan diri terus bergegas ke masjidil haram
dalam masa 5 minit berjalan kaki.
Masa
kami sampai, telah masuk waktu Isya, pintu ke masjidil haram telah ditutup,
jadi solat isya di luar masjidil haram. Di luar masjidil haram pun penuh dengan
ribuan jemaah.
Selepas
solat isya, kami terus masuk ke masjidil
haram melalui gate no 1 untuk m mengerja
tawaf .
Rasa
sangat terharu apabila pertama kali melihat kaabah. Syukur Alhamdulillah kerana
Allah menjemput DrChef ke rumahNya.
Selepas
mengerja tawaf, kami terus ke kawasan Saie, ikut saja tanda safwa. Disana kami
mengerja saie dan seterusnya tahalul.
Alhamdulillah
selesai umrah pertama. Selesai umrah dah lebih jam 12 malam.
Day 6:
3:30
am DrChef ke masjidil haram. Seperti di
Madinah, di masjidil haram sudah ramai Jemaah mengambil tempat masing-masing.
Kali
pertama solat di masjidil haram, DrChef menerima cabaran 2 kali diusir pengawai
yang bertugas sebab tempat yang DrChef pilih adalah untuk Jemaah lelaki. DrChef
berdoa semoga Allah bagi tempat yang lebih baik.\Alhamdulillah setelah diusir 2
kali, DrChef mendapat posisi yang mana DrChef dapat melihat Kaabah.
1st
dpt tpt belakang tiang, setelah diusir Allah beri tempat terbaik.
Sepanjang
di tanah suci hendaklah sentiasa bersangka baik dan berdoa banyak-banyak pada
Allah.
Setelah
Subuh, kami terus ke Tanaim. DrChef cadangkan ambil breakfast dulu baru pergi
ke tanaim.
Untuk
ke tanaim, kena naik bus, stesyen berdekatan hotel Daal tawhid Intercontinental
/umm Al Qura Road.
tambang
adalah SAR3 , pergi balik SAR6 seorang.
Di
tanaim ,ada masjid . Di sana kita berniat ihram dan tawaf dan solat sunat ihram
di masjid tersebut.
Dar
tanaim, kita terus menaiki bus untuk ke masjidil haram. Sepanjang perjalanan
kita banyakkan dengan berdoa dan melaung Labai kallah huma labai….
Sampai
masjidil haram , terus masuk masjid. Dinasihat meminum air zam-zam dan berdoa
pada Allah kita sentiasa diberi kekuatan dan kesihatan untuk kita menjalankan
ibadah dengan baik dan berkualiti.
Terus berjalan ke keaabah untk menjalankan
tawaf sebanyak 7 pusingan. Tempat permulaan untuk berniat tawaf di kawasan hajar
Aswad. Untuk memudahkan Jemaah, ada lampu warna hijau di bangunan masjid
sebagai panduan permulaan pusingan untuk tawaf.
Setelah
selesai tawaf, drChef terus memilih tempat yang paling mustajab untuk berdoa
yang dikenali sebagi Iltizam, iaiitu kawasan antara hajar Aswad dan pintu
kaabah.
Pada
masa itu adalah waktu dhuha jadi boleh terus solat dhuha, solat taubat dan
solat hajat.
Berdoalah
sebanyak-banyaknya di situ. InsyaAllah akan dimakbulkan permintaan kita. Selain
dari doa-doauntuk sendiri dan keluarga yang ditinggalkan, DrChef sentiasa
berdoa agar perjalanan kami dimudahkan dan diberi kesihatan yang baik sepanjang
berada di tanah suci.
Selepas
tawaf, kami menuju ke Safwan untuk menunaikan saiee. Kawasan untuk mengerjakan saieee sangat
selesa, semua ada penghawa dingin, Setelah selesai 7 pusingan kami terus
tahalul dengan memotong sedikit rambut. Setelah memotong rambut, selesailah
ibadah umrah kita.kami selesai umrah dlm jam 9:30 pagi, alhamdulillah
dipeemudahkan
Untuk
lebih faham ibadah ini, dicadangkan mengikut kursus umrah.
Day 7 mekah
6:00
pagi mengerjakan umrah seperti biasa.
Masa
yang sesuai untuk mengerjakan umrah adalah selepas subuh dan selepas asar.
Selepas
subuh , sebab kita boleh terus solat Dhuha di Iltizam
Selepas
Asar, kita boleh solat mahgrib dekat dengan kaabah dan solat Isya di kawasan Safa dan marwah.
Itulah
rutin ibadah di sana. Satu ibadah ihram itu 10,000 langkah. Sehari kalua buat2
ihram, langkah kita adalah 20,000 langkah.
12:00pm
ziarah 7 lokasi guna taxi rm150 .
Cadangan dari Bell boy di hotel.
i.
bukit garhrul
ii.pdg
arafah
iii.tempat
kutbah terakhir rasulullah
iv
masjid nimrah, hanya dibuka semasa musim haji.
v
naharul zubaidah: pertemuan 3 kawasan; muzalifah, arafat & mina
vi
train arafah , mina & muzalifah masih dalam pembinaan , perjalanan
hanya mengambil masa 2 min
v.
mina
vi
jabal nur & gua hirak- kita lihat dari bawah saja.
vii.
masjidil jin
viii.
al marat cemetery : saidina khadijah & sahabat
Day 8:
Hari
ini kami menjalankan umrah sebanyak 3 kali iaitu sebelah pagi selepas subuh dan
sekali lagi sebelah petang selepas Asar.
Kami
berkesempatan solat magrib solat hadapan kaabah , manakala solat
isya
solat di atas bukit marwah
Dan
pergi semula ke Tanaim untuk ihram yang ketiga
Day 9 :
Hari
ini kami kami pergi ke Jeddah.
Kami
naik careen SAR12 dari hotel ke stesyen
bus SAPTCO dengan fee SAR16 seorang, pergi balik SAR32.
Yang
murah di Jeddah, perfume , alomost 50% lebih murah dari harga perfume di
airport.
home appliance eletrrik pun ada banyak
pilihan. Ada jenama yang tak pernah ada di Malaysia.
Day 10.
Hari
ini, Alhamdulillah Berjaya mengerjakan umrah sebanyak 2 kali hingga jam 11 malam .
Day 11:
Hari
ini hari terakhir di Mekah, tengah fikir aktiviti hari ini. Nak buat umrah terakhir dan
tawaf wedaq.
Kita mengambil keputusan pergi ke tanaim,
balik dari tanaim, tukar plan, beli beg
dan makanan dan balik ke hotel
untuk kemas barang sebab tular plan utk mengerja tawaf wedaq selepas mengerja umrah terus ke
Jeddah Airport dengan pakaian ihram
sangat
rushing, selesai saie , terus solat zuhur
di kawasan saie
Kena
sambung tawaf Weda selepas solat Zohor, sangat rushing sebab tiket bus SAPTCO
telah dibeli jam 2:30 pm, masa ini selepas zuhur 12:45, memang rushing.
Kita
selesai tawaf wedaq dalam masa 45 minit
, Selesai tawaf wedaq jam 1:40 tengahari.
Kena pergi ke As Safwa Tower, lokasi basement untuk tukarkan duit sebab
SAR tidak mencukupi.
Syukur
Alhamdulillah kita dah selesai tawaf weda , ada kala semasa tawaf sangat hamper dengan hajar Aswad dan dah hampir
sangat dengan Kaabah.
Selesai
tawaf wedaq kami segera balik ke hotel
sudah jam 2:05 dan tunggu
Careeam
dari hotel ke Stesen SAPTCO SAR15, terpaksa batalkan perjalanan sebab dah jam
2:20 memang tak sempat untuk ke stesyen bus SAPTCO.
Tiket
bus saptco hangus. Next time jangan beli tiket bus dulu, boleh beli kat stesyen
or boleh naik teksi ke Airport Jeddah
Jadual
bus SAPTCO Ke Airport Jeddah
8
pagi
10
pagi
2:30
ptg
7
malam
so
kena pastikan jam penerbangan bersesuian dengan jadual bus ini.
Last
kita ambil keputusan naik teksi dengan SAR150 , harga asal antara SAR200-300.
Alhamdulillah
telah sampai di Aiport Jeddah, Nak tukar baju ihram.
Keadaan
airport Jeddah yang sempit dan sesak sangat mencabar , nasib baik kita mengguna porter service dengan bayaran SAR20,
dia tolong Q dan belikan air zam-zam.
Air
zam-zam kena beli di airport Jeddah dengan harga SAR9 senayak 5 liter.
Setiap
Jemaah hanya dibenar bawa satu botol tapi bolehlah bertanya pada pegawai di
Airport minta izin beli 2 botol. Kalau ada rezeki boleh bawa balik 2 botol ,
Tulis nama besar-besar kat kotak Air zam-zam tu sebab semua Jemaah bawah air
yang sama, susah nak pilih bila sampai kat KLIA nanti. Kalau boleh bawa marker
besar guna warna yang jarang orang
guna. Kalau DrChef off course akan guna warna oren.
Pengalaman
tak dapat lupa apabila melalui pemeriksaan security, wanita diasing dari lelaki dan cara pemeriksaan sangat tegas.
Pastikan
talifon dan semua peralatan eletronik dimasuk dalam beg dan scan.
Setelah
selesai pemeriksaan security, kita menuju ke ruangan menunggu sehingga masa
penerbangan sampai.
Kami
mengguna Saudi Air dan perjalanan ke dari Jeddah ke KLIA adalah selama 6 jam.
Alhamdulillah
trip umrah DIY telah selamat dijalankan dengan lancar. Baru je jejak kaki ke KL dah rasa rindu dengan Kaabah.
InsyaAllah
akan ke sana lagi.
Kawasan di luar masjidil haram
masjidil haram dari luar
ambil kesempatan, ambil gambar dengan logo DrChef
Menara ja, di masjidil haram
Pemandangan biasa di luar masjidil haram selepas solat isya, tidak pernah sunyi dengan manusia
suasana di lapangan terbang Jeddah, sentiasa penuh dengan penumpang.
Alhamdulillah. Semoga nendapat umrah yang mabrur. Agaknya berapa semua Asma belanjakan utk pergi Umrah ini?
ReplyDelete