Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sebelum keputusan PMR keluar, saya telah memohon Kolej
Vokasional untuk Kursus Kulinari untuk anak saya.
Pada mulanya anak saya memang tidak setuju untuk melanjutkan pelajaran di
kolej tersebut, tambah kena stay kat asrama. Sebagai ibu, saya perlu berbuat demikian kerana saya nampak
kebolehannya. Dia banyak memberi idea terutama bila saya mendapat tempahan
untuk kek dan Insyhaa Allah saya yakin yang dia mempunyai kebolehan dalam
bidang ini.
Sangat sedih, bila keputusan keluar, dia tak berjaya
mendapat tempat di kolej yang dipohon. Saya tidak berputus asa, membuat rayuan
semula. Alhamdulillah pada 28/1/2014 , saya mendapat berita gembira, rayuannya
diterima.
Bila saya bercerita pada kawan ada yang memberi komen yang positif
dan ada yang negative tentang rancangan saya nak menghantar anak belajar di
kolej Vokasional. Mereka masih beranggapan yang Kolej Vokasional hanya untuk
pelajar lemah. Adoi.. nampaknya ramai yang masih belum menyedari peluang
pekerjaan bila belajar di Kolej Vokasional. Untuk yang tidak tahu, mulai tahun
lepas kolej vokasional ada menawar kursus diploma. Tidak semua kolej menawar kursus yang
sama so, kena check online kursus-kursus yang ditawarkan. Kursus di sini sesuai untuk mereka yang ada kelebihan teknikal atau dengan bahasa yang mudah, ada kebolehan tangan.. bettul ke bahasa ni?. Tak apalah yang penting maksud tercapai hehe..
Saya mengambil keputusan untuk menghantar anak ke situ
kerana saya nampak kelebihan anak saya. Daripada dia membuangkan masa selama 2
tahun di sekolah biasa lebih baik dia terus belajar di kolej tersebut dengan
jurusan yang dia minat dan selepas 4 tahun, dia akan mendapat diploma.
Maknanya, bila dia berumur 19 tahun telah mendapat Diploma. Jika dia ingin
melanjut pelajaran, dia boleh memohon beberapa university yang di khaskan untuk
graduan lepasan Kolej Vokasional ini. Maknanya, bila berumur 22 tahun , insha
Allah dah mendapat ijazah. Jimat masa selama 2 tahun hehe.. Lupa pula nak
beritahu, kursus yang anak saya ambil adalah kursus Kulinari.
Pada 4/2/2014, Hari yang dinanti dah tiba..pendaftaran ke
Kolej Vokasioanal. Memanglah agak berat nak melepas anak duduk asrama, tapi
untuk masa depannya, saya perlu juga lepaskan. Semuga dia dapat belajar dengan
baik dan Berjaya satu hari nanti.
Inilah Kolej nya, Kolej Vokasional Bintulu.. kawasan agak luas dan agak jauh juga dari
Bandar Bintulu.
Proses pendaftaran sangat lancar. Pelajar tidak mengguna
pakaian seragam sekolah tapi untuk pendaftaran, bolehlah mengguna seragam
sekolah lama dahulu. Sessi pembelajaran adalah seperti sekolah biasa tapi masa
belajar adalah dari 7 pagi-12.45 dan 2 petang – 4.30 petang. Sebelah petang
biasanya bengkel untuk kursus yang
diambil.
Ini dia bengkel Kulinari. Pelajar setakat ini seramai 30
orang. Anak saya merupakan kumpulan ke 2 yang mengikuti kursus Diploma
Kulinari.
Ini pula uniform chef
Ini pula uniform chef
Pesan saya pada anak- Pastikan jangan tinggal solat, baca
Al- quran walaupun hanya satu ayat sehari. Pandailah memilih kawan, sebab kalau
tersalah pilih kawan , binasa hidup nanti. Mesti kuat semangat dan kerap
hubungi mama. Apa-apa masalah ,hubungi mama.
Terima kasih atas info yang di beri. Saya pun berhasrat nak menghantar anak ke bhgn kulinari. Boleh saya bertanya?? Anak Puan lelaki atau perempuan?? Anak saya lelaki tetapi beliau bercita2 nak jadi Chef.....Terpengaruh dgn Asin Food Channel...Boleh saya Puan lebih lanjut lagi tentang cara pembelajaran di sini dan bagaimana feedback dan prestasi anak Puan??
ReplyDeletee mail saya spt di bawah : nymyanuara2@gmail.com
nanti saya update lagi tentang pembelajaran mereka.
ReplyDeleteTahniah puan, KV skang x sama dgn sek vokasional dulu2. Jauh sgt bezanyer. Nk masuk pun bukan mudah, kena lulus ujian dan interview bagai. Dua anak saya di KV skang tahun 2 & tahun 1, walau mereka boleh ke SBP. Mereka mahu ke KV so boleh belajar apa yg mereka betul2 minati. Kita sbgai parents hanya doakan yg terbaikkan. Lgpun KV dh diakreditasi olh MQA, JPA & JPM serta badan2 lain kan. Berkolaborasi pulak dengan IPTA & IPTS so tak yah risau klu anak nk sambng study lepas dip nanti kan !. In Shaa Allah.. perkongsian menarik buat semua ibu bapa yg masih keliru tntag masa depan Kv ni, Bagi saya dua anak saya di KV terbaik dari segi result sem dan juga byk belajar sahsiah diri yg baik menurut islam!
ReplyDeleteBetul tu. Tapi kat sarawak masih beranggapan KV untuk pelajar result tak baik. Saya baru daftar anak ke2 ke kursus elektronik tahun ini. Semuga anak2 kt bukan hanya menjadi pekerja mahir, malah lebih dari itu. Amiin
ReplyDeleteTq atas info diberi. Anak saya pun minat dalam bidang kulinari. Anak saya lelaki. Bole ceghita kan tentang cara pembelajaran di Kolej Vokasional dan hala tujunya pelajarnya. Ada orang cakap mesti sungguh sungguh belajar kerana kalau sekerat jalan nanti tiada SPM.
ReplyDeleteTq atas info diberi. Anak saya pun minat dalam bidang kulinari. Anak saya lelaki. Bole ceghita kan tentang cara pembelajaran di Kolej Vokasional dan hala tujunya pelajarnya. Ada orang cakap mesti sungguh sungguh belajar kerana kalau sekerat jalan nanti tiada SPM.
ReplyDeleteInshaa Allah 3 hari lagi anak lelaki saya juga akan mendaftar di KV Bintulu ambik seni kulinari... perasaan bercampur baur nak lepaskan anak yg tak pernah jauh dari kita. Tapi keazaman dia tinggi dan demi masa depan, biar lh dia berdikari.
ReplyDeleteAsalam boleh share tak kalau interview kulinari ni die akan tanya soalan ape?
ReplyDeleteasalam seni kulinari bagus ke untuk diambil oleh anak saye
ReplyDeleteKalau nak masuk anak mesti umur berapa ya?
ReplyDelete16 thn
Delete