kali ni nak share sedikit tentang apa yang ada didalam mulut kita yang kadang-kadang kita lupa untuk mennghargainya. Nak tahu yang mana satu? Tak lain dan tak bukan, GIGI kita hehe..
Kita manusia ini dilahirkan dengan 2 set gigi iaitu gigi susu atau bahasa lebih canggih gigi desidus dan set yang ke2 adalah set gigi kekal.
Allah dah jadikan kita sesempurna makhluk, sampaikan benda yang kadang-kdang kita terlupa kehadirannya telah diatur sebegini rupa. Bayangkanlah, kalaulah kita hanya mempunyai satu set gigi, rasanya bila dah dewasa semuanya mengguna gigi palsu hehe.. Mana tidaknya, masa kecil kebanyakkan kita tidak tahu menjaga gigi kita. kalau berus gigi pun, belum tentu bersih hehe..
Ini dia gigi susu:
Gigi susu ni bukannya tumbuh ikut suka, semuanya telah diatur dan hanya akan tumbuh ikut masa yang telah ditetapkan. Aturan gigi susu tumbuh adalah seperti dibawah;
Gigi susu ini tumbuh ikut masa yang tertentu, Kebiasaannya gigi susu pertama tumbuh apabila bayi berumur 6 bulan. Walaubagaimanapun, sestengah bayi akan tumbuh gigi susu pertama sebelum 6 bulan dan ada yang tumbuh gigi susu pertama lewat.Tapi kalau sehingga umur setahun belum juga ada gigi, saya nasihatkan bawa anak ke klinik gig untuk mempastikan status yang sebenar.
Gigi susu ada 20 batang semuanya, kesemua gigi susu ini akan tumbuh lengkap apabila kanak-kanak berumur 2 tahun atau pun 2 tahun setengah.
Gigi susu akan mula diganti dengan gigi kekal apabila kanak-kanak berumur 6 atau 7 tahun. Penggantian gigi kekal berlaku berperingkat sehinggalah gigi yang paling akhir tumbuh yaitu gigi geraham ketiga atau orang biasa panggi gigi geraham bongsu atau bahasa lebih ilmiah wisdom tooth hehe...
Walaupun gigi susu ini bersifat sementara,ia memain peranan penting dalam kegigian kekal. Ini saya akan share kemudian.. So untuk ibubapa di luar sana, pastikan gigi susu anak kita sentiasa bersih..maknanya kena pastikan anak-anak kita menjaga gigi dengan baik.
Itu saja untuk kali ini.
No comments:
Post a Comment