Assalamualaikum,
Pernah tak terbaca atau mendengar dari mana-mana sumber tentang bahayanya mengguna bedak pada bayi. Kebanyakkan ibu-ibu masih menyapu bedak pada badan bayi selepas mandi. Mungkin 20 tahun dahulu, kita tiada pilihan produk lain untuk disapu dibadan bayi. Selain dari bau bedak yang harum, ibu kita mempercayai bedak ini dapat mencegah ruam. Adakah benar, mengguna bedak pada bayi dapat mencegah ruam? Maklumat di hujung cri..cuba google- Is it safe to use baby powder?
Ha..dah baca . So..masih nak terus guna bedak untuk bayi anda? Saya rasa, kalau kita dah tahu kesan penggunaan. Oklah, kalau malas nak google, saya share sedikit tentang kenapa bedak tidak sesuai untuk bayi anda.
Bedak terdiri dari debu-debu yang sangat halus. Penggunaannya pada bayi tidak digalakkan kerana bayi boleh menyedut debu-debu tersebut semasa bernafas. Debu-debu tersebut kemudian boleh sampai ke paru-paru melalui pernafasan. Kesan kepada bayi mungkin bahaya kerana paru-paru bayi sangat fragile dan pendedahan kepada debu-debu bedak itu mungkin akan memberi kesan kepada bayi anda.
Kalau kita dah tahu kesannya begitu, kenapa kita nak dedahkan bayi kita kepada debu-debu tersebut. lagipun tiada bukti yang menunjukkan penggunaan bedak dapat mencegah ruam. Di kalangan pakar kanak-kanak di Amerika, penggunaa bedak ini tidak digakkan.
Jika kita masih juga ingin mengguna bedak ini, pastikan bedak tersebut di sapu ditangan kita, dan setelah debu berlebihan dibuang, barulah disapau di badan bayi. Kalau boleh jauhkan dari bahagian kepala.
Pada pendapat saya, kalau kita dah tahu kesan penggunaan bedak kepada bayi, lebih baik kita tidak mengguna langsung bedak tersebut.
Penggunaan minyak ataupun krim badan boleh menggantikan bedak tersebut. Tapi, secara jujur, saya galakkan anda mengguna olive lotion MINSYAM untuk bayi anda. Ini adalah kerana lotion olive ini selamat, tiada bahan kimia dan dapat melembab dan selamat untuk bayi anda. Jika berminat boleh hubungi saya di 013 817 4166
No comments:
Post a Comment