Sunday, December 1, 2013
Kerjaya Sebagai Doktor Gigi
Maaf, gambar di atas sumber dari internet. Tak terfijkir nak ambil gambar masa buat treatment. lain kalilah hehe..
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hari Ahad ini..kalau tak pergi kemas rumah, jalan -jalan atau buat kek, alamatnya menghadap TV le jawapnya.Sayang juga masa tu berlau begitu saja. Kuatkan hati tulis kat blog ini. Sekurang-kurangnya ada manfaat. Mana tau ada orang ingin tahu tentang kerjaya dalam pergigian tapi malas nak talifon atau pergi ke klinik untuk mendapatkan info.
Oklah , saya berkhidmat dengan klinik kerajaan .Dalam artikel yang lain, saya akan inform mana rawatan ada ditawarkan di klinik kerajaan dan mana rawatan anda perlu pergi ke klinik swasta untuk mendapatkan rawatan.
Saya rasa info tentang kerjaya ini penting, terutama bagi anak-anak lepasan sekolah menengah yang ingin melanjutkan pelajaran mereka terutamnay jika berminat dalam bidang pergigian.
Biasanya, orang ingat jadi doktor gigi kerjanya cabut dan tampal gigi sahaja. Sebenarnya tanggunjawab sebagai doktor gigi lebih dari hanya mencabut dan menampal gigi.
Saya akan menulis kerjaya doktor gigi di perkhidmatan awam. Ok. dalam perkhidmatan awam , skop kerja lebih meluas jika dibandingkan jika kita bekerja di klinik swasta ataupun membuka klinik sendiri dimana pendekatan lebih tertumpu kepada berbagai-bagai rawatan selain dari tampalan dan cabutan.
Di perkhidmtan kerajaan, skop kerja boleh dikategorikan seperti ini:
1. Perkhidmatan rawatan- rawatan yang ditawarkan di klinik kerajaan adalah rawatan asas seperti cabutan, tampalan , pembedahan kecil mulut, rawatan tampalan akar jika bersesuaian, rawatan orthodontik dan yang paling popular rawatn pembuatan gigi palsu hehe. Saya kata paling popular sbab ramai pesakit yang datang ke klinik ingin membuat gigi palsu.
Perkhidmatan rawatan itu juga diberi kepada pelajar pra sekolah hinggalah ke sekolah menengah.Dalam program ini, anggota pergigian pergi ke sekolah untuk memberi perkhidmatan kepada anak-anak tersebut.
2.Perkhidmatan pencegahan - pencegahan ini sangat penting. Bak kata pepatah yang selalu kita dengan, mencegah lebih baik dari mengubati.
i. Rawatan pencegahan adalah komponen penting dalam pergigian . Disamping merawat penyakit, kita juga mencegah penyakit dari terjadi. Antara rawatan pencegahan adalah seperti rawatan pengapan fisur gigi, Rawatan sapuan florida setempat. ( dalam lain artikel saya akan terang dengan detail jenis-jenis rawatan ini )
ii. Promosi kesihatan pergigian
Info -info yang berguna perlu diamklum kepada semua. Kalau kita tak buat promosi, mana ada orang tahu. Macam kita menjual produk juga.. perlulah buat promosi jika kita nak ramai pelanggan hehe.
Antara promosi yang biasa diadakan oleh kami adalah seperti: ceramah kesihatan pergigian, pameran, seminar dan lain lain lagi. Ada juga pendekatan seperti pertandingan memberus gigi, pertandingan boneka yang baru-baru ini diadakan. Tujuannya tidak lain adalah untuk menanamkan kesedaran dan tabiat penjagaan gigi yang baik dikalangan anak khasnya dan rakyat Malaysia amnya.
iii. Pemfloridaan bekalan air - di peringkat Kementerian Kesihatan Pergigian pula, kementerian bekerjasama dengan pihak belakalan air untuk menambah florida dalam bekalan air minuman kita. Flourida telah terbukti dapat mengurankan kadar kejadian kerosakan gigi. Sebab itu, kalau kita memilih ubat gigi, pilihlah ubat gigi yang mengandungi fluorida.
3. mereka yang berada di luar bandar tidak dilupakan, dimana kami sering ke luar bandar mengadakan kem kesihatan di mana kami juga memberi rawatan dan juga memberi infomasi tentang penjagaan kesihatan pergigian.
Kalau doktor gigi yang berkhidmat dalam perkhidmatan kerajaan, ini adalah antara tugas mereka. Ada banyak lagi tugas-tugas lain, tapi yang saya nyatakan adalah antara tugas utama mereka.
Labels:
kerjaya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kak,, sye ade soalan.. harap sudi menjawb sbb sye bminat dlm bdng pegigian...
ReplyDelete1. Dr Gigi ade on call x mcm Dr biase??
2. huhu,, gaji Dr Gigi brape ek??
3. Dr Gigi ade mse x untk spend dgn family terutama time rays n cuti skola yg pnjg???
Assalam, doktor gigi pun ada on call tapi tak perlu stay kat hospital. bila ada kes, nanti staf kat hospital panggil.
ReplyDeleteWaktu kerja lebih baik dari doktor perubatan sebab kami kerja ikut waktu pejabat. on call pun bukan hari-hari , ikut giliran.
tentang kaji, lebih kurang mcam gaji U41, kalau ada lebih pun elaun kritikal.
Salam.. saya nak tnya.. suami sy bru2 ni skit gusi belah kanan.. da seminggu da ta baek2.. skrg smpai pipi dia bengkak.. ade benjolan besar.. kenapa ye..
ReplyDeleteGreetings and Good Day !
ReplyDeleteWe are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).
We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
Lady doctor
MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
Possess valid Annual Practicing Certificate
Registered with Malaysia Medical Council
Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
Attended an Obstetric Life Saving Skill
Attended A Neonatal Resuscitation Program
Working hours negotiable with minimum on-call
Very attractive salary RM7,000 (starting)
Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com
Clinic information:-
PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
NO. 12 JALAN SL 1/13
BANDAR SUNGAI LONG
43000 KAJANG
SELANGOR
TEL / FAX: 03-90114833
Sender:-
Ir. Aznial Rahmat
Director
KASIH Group
012 312 9264
aznial@gmail.com
assalamualaikum doktor ....
ReplyDeletesaya mazlinda othman,,,berumur 34 tahun,,, saya nak bertanya setiap kali selepas cabut gigi,,, tempat cabut gigi saya susah nak berhenti darah.. semestinya wajib dijahit selepas dicabut. Apakah saya mempunyai penyakit tertentu. ada ubat tak untuk penyakit darah susah berhenti. boleh doktor sarankan ubat atau vitamin tertentu kepada saya,,, sekian terima kasih
Saya nk tanya sikit.Saya baru 14tahun tapi gigi bawah goyang..saya search kt google.tentang gingivitis.jadi saya nk tanya saya ada penyakut tuhh ke??
ReplyDelete