Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Biasanya, kalau kita pergi melawat ke mana -mana, mesti kita nak bawa balik buah tangan dari tempat yang kita lawat. Kebiasaan bila kawan-kawan balik dari bercuti,buah tangan yang paling mudah, murah dan senang untuk dibawa balik ialah key chain. Oleh kerana biasa mendapat key chain dari kawan-kawan, secara tak langsung saya dah ada banyak koleksi rantai kunci. Ada masa nanti saya share key chain yang saya kumpul.
Kalau gi Medan pun sama juga, key chain tetap menjadi pilihan. Di sini terdapat berbagai -bagi jenis rantai kunci. sampai tak tahu nak pilih yang mana satu.
Apa yang menarik di sana tak ada di Malaysia, mungkin makanan ringan yang diperbuat dari kekacang , biji lenga dan tepung. Kat sana di panggil Teng Teng berasas daripada kacang, Ping Ping berasas daripada tepung dan Tong Tong berasas daripada lenga. Apa yang ada di Malaysia ialah kacang tumbuk, kat sana panggil TengTeng tapi rasanya tak sama dengan kacang tumbuk di Malaysia.
Ada yang saya paling suka, jus alvocada..mm..sedap. hari tu sempat belialvodaco fresh..boleh buat sendiri. Kalau gi Indonesia, janganlepaskan peluang untuk minum jus buah-buahan..kat sana pekat dan murah . Tak seperti di Malaysia, jus buah-buahan cair. Yang banyaknya air dan ais.
Kalau nak buat jus alvacado ni senang aje. Caranya, belah dua bauah alvacado.Kena tunggubuah tu lembut, baru boleh buat jus. setelah belah dua, keluarkan isinya dengan mengguna sudu. Masukkan isi tersebut dalam bekas pengisar, masukkan susu pekat secukup rasa dan beberapa ketul ais. Setelah itu ksarkan...boleh terus diminum. Di Medan, mereka ada susu pekat coklat untuk membuat jus ini. Guna susu pekat biasa pun sedapjuga. Di sini, mungkin buah alvacado mahal. Separuh buah alvacado untuk membuat satu gelas jus.
Selain daripada itu, kuih yang popular di sana adalah bingka Ambon dan lapis lengit. Personally, kek lapis sarawak lagi sedap hehehe... Bingka Ambon, teksturnya serupa kek gula hangus. Saya terfikir nak modify resepi kek gula hangus untuk membuat kuih seakan bingka Ambon . Kalau nak bel bingka Ambon atau apa-apa kuih, boleh beli kat Lapangan Terbang Kuala Namu, lebih murah dari harga yang ditawar oleh pemandu pelancung. Harga yang ditaawar oleh pemadu pelancung adalah 100.000 rupiah tapi harga kuih yang sama di lapangan terbang cuma 50,000 rupi.
Buah-buahan pun banyak tapi lupa nak ambil gambar.
Antara kuih yang saya suka adalah dodolnya..lebih sedap dari dodol Malaysia. Dodolnya kurang mais dan lebih lembut. Mereka juga mengguna sesame seed untuk cover dodol..
No comments:
Post a Comment