Saturday, September 28, 2013

Pemeriksaan Kesihatan

Assamualaikum dan salam sejahtera..
Apa khabar? Hope semua sihat. Mm..biasa dah masuk suku tahun Ke-3 atau ke-4, kebiasaannya ,kebanyakkan staff di perkhidmatan awam akan membuat pemeriksaan kesihatan. Kalau dulu-dulu, pemeriksaan kesihatan ini di tawar kepada anggota yang berumur 40 tahun ke atas. Sejak beberapa tahun lepas, semua penjawat awam diatwarkan pemeriksaan kesihatan sekali setahun.

Dari pemerhataian saya, ada setengah kawan-kawan yang masih muda telah dikesan mempunyai darah tinggi  ataupun kandungan  kolesterol darah yang  tinggi. Biasanya penyakit pada peringkat awal tidak menunjukkan sebarang simptom,. apabila pesakit telah menunjukkan simptom, itudah agak terlambat.

Mencegah lebih baik dari mengubati...so pastikan anda mendapat pemeriksaan kesihatan sekali setahun. Pemeriksaan kesihatan yang asas terdiri dari :
1. fizikal- berat..pastikan BMI yang normal
2. Pemeriksaan darah yang asas : untuk memeriksa paras gula, urea, creatin, kolesterol, LDL, HDL
3. ECG - untuk melihat fungsi jantung
4. Tekanan darah.

Ini adalah pemeriksaan yang paling asas, dari pemeriksaan ini,  bergantung pada keputusnnya mungkin kita boleh ambil tindakan seperti  mengubah gaya hidup ataupun mengubah pengambilan diet.

Ini keputusan darah saya ( yang diambil pada 15 september 2013) :


Kalau tengok pada bacaan ni. saya kena berhati -hati sebab paras kolesterol dan creatine adalah tinggi.
Paras kolesterol sangat penting dipantau. Jika paras kolesterol tidak dikawal, nanti membawa padah. Syukurlah Allah Maha Pengasih dan Penyayang, Dia beritahu petanda awal tentang kesihatan kita. Ada yang mengambiltindakan bila mendapat petand tu dan ada yang buat tak kisah kerana nafsu makan yang tak boleh dikawal.

Tanda awal penyakit bakal berkunjung adalah, bila kita buat pemeriksaan darah, paras kolesterol tinggi. Orang yang kurus tidak semestinya paras kolesterolnya rendah dan orang yang terlebih berat badan tak semstinya mempunyai paras kolesterol yang tinggi. Dah beberapa orang kawan yang saya tengok, badan punyalah cantik, slim, tapi paras kolesterol dalam darah sangat tinggi. Oleh itu, adalah penting untuk kita membuat pemeriksaan darah sekali setahun..

Selain dari itu, kita kena tengok paras LDL dan HDL. Mungkin ada yang bertanya apa itu HDL dan apa itu LDL. Ok bahasa yang paling mudah, HDL adalah kolesterol baik dan LDL adalah kolesterol jahat . Lain kalai saya akan share kenapa HDL digelar kolesterol baik dan LDL digelar kolesterol jahat.

Kalau tengok pada keputusan darah saya,  creatine pun agak tinggi. Bila creatine dan urea tinggi, apa petandanya? Ha..ini menunjuk fungsi buah pinggang mungkin tidak lancar. Tapi bagi kes saya, buah pinggang Alhamdulilah ok, cuma pastikan minum bayak air. Memang saya akui saya memang susah nak minum air kosong.

Kalau tengok pada keputusan darah, apa yang perlu saya buat ?
1. Kena minum banyak air kosong. Untuk permulaan saya akan pastikan saya akan minum 500ml sebelah pagi, 500ml sebelah tengahari dan 500 ml sebelah malam..

2. Mengubah cara pemakanan:
untuk mengurangkan kolesterol,kita perlu mengambil banyak sayur-sayuran dan buah-buahan . Iaitu ambil lebih makanan yang berfiber. Sumber makanan berfiber yang paling mudah adalah mengambil oat. Yang paling penting, kena kurangkan pengambilan makanan yang berminyak.

JIka kita tidak mengetahui paras kolesterol , sudah pasti kita tidak akan membuat apa-apa tindakan terutama yang berbadan slim . Ingatkan slim tu sihat, kurang lemak, kurang kolesterol...tapi itu tidak semstinya. Slim bukan petanda tahap kolesterol anda rendah. So apa lagi, baiklah buat pemeriksaan darah sekali setahun, agar kita boleh mengambil tindakan awal untuk mempastikan tahap kesihatan kita baik.

Pemeriksaan ECG adalah penting untuk mengesan jika ada ketaknormalan dalam fungsi jantung. Dari ECG  denyutan jantung yang tidak seragam dapat dikesan dengan mudah. Selain dari itu kadar denyutan jantung pun boleh dikesan melalu ECG ini.

.





No comments:

Post a Comment