Thursday, September 19, 2013

MEDAN TRIP 12/9/2013 -15/9/2013

Assalamualaikum , salam sejahtera.. semalam baru balik dari Medan . Hari ini nak cuba menulis tentang lawatan ke Medan. Hope boleh menjadi rujukan pada saya sendiri dan juga kepada teman-teman yang terfikir nak ke sana. Tak pasti bila boleh postkan coretan ini hehe. Yang pasti saya mula menulis pengalaman ini pada 16 September 2013, iaitu hari Malaysia...

Kami pergi dalam satu kumpulan seramai 24 orang. Satu kumpulan yang agak besar dan most of us tak pernah ke luar negara hehe..very innocent. Since this is our 1st trip... so kita perlu guna khidmat Tour Guide dari Malaysia. Setelah google dan bertanya pendapat kawan-kawan , group leader decided nak guna Sedunia Travel Agency. Most of the ground works done by group leader Pn. Dewi dan dibantu oleh Pn. June. Thanks to both of you to make our dream come true...
Flight ticket from Sibu, kita kena settle sendiri Tour Agency hanya urus tiket dari Kuala Lumpur ke Medan pergi balik dan penginapan dan program sepanjang di sana. Di sana Sedunia Travel Agency bekerjasam dengan Narasindo Travel Agency di Medan.

Nilah muka-muka yang tak sabar.... penuh semangat.....



Memang most of us very excited dengan trip ini. So , hari yang di tunggu telah tiba, pada 12 September , kami bertolak dari Sibu ke Kuala Lumpur. Kami mengguna Syarikat penerbangan Air Asia.. Kita bertolak dari Kuala Lumpur ke Medan pada jam 2.00 pm kalau tak silap. Flight kita delay lebih kurang 1 jam.  Untuk ke Medan , kita melalui Lapangan Terbang Kuala Namu. Menurut Tour Guide ini lapangan terbang baharu, baru dibuka dalam beberapa bulan sahaja. Penerbangan dari LCCT ke Kuala Namu mengambil masa selama lebih kurang 50 minit. Waktu di Medan lambat 1 jam dari waktu di Malaysia.

Wah!..all the happy faces...so sweet... lets go release our stress...




Day 1:
Kita sampai lebih kurang pukul 3. Selesai urusan imigresen dan bagasi, semua ahli kumpulan berkumpul di dalam bas dalam pukul 3.30 waktu Malaysia tetapi 2.30 waktu di Medan. Program hari itu tidak lancar, akibat flight delay dan kesesakan lalu lintas. Ikut program Day 1, kami akan ke Berastagi, Medan. Iaitu kawasan tanah tinggi.Dijangka sampai sana pada sebelah petang . boelh kami menikmati kesjukan cuac tanah tinggi, Pada hari tersebut hujan turun dengan lebat dan kami makan tengah hari agak lewat. Yelah, kita boleh merancang...

Setelah selesai makan "tengahari", kami bertolak untuk Brastagi. Kalau ikut program, memang kita telah terlewat. Tambah keadaan hujan yang lebat tadi telah melambatkan perjalanan kerana jalanraya agak sesak. Tambah keadaan jalan yang agak sempit dan tak begitu sempurna. Dalam perjananan , ada setegah jalan diliputi air, banjir kilat..agak dalam juga. Tapi syukur, bus yang kami naiki agak tinggi so, banjir tidak menjadi masalah.

Sepanjang jalan, keadaan jalan agak uzur dan rumah sepanjang jalan agak tak begitu mewah.. membayangkan keadaan hidup penduduk di situ yang mungkin agak susah. Rumah kecil-kecil dan tiada simen di hadapan rumah. Agak berbeza dari suasan di Malaysia. Kita patut bersyukur dengan keadaan negara kita.

Oleh kerana agak lewat, kita tak dapat melihat pemandangan di tanah tinggi... kita terus ke hotel Mickey Holiday Hotel. Perjalanan agak kurang menyenangkan. Jalannya bengkang -bengkok. Tapi sekarang ni musim durian di sana, semasa di Medan tadi kita nampak sana-sini ada gerai menjual durian. Untuk tidak menghampa peminat durian, kita singgah di pondok durian untuk menikmati durian di Brastagi. Mungkinkah rasa duriannya berbeza dari durian di Sarawak khasnya..hehe..

Wah..banyak durian. Yang bestnya , durian disusun dengan kemas. bukan saja durian, buah rambutan pun disusun dengan kemas.


Isinya tidak menghampakan kami hehe...




Sambil makan, sempat berpossing..






Selesai makan durian kami meneruskan perjalanan  bertolak ke Hotel Mickey Holiday..hujan masih lebat..

Makan malam di Hotel Mickey holiday telah disediakan.. Oleh kerana gelap,kami terus saja check in dan berehat di dalam bilik saja. Tak ada aktiviti malam sebab cuaca tidak mengizinkan.

Makan malam di Hotel Mickey Holiday, Brastagi.



Selepas makan malam , kita beredar ke bilik masing-masing untukberehat. Biliknya tidak menghampakan. Memang cantik dan bersih . Jika kita ingin mendapat massage badan , hotel juga menyediakan perkhidmatan tersebut.Untuk sessi urut selama 1 jam kita kena bayar lebih kurang 120,000 rupiah. iaitu lebih kurang RM40 kita. Pada mulanya agak sukar mengguna wang yang berjuta-juta nilainya ni.

Day 2:
Wah..semua bangun awal, almaklum jam Malyasia awal satu jam so untuk siap jam 8 pagi, tak menjadi masalah hehe...

Suasana di situ sangat sejuk dan nyaman.. Rasa tak puas berada di Brastagi. Wish boleh stay lebih lama di sini hehe.



Perjalanan dari Medan ke Brastagi mungkin sekitar 4 jam. Antara pemandangan yang cantik di sini. Oleh sebab flight kami delay dan kesesakan lalu lintas, kami sampai malam dan tidak dapat menikmati kecantikan pemandangan tanah tinggi.

Jom...tengok kawasan sekitar Hotel Mickey Holiday.

Bahagian hadapan hotel:






Kemudahan kolam renang. Saya rasa tak ada siapa nak mandi...Bukan sebab apa...sejukkk...








Lain-lain kawasan sekitar hotel :









Pokok bunga yang cantik sekitar hotel:






Gunung Sinabung, gunung berapi yang masih aktif. Kelihatan asap dari Gunung berapi tersebut. Sehari selepas kami meninggalkan Berastagi, dilapurkan gunung tersebut meletus dan penduduk yang tinggal di kaki gunung tersebut telah dipindah.







Ada taman thema bersebelahan dengan hotel.Kalau bawa budak-budak, ini tempat yang sesuai..




Kalau kita ingin khidmat tukang urut, mereka boleh datang ke bilik. Menurut tukang urut tersebut, kalau kita inginkan perkhidmatan mengurut, lebih murah jika kita tidak melalui petugas di kaunter.

Setlah sarapan pagi, kita memulakan perjalanan seawal 8 pagi. Dalam perjalanan kita berhenti di kedai buah-buahan yang menjual berbagai jenis buah-buahan, pokok bunga dan tidak ketinggalan baju. Kalau kita berniat untuk shopping,Medan bukan tempatnya. Barang yang dijualtidak banyak pilihan.

Hari ke 2 ini, kami akan pergi ke Danau Toba. Kita akan bermalam di Pulau Samorsil. Yang uniknya tentang pulau ini adalah, Pulau ini terletak di tengah danau Toba .. iaitu Pulau dalam Pulau hehehe..unikkan ? Luasnya lebih luas dari Singapura. Dalam perjanan kita singgah di beberapa tempat persinggahan yang pemandangannya pasti menggamit hati. Ini antara photo yang telah diambil:

Pemandangan Tasik Toba dari tanah tinggi.




Gambar ini diambil dari dalam bus.











Sebelum sampai ke Pulau Samorsil, kita singgah di satu tempat persinggahan . Dari tempat persinggahan itu ,kita boleh melihat danau toba dari jauh. Dari situ juga kita boleh nampak Air Terjun Sipiso Piso. Tak pasti, ada tak ambil gambar tu. Di tempat persinggahan tu, ada beberapa gerai menjual pakaian dan cenderamata.








Pulau Samorsil : 
Istimewanya Pulau Samorsil ini ialah ia merupakan pulau dalam pulau. Danau Toba terletak dalam Pulau Sumatera. Pulau Sarmosil terletak di dalam DanauToba. Unikkan?Menurut pemandu pelacung kami, danau ini tidak pernah cetek walaupun pada musim kemarau. Untuk ke Pulau ini, kita menaiki ferri yang mengabil masa sekitar 20 minit.


Menaiki bot untuk ke Pulau Sarmosil.

 Dalam bot nanti, adalah budak-budak menyanyi. walaupun nyanyian tu taklah sedap mana, tapi tu salah satu cara mereka nak cari rezeki. Lepas nanyi , mereka akan hulurkan bekas minta sumbangan dari anda. Samada anda terhibur atau tidak, itu cerita no dua, yang penting anda dah mendengar nyanyian mereka..hehe..



Di tebing pula, ramai budak-budak mandi sambil menyelam. Mreka menjerit.. balingkan wangnya ibu..balingkan wangnya ibu.. Bila dibaling duit syiling, mereka menyelamuntuk mendapatkan syiling tersebut. Sepatutnya anak-anak kita sepatutnya bersyukur kerana hidup jauh lebih senang jika dibandingkan dengan anak-anak itu..



Dah sampai kat Pulau Sarmosil..


Sempat possing di Pulau Samorsil

















Di sepanjang tebing Danau Toba terdapat banyak hotel-hotel. Satu yang tak best ialah kita tidak boleh melihat kecantikan danau dari tebing kecuali dari tebing hotel penginapan kita, sebab tebing lain semua telah dibina hotel atau rumah peranginan.  Walaupun hotel menyediakan basikal untuk tetamunya, pemandangan tidak menarik kerana kita melalui rumah -rumah penduduk. Personally, saya tak mencadang anda untuk cycling kerana jalannya yang tak sempurna dan tiada pemandangan cantik pun. Lagipun, kawasan kampung tidak begitu bersih. Penduduk di Pulau Samorsil kebanyakkannya berugama kristian. Untuk orang Islam kadang-kadang tidak begitu seronok kerana penduduk kampung memanggang khinzir secara terbuka.

Sebelum sampai ke hotel tempat kami menginap, kami singgah di perkampungan orang Batak dan dibawa melawat kubur raja di kampung tersebut. Untuk memasuki perkarangan kubur, semua tetamu perlu memakai kain serupa selendang, bertujuan untuk menghormati tempat tersebut. Rasa-rasa macam peserta ratu cantik pula hehe..



Tour guide kita dengan penuh semangat bercerita tentang lagenda kubur raja tersebut. Seronok juga mendengar cerita beliau.


Tanah perkuburan lama


Kita juga dibawa melihat replika rumah tradisonal kaum Batak



Antara yang kita boleh lihat di replika rumah batak ni...





Di Pu;au Samorsil, kita tinggal di Toledo Inn.. Keadaan tempat penginapan sesuailah dengan harga hehe... Mungkin kerana tempat ini agal lama kot. Tapi saya cadangkan anda melawat pulau ini saja, jangan bermalam di sini, sebab sebelah malam tak ada aktiviti.







Kalau nak melawat kat Pulau ni, saya cadangkan pergi awal pagi. Tak perlu bermalam di sini, sebab pada sebelah malam tak ada aktiviti. Lagipun, kita hanya dapat melihat keindahan danau toba dari  hotel kita saja.

Lupa nak cerita, sebelum ke Pulau  Samorsil, kita juga singgah di pasar buah. Di sana terdapt berbagai-bagai jenis buah-buahan. Yang popular adalah alvacado dan pisang kaki. Pisang kaki in, 1st time saya dengar. Selain dari itu ada buah strawberry, limau, delima dan macam-macam lagi. Terdapat juga pokok bunga.

Antara gambar yang diambil...









DAY 3 :
Mm... dah hari ke 3. Lupa beritahu, waktu di Medan lambat 1 jam dari malaysia, Hari ke 3, kita kena bertolak awal dari pulau sebab ferri bertolak pukul 8 pagi. Untuk hari ke 3 ini, kami akan melawat Istana Maimun dan apa lagi, aktiviti yang terakhir yang perempuan suka SHOPPING...

Kita singgah sebentar di Istana Maimun sebab keesokannya kami dah balik dan tak sempat nak shopping.
Bahagian luar istana. 












Ini tempat bersemayam sultan..

Selepas melihat Istana Maimun, kami pun singgah di toko dan mall untk shopping. Tapi menghampakan , kami sampai lewat dan kebanyakkan kedai telah tutup. Kesimpulannya, kalau nak shopping, Medan bukan tampatnya. Di sini, tempat untuk kita melihat keindahan alam dan lebih menghargai negara kita. Sepanjang perjalanan ke brastagi, kita melalui perkampungan di sana , kebanyakkan rumah dan jalan kurang membangun..

Kota Medan memang sesak, nak melintas jalan pun takut. Kat sana popular beca. Kita sini ,beca guna basikal, sana mereka guna motorsikal, taklah penat mengayuh hehe.. Masa kat sana hari tu ada pergaduhan kat tengah jalan, risau juga..tak pernah tengok orang bergaduh di tempat awam kat sini. Nasib baik ada pak polisi untuk meleraikan pergaduhan.



Jalannya pula sesak, kalau tak berani, tak bergeraklah kereta hehe...  Kalau nak keluar dari simpang yang jalannya agak sibuk, memang susah...masa dalam bus perasan ada beberapa orang yang tolong tahan kereta so that kereta nak keluar dai simpang boleh lalu. Terfikir dalam hati, adoi baikny orang tu jadi polis trafik , setelah balik sini ada kawan yang cerita, pemandu kereta bagi duit, so dia tolong tahan kereta untuk beri laluan supaya kereta boleh keluar. Kalau saya kat sana agaknya kena sedia duitlah untuk perkhidmatan itu.


Satu lagi yang saya perasan, mana-mana kita pergi, mesti ada penjual cenderamata mencari kita... sampai nak gi ke restoren pun mereka dah tunggu. Kadang-kadang terfikir, mereka ni macam berjanji aje. Masa kita nak ke airport, penjaja -penjaja dah tunggu depan bas kita. Kalau kita tak nak beli, jangan pandang atau jawab langsung..

Kalau ada masa nanti, saya akan upload lagi gambar..

Pengajaran dari Lawatan ke Medan :
1. Travelling time, kita banyak habiskan masa dalam perjalanan dan banyak masa kat airport. So next time lebih baik guna last flight dari Sibu dan bertolak dari KL  awal pagi berikutnya. Masa balik pula, boleh guna last flight dari Medan, bermalam di airport dan balik 1st flight the next day. Tapi nin juga bergantung kepada jadual penerbangan.

2. Jangan beli banyak buah atau kuih muih, susah nak bawa. Kalau tak betul packing, tak boleh masuk kargo.

3. Kena berhati-hati apabila mengguna rupiah, kadang -kadang kita confuse dengan berjuta-juta. Bila dapat kurangkan harga 10,000 punyalah happy.. rupanya 10,000 tu hanya RM3 sahaja adoi..rasa tertipu pula...

4. Jika membeli-belah, minta kurang dalam 50%-70%, jika peniaga rasa harga tu rendah sangat, nanti merka akan nego untuk naikkan harga. Kalau dia tak mahu kurangkan harga, cari gerai lain. Kalau harga yang kita minta masih tinggi, mereka biasanya akan panggil kita balik.

5.Jika kita tiada niat untuk membeli jangan cuba bertanya atau pegang barang yang dijual tersebut, sebab mereka akan pujuk dan merayu mendayu-dayu minta kita beli . Mereka akan merayu sehingga hati kita cauir hehe..

6. Kalau kita membeli belah di bandar besar, biasa akan jumpa peminta sedekah, jangan beri sedekah..kerana lepas tu nanti akan ramai yang datang mengerumun anda. Jangan ada rasa teragak-agak, mereka akan mengikuti anda sehingga anda embeli atau memberi sedekah pada mereka. Bunyi macam zalim sangat, tapi tulah hakikatnya, minta maaf ya....

7. Kalau nak shopping, Medan bukan tempatnya...pergilah ke Ho Chin Min atau Bandung. Tu melalui pembacaan dan cerita dari kawan-kawan yang pernah ke sana.

1 comment:

  1. Hi Cik As,

    On behalf of Nadia dan kami semua dari Sedunia Travel, kami sangat gembira kerana Cik As dan group berpuas hati dengan trip tersebut. Kami berharap berjumpa lagi for the next trip ke Ho Chi Mihn!

    Regards,
    Hetty
    from Sedunia Travel

    ReplyDelete