Assalamualaikum dan salam sejahtera, sudah menjadi adat masyarakat kita untuk menyediakan doorgift untuk tetamu . Kadang-kadang ada doorgift yang diberi tidak memberi makna kepada penerima. Kadang-kadang terasa membazir juga apabila doorgift itu dibuang sahaja selepas menghadiri sesuatu majlis.'
Pada pendapat peribadi saya, biarlah doorgift yang kita sedia itu akan disimpan oleh penerima kerana ia ada fungsi lain.Atau kita boleh memberi doorgift yang berupa makanan yang sudah pasti akn dimakan oleh tetamu. Makanan yang kebiasaan dijadikan doorgift adalah seperti cup cakes, muffin,kek lapis, kek buah ,kekacang dan dates.
Untuk kali ini saya nak share doorgift yang dibuat sendiri dimana kita boleh gantung di kereta sebagai penyaman udara.
Ini mengguna bekas kaca, didalamnya diisi bunga dan daun kering , kemudian dibalut dengan kain lace dan diikat dengan reben dan dihias dengan bunga atau manik untuk menyerlahkan doorgift tersebut. Ini sesuai untuk majlis perkahwinan atau apa-apa kenduri.
Sesiapa berminat, kami juga menerima tempahan , hubungi 013-817 4166
No comments:
Post a Comment