Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa khabar semua? Dah lama rasanya tak menulis di blog ini. Semua yang saya tulis di blog ini adalah apa yang saya alami sendiri untuk menjadi panduan kepada anda di luar sana. Saya terpanggil untuk menulis di blog ini kerana kadang-kadang saya ingin mengetahui terutamanya tentang sesuatu produk. Kebanyakkan maklumat diperolehi dari pembekal ataupun pengedar. Kalau boleh, kita ingin mengetahui maklumat tersebut dari pengguna kerana pada saya ia lebih jujur.
Kali ini saya nak share tentang set penjagaan tangan dari Marykay yang terdiri dari 3 jenis iaitu skrub, pelembut dan losyen.
Kata orang, kalau nak tahu wanita itu tua atau tidak, lihat tangan atau kakinya.. Memang betul, kebanyakkan wanita mementing kulit muka tanpa menyedari kulit tangan dan kaki tidak kurang pentingnya.
Kali ini saya nak share tentang penjagaan tangan sebab saya sendiri telah mengguna produk ini melebi 1 tahun dan ternyata ia memang menberi kesan
Produk penjagaan tangan ini sanagt penting terutama yang bertugas dalam bahagian kesihatan dimana tugas mereka memerlukan mereka mengguna sarung tangan getah. Ini termasuklah saya sendiri. Dari pemerhatian saya, kebanyakkan kawan-kawan saya mempunyai kulit tangan yang agak kasar dan sedikit berkedut jika dibandingkan kawan-kawan seusia yang berlainan kerjaya. Kesimpulannya, mereka yang mengguna sarung tangan getah , kulit tangan mereka lebih terdedah kepada penuaan.
Untuk mengurangkan kesan sarung tangan itu, saya telah mencuba mengguna produk penjagaan tangan dari Mary Kay. Saya sentiasa membawa losyen dan pelembut mary kaya. Ia sangat membantu bagi sesiapa yang mempunyai kulit yang kering.
CARA PENGGUNAANNYA:
a. Penjagaan 1 atau dua kali seminggu :
1.Lembabkan tangan. Sapukan softener di keseluruh tangan.
2. Ambil sedikit srub dan skrub seluruh tangan berulang kali. Kalau kering, lembabkan sedikit tangan. Jangan terlalu basah.
setelah tangan diskrub, bilas dengan air dan lap kemudian sapu dengan losyen tangan.
3. Sapu tangan dengan losyen
b. Penjagaan harian :
Padas setiap hari , kita hanya mengguna pelembut dan losyen sahaja.
Caranya, sapu seluruh tangan dengan pelembut ,kemudian sapu semula dengan loseyen. Biasanya kesan lembapan boleh tahan satu hari.
Penggunaan secara rutin akan menampakkan hasil dalam masa 1 bulan.
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment