Wednesday, May 15, 2013

Passport

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Masa berlalu begitu pantas. tanpa disedari dah menghampiri pertengahan tahun. kalau nak ikutkan kerja ni, sampai tua pun tak habis..selagi kita hidup. selagi tulah kita bekerja. Mungkin masa kita muda kita kerja untuk menyara hidup keluarga, Semakin kita meningkat umur, mungkin tujuan untuk menyara keluarga tu bukan priority lagi . mana tidaknya, anak semua dah besar dan ada pendapatanmasing-masing. Bagi ibubapa yang bernasib baik , setiap penghujung bulan akan menerima gaji dari anak-anaknya.
Kalau dah bersara, kalau tidak bekerja, hidup akan rasa kosong dan akan cepat lebih tua, kerana sudah tidak aktif seperti masa bekerja dahulu. Ok, cukuplah cerita tentang bekerja, kali ini nak share tentang nak buat passport. Yelah sebelum nak keluar negara perlu ada passport,

Ok, sekarang ini amat mudah untuk membuat passport. Passport boleh siap dalam masa 1/2 jam sahaja.
Apa yang perlu dibawa? Hanya perlu bawa salinan Mycard dan wang.  Bergantung kepada tempoh masa passort yang kita pilih. kalau 2 tahun hanya perlu bayar RM200 dan kalau 5 tahun hanya perlu bayar RM300. Jika nak keluar negara passport hanya boleh diguna jika tempoh sah melebihi 6 bulan.

Selamat bercuti, diharap maklumat ini dapat membantu.

No comments:

Post a Comment