Saturday, January 28, 2012

Penjagaan Kulit muka dengan cara mudah dan murah

Salam...
Hari ini nak share dengan teman-teman cara penjagaan kulit muka dengan cara mudah. Tak perlu beli mask yang mahal-mahal. Apa yang saya buat adalah 3 kali seminggu selepas scrub muka, saya guna madu sebagai mask. Lebih baik beli madu asli yang belum diproses. biarkan sekurang-kurangnya 15 minit, kemudian basuh macam biasa.
Selepas itu, sapulah dengan toner. Toner yang saya rasa baik terutama sekali untuk orang yang berumur 35 tahun ke atas toner di bawah. Sapu atas sehelai cotton muka yang nipis dan sapu kat muka. Toner ini boleh guna sampai 1 tahun,. yang penting, guna kapas yang nipis.

ARTISTRY Pure White Toner I (150ml)





Banyak jenis facial cotton yang telah saya guna, sejak 4 tahun yang lepas, saya mengguna soft facial puffs yang boleh didapati dari Watsons. kotaknya berwarna pink. Amboi..jadi promoter Watsons pula kita ni..hehe. Tak apa, amal jariah... dalamnya ada 90 helai. 1 helai boleh dibahagi 2, maknanya ada 180 helai.  Saya hanya guna 2 kali sehari , maknanya 1 kotak itu saya guna selama 3 bulan. Nanti saya letak gambarnya kat sini.

No comments:

Post a Comment