Kita dah tahu khasiat habbatus sauda, samada kita mengambil secara langsung iaitu habbatus sauda itu tidak diproses atau membuat kapsul habbatus sauda sendiri . Kedua-duanya akan memberi khasiat dan faedah kepada orang yang mengamalkannya.
Kita harus bersyukur kerana ada pihak yang mengetahui masalah jika kita mengambil secara langsung atau membuat sendiri kapsul ini. Minsyam, anak syarikat Stormreaders telah mnegambil langkah untuk menghasilkan habbatus sauda dalam bentuk kapsul dan yang paling menariknya, ektrak minyak habbatus sauda yang dikapsulkan. Dalam bentuk minyak,ia lebih mudah meresap ke dalam darah dan kesannya dapat dilihat secara optimum.
Analisis telah menunjukkan bahawa Minyak Habbatus Sauda’ mengandungi 0,5-1.5% essential oil. Ia mempunyai kesan holistic dengan baunya sahaja boleh mencetus pengluaran hormone dan bahan pembawa (messenger substance). Sebagai minyak ia dihadam masuk ke dalam salur limfa (lymphatic vessel) dalam usus, meresap ke dalam untuk membuka laluan dan membuang sumbatan (decongest) dalam kor sistem lymphatic.
KAEDAH PENGAMBILAN MINYAK
LUARAN
Bila disapu di luaran ia ada tindakbalas rubefacient ( membekas dan merangsang peredaran darah ditempat yang digosok) dan kesan bius tempatan lembut (local anaesthetic effect)
DALAMAN
Bila diambil secara dalaman, ia menyebabkan rembesan saliva, menjadi expectorant (Mengeluarkan kahak, mucus dan hingus dari paru-paru, bronkus dan trachea), melegakan kembung dan angin, colic sakit perut dan kesan purgative (pengeluaran isi perut)
HIDUAN
Bila dihidu aromanya, ia merembes cecair badan, dan melegakan salur nafas yang tersumbat (congestion of the bronchioles)
TINDAK BALAS HABBATUS SAUDA’ KEMUNGKINAN SEBAB/PUNCA
Berikut adalah senarai beberapa tindak balas awal yang mungkin berlaku jika mula-mula mengambil Habbatus Sauda’:
1. Muntah (Masalah sistem penghadaman)
2. Demam (Masalah usus kecil / besar)
3. Najis berdarah (Masalah anus (lubang dubur) dan buasir)
4. Cirit-birit (Masalah limpa / hati)
5. Berpeluh (pengeluaran haba dalam badan)
6. Sengal bahagian sendi (Masalah urat darah dan reaksi kelebihan asid uric)
7. Sakit Pinggang (Masalah buah pinggang)
8. Sakit tekak / kerongkong (Masalah paru-paru)
9. Kencing berbau (Masalah buah pinggang)
11. Kencing manis bertambah (Masalah hati dan pancreas)
12. Pengeluaran haid berlebihan (Proses perubatan hormon dan masalah limpa)
13. Bertambah selera makan (Proses perubatan kolestrol)
14. Bengkak anggota badan (Masalah buah pinggang)
15. Gatal hidung (Masalah resdung dan alahan)
No comments:
Post a Comment