"Kisah -kisah yang diberi nafas Islam yang mencuit perasaan, mengocak fikiran dan menyala api perubahan."
salam semua, sebagai santapan minda dan rohani, saya saran baca buku. Tulisannya santai tapi straight to the point. apa yang dibicara dalam buku ini, kadang-kadang kita ambil ringan. Dengan membaca buku ini dapat menyedarkan kita semula tentang peranan kita sebagai orang Islam.
Petikan dari Buku : Beduk Diketuk
Tulisan : Pahrol Mohd. Juoi
Terbitan : Telaga Biru
Orang Islam yang mengaku beraganma Islam
tetapi tidak komited untuk mengamalkannya. Apa akibatnya? Mereka menjadi
penghalang di muka pintu! Menghalang orang dari luar ( Bukan Islam ) untuk
masuk ke dalam Islam.
Umpama orang yang sedang duduk di muka
pintu, masuk ke dalam sepenuhnya tidak, keluar sepenuhnya tidak.
Beduk 33 :
Akhlak ialah buah ibadah. Kalau ibadah tak
menjadikan seseorang baik peribadi dan berakhlak, ertinya ibadah itu tidak
berbuah. Mungkin ibadah dibuat atas
dasar pengabdian selain Allah dan bukan daripada dorongan iman, tapi disebabkan
‘ kerana-kerana yang lain’.
Tak rasa syukur, tak rasa redha, tak rasa
sabar, tak rasa takut dan malu dengan Allah. Kalau dengan Allah pun tak rasa
begitu, apalagilah dengan manusia.
Beduk 32 :
Perbezaan pembangunan Islam dan pembangunan
umat Isalam :
Pembangunan Islam berasaskan 5 hukum :
wajib, sunat, harus , haram dan makruh. Baik dari segi niat, matlamat,
pelaksanaan atau natijahnya. Maksudnya, di dalam pembangunan itu mesti ditegakkan hukum yang halal, sunat dan
setidak-tidaknya yang harus. Sementara yang haram dan makruh mesti dijauhi.
Kalau hukum diatas tiada, itu hanyalah pembangunan umat Islam.
Beduk 31 :
Keruntuhan moral dikalangan remaja :
Remaja di tangan kita. Kita yang
mencorakkannya. Mereka sakit kerana kita sakit. Sama-sama sakit. Jadi bagaimana
orang sakit boleh mengubat orang sakit?
Beduk 28 :
Al kisah Tentang jodoh ;
Cita rasa manusia tentang kecantikan tidak
sama. Malah ia juga berubah-ubah mengikut masa, usia dan keadaan.
Kecantikan seorang manusia tidak sama taksirannya. Orang budiman dan
beriman, menilai kecantikan kepada budi dan akhlak. Pemuja hedonism dan
materialism hanya focus kepada kecantikan wajah dan daya tarikan seksual.
Kalau hati kita indah,kita akan sentiasa
melihat keindahan . Sebaliknya kalau hati rosak, kenidahan tidak akan ketara.
Beduk 3 :
Untuk memperbaiki dunia, kita perlu baiki
manusia. Untuk baiki manusia, kita perlu baiki hati. Mesti bermula dengan
solat. Orang tidak solat apabila dia rasa tidak memerlukan Allah dalam
kehidupannya.
Tau di akal, sedar di hati. Dengan akal
kita mengetahui sesuatu, tetapi hanya dengan hati kita menyedarinya.
Kebanyakkan manusia tahu dia hamba Allah tetapi
tak sedar dia hamba Allah.
Beduk 1:
Ramai Pengajar Sedikit Pendidik:
Pendidik tugas paling dekat dengan para
rasul, kerana dia mendidik modal yang paling berharga – modal insan.
Jangan kesal kalau diri tidak dihargai,
tetapi kesalnya kalau diri benar-benar tidak berharga. Pendidik mesti ada harga
diri yang tinggi.
Kalau nak jtahu lebih detail, bacalah buku ni. Tak rugi membelinya....
No comments:
Post a Comment