Friday, January 27, 2012

10,000 langkah sehari

Teman-teman...
Untuk mengekalkan kesihatan badan yang optimum, kita kenalah berusaha. Kita selalu dengar alasan untuk tidak bersenam kerana tak ada masa. Ok, kalau tak ada masa, kita masih boleh bersenam dengan mempastikan kaki kita melangkah 10,000  sehari. Mudahkan... setiap hari berjalan 10,000 langkah sehari. bolehkan?Mulai hari ini, kita cuba berjalan 10,000 langkah sehari.

Di negara kita berbagai -bagai jenis makanan yang sedap-sedap. payah nak menolak apabila makanan dihidang di depan mata kita. Antara makanan yang kita biasa makan, pagi sarapan dengan nasi lemak atau roti canai atau mee goreng. M...sedapnya. Tengahari pula makan nasi berlauk kari atau masak lemak. Kalau anak-anak kita pula , suka makan makanan seger, seperti sosej, burger, nuget dan macam-macam lagi yang sedap-sedap dan sudah pasti berkalori tinggi. itu tidak boleh dinafikan. Sebelah petang pula , makan cucur pisang , cucur cempedak dan macam-macam makanan berminyak. Makanan sedap begini, susah nak tolak.

Apa yang kita perlu buat, bakarlah kalori yang berlebihan itu dengan melakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.Kalau tak ada masa berjalan 10,000 langkah sehari. Banyakkan berjalan, parking jauh dari pejabat atau naik tangga, kurangkan penggunaan lift. Buat sedikit-sedikit, akhirnya dapatlah 10.000 langkah sehari.

Agak terperanjat juga tadi, kerana satu hari saya hanya berjalan dalam 1,000 langkah sahaja. Teman-teman pun boleh tengok berapa langkah teman -teman berjalan satu hari. kalau tidak sampai 10,000 langkah  kenalah buat sesuatu,

mulai hari ini, kita sama-sama berazam berjalan 10,000 langkah sehari. Selamat mencuba....

cuba tnegok berapa langkah kita sehari. kalau tak cukup 10.000 langkah, tambah jarak perjalanan kita. kalau kita boleh dapat 10.000 langkah sehari , ia umpama kita melakukan senaman setiap hari.

Bercakap memang mudah, tapi kalau kita tiada usaha untuk memulakannya..selamanya ia akan jadi susah.

No comments:

Post a Comment