Tuesday, September 29, 2015

Ke arah bebas kewangan / Financial freedom melalui simpanan, bolehkah1 ?

Asssalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa yang saya tulis ini adalah dari pengalaman sendiri. Apa yang saya amalkan adalah dari kursus yang saya ikuti dan buku yang saya baca.

Kita tidak pernah diajar bagaimana nak menguruskan kewangan kita. Dari kita kecil, ibu bapa dan uga guru-guru hanya menanamkan dalam fikiran kita , belajar betul-betul untuk hidup senang kemudian hari nanti. Hidup senang ini , maknanya kerja dengan pendapatan yang banyak. kalau kita tanya anak-anak kita, kesemuanya belajar untuk mendapat wang yang banyak atau gaji yang tinggi.

Tapi kita tidak pernah diajar bagaimana nak mengurus wang dengan bijak. Kita hanya diajar bagaimana nak berjimat. Pada pandangan peribadi saya berjimat sahaja tidak mencukupi. Tak akan sepanjang usia kita, kita nak berjimat. Kita patut pergi lebih jauh dari itu. Kita nak wang yang kita simpan akan bekerja dan menghasilkan lebih wang sehingga pada satu masa, kita tidak perlu bekerja dengan aktif kerana wang telah bekerja untuk kita. Dalam istilah glamour sekarang, FINANCIAL FREEDOM. Bolehkan kita capai financial freedom dengan simpanan?

Jawapnya boleh, dengan syarat kita memulakan pengurusan kewangan dengan cara yang betul sejak kita mula bekerja. Tulisan ini saya tujukan khas untuk anak-anak yang saya sayangi semoga mereka dapat menjadikan pengalaman saya ini sebagai panduan agar mereka tidak melakukan kesilapan seperti saya.

Untuk menjamin kita menyimpan dengan berkesan dan juga kita boleh menikmati kehidupan seperti orang lain . Maksud saya seperti orang lain adalah simpanan kita jangan sampai merumitkan kehidupan kita, kita masih boleh membeli apa yang kita minat, kita masih boleh menikmati makanan di luar dan kita juga bolehbergembirabersama kawan-kawan, menonton wayang dan lain- lain aktiviti. Jngan sampai kita nak simpan banyak sampai kita sekat semua aktiviti-aktiviti yang kita suka nak buat.

Yang paling asas untuk menimpan adalah BERJIMAT.
Sebelum berbelanja, kena tanya diri samada itu KEPERLUAN @ KEHENDAK.

Apabila telah bekerja,

1. Buat potongan gaji ke ASB ataupun Tabung Haji, minimum 10%. Kalau boleh buat julah potongan yang lebih besar adalah lebih baik. Ini adalah penting untuk mendidik kita berbelanja mengikut gaji bersih yang kita terima.
saya simpan lebih dari 10% sebab tujuan saya menyimpan adalah sebagai deposit untu membeliaset disamping sebagai tabung kecemasan.

2. Pastikan anda ada membeli Takaful. Ini SANGAT-SANGAT PENTING. Dan saya tak ada beli Takaful secara serious sebab pada masa saya mula kerja tiada pilihan dalam membeli insuran. Pada masa itu, rasa berbelah bahagi untuk membeli insuran kerana pulangan sangat sedikit dan jika kita berhenti sebelum habis tempoh, pulangan yang kita perolehi sangat sedikit. Terasa diri ditindas. Sebab itulah saya hanya beli sedikit, tak sampai pun 2% dari gaji. Tambah pada masa terebut ada yang mengatakan insuran itu tak halal dan banyak lagi cerita negatif tentang insuran.

Tapi sekarang tidak lagi, kerana kita ada pilihan iaitu takaful.Yang pastinya patuh syariah.
Baru-baru ini saya mengambil keputusan untuk membeli Takaful dengan mediplan. Kata orang, tak ada istilah lambat untuk memulakan sesuatu yang baik.
Yang tak bestnya bila beli takaful masa berumur ialah sumbangan bulanannya agak besar. Mana tidaknya semakin berumur, risiko semakin menigkat hihi..syarikat takaful pun kena tanggung risiko tu.

Untuk mempastikan saya tidak membuat kesilapan yang sama, untuk anak-anak saya, saya dah beli siap-siap takaful untu mereka. Usia 18 tahun, hanya perlu sumbangan RM150 atau kurang untuk mendapatkan perlindungan , simpanan dan pembiayaan bil hospital berjumlah RM850,000 sehingga usia 100 tahun. yang bestnya wang dalam akaun fund value boleh dikeluarkan. Jika berlaku apa2, kita tak perlu risau sebab kita telah dilindungi. nanti saya share apa yang anak saya dapat apabila dia berumur 40 tahun.


Anak saya berumur 21 tahun dengan sumabangan sebanyak RM160 sebulan membolehkan dia dilindungi senayak RM79,000.00 sekiranya berlaku musibah dan nilai ini meningkat  ke RM109,000 bila dia berusia 40 tahun.
Seperti yang saya beritahu sebelum ini, jika wang dalam akaunnya tidak diusik, apabila dia berusia 40 tahun  terdapat lebih RM60,000 dalam akaunnya.
Yang paling  bestnya anak saya akan mendapat pembiayaan hospital sehingga RM850,000 sehingga usianya 100 tahun dengan hanya membayar RM150 sebulan sehingga kontrak matang.
Jika anak saya mendapat penyakit kritikal, syarikat takaful akan membayar sejumlah wang untuk tujuan rawatan seperti yang dipersetujui dalam kontrak dan sumbangan bulanan akan ditanggung oleh syarikat takaful.

Jika anak saya admit di hospital, dia layak untuk claim dari syarikat takaful rm100 sehari.

Saya menyedari takaful ini sangat penting,sebab hidup kita tidak selaunya indah dan kita harus bersedia untuk menghadapi apa- apa kemungkinan.
Jika ditakdirkan kita meninggal dunia, sekurang-kurangnya kita tidak membeban kan waris kita dan sebahagian daripada wang pampasan itu boleh  diguna untuk amal jariah kita, untuk saham akhirat.

Jika ada yang berminat, boleh hubungi saya. Saya akan buat cadangan pelan takaful yang bersesuaian dengan bajet dan keperluan anda.

3. Simpanan emas -
Saya juga telah membuat simpanan emas dan banyak juga kesilapan yang telah saya lakukan. Jika nak buat simpanan emas, kena pastikan harga yang kita beli. Jangan beli masa harga emas mahal. Jika harga dibawah RM170 untuk 10 gm bolehlah membeli dalam kuantiti yang kecil. harga emas pernah mencapai RM200 untuk 10 gm dan harga yang paling redah adalah sekita RM130 untuk 10gm

Simpanan emas boleh dijadikan deposit untuk membeli aset keudian hari kelak.

Saya rasa setakat ini dahulu untuk kali ini.

No comments:

Post a Comment