Saturday, August 29, 2015

Petua buang angin dalam tulang

Assalamualaikum,
Saja menulis untuk rujukan diri sendiri dan harap boleh memberimanfaat kepada pembaca. Beberapa minggu yang lepas, saya menemani ibu untuk massage secara tradisional. Saya mendapat tahu tentang tukang urut ini, dari seorang kawan yang alhamdulillah telah sembuh dari sakit yang dihidapinya.

Agak lama juga proses mengurut tu, lebih dari 2 jam. Dia urut dari kepala sampai ke kaki. Menurut emak, memang segar rasa badan setelah diurut dan sakit kakinyanya pun dah berkurangan. Semasa mengurut tersebut, terdapat gentilan tanah dari badan ibu. Dia sendiri pun tak tahu dari mana datangnya tanah tersebut.

Untuk menghilangkan boring dan mengantuk menunggu saya pun mulalah bertanya  dan ada info yang saya rasa boleh share kat sini untuk rujukan saya sendiri dan pembaca yang ingin mencuba.

First time saya dengar tentang angin dalam tulang, menurut tukang urut tersebut, selain dari massage, bersauna dapat membuang angin dalam tulang. Tapi kena menggna bahan yang betul . Nanti saya cerita.

Ada yang pernah buat sauna? Apa yang biasa dimasak untuk menghasilkan stim untuk sauna. Sebelum ini, saya pun kerap juga buat sauna sampai sanggup membeli bekas untuk sauna hihi. Mula-mula dulu, saya beli herba untuk sauna. Agak mahal juga kalau kita kerap buat. Last-last tu saya guna daun serai wangi dan pandan.

Kakak tu ada share bahan yang boleh diguna untu sauna atau diminum untuk membuang angn dalam badan. Pencegahan secara tradisional. Kejap lagi saya cerita k.

Sebelum tu, nak share faedah melakukan sauna :

1. Menbuang toksik dalam badan :
Salah satu cara badan membuang toksik adalah melalui perpeluhan. Peluh yang banyak dan mendalam melalui sauna sangat berkesan untuk membuang toksin

2. Membantu menurunkan berat badan :
Semasa bersauna, denuytan jantung meningkat disebabkan kenaikan suhu. Adalah dinyatakan sesisauna selama 20 minit  dapat membakar 500 kalori. Metabolisme badan juga meningkat seolah-seolah kita sedang membuat senamam secara fizikal.

3. Meningkatkan sistem imunisasi badan :
Satu kebaikan sauna adalah , ia boleh meningkatkan imunisasi badan. Sesi sauna boleh meningkatkan pembentukan sel darah putih. Sel darah putih akan menghasilkan antibodi yang boleh melawan jankitan kuman dan penyakit. Jika mereka sakit, mereka boleh sembuh dengan lebih cepat.

4.Sauna menyihatkan rambut anda :
Dengan kerap membuat sauan,akan menghasilkan rambut yang sihat. Ini adalah kerana kelenjar di kulit kepala akan diaktifkan untuk menghasilkan bahan yang melembabkan kulit kepala. Bahan ini adalah penting untuk menghasilkan rambut yang subur dan sihat.

5. Awet muda :
Wah.. ini yang kita suka, untuk awet muda..hihi. Sauna dipercayai dapat menyebebkan kulit kita juga melakukan exercise. Dengan itu peluh akan dikeluarkan dan sel-sel mati juga akan dibuang. Dengan itu kulit kita akan nampak lebih muda.

8. Saunas help you look younger.
One of the significant organs of our body, your skin also needs regular exercise and saunas are a great way to exercise skin. As we grow older, more of the dead cells accumulate onto our skin pores, as the skin becomes less elastic. A few sessions in the sauna improve blood flow to our skin, which aids the growth of new skin and also removes all the dead cells that were building up previously. The oils, which are the natural moisturizers and antibiotics present in our skin are mobilized through saunas. This helps us to look younger in a significant way.

Berbalik pada cerita saya pada mula tadi. Untuk membuang angin dengan bersauna, bahan yang perlu direbus adalah :

9 batang tepus dengan ukuran dari panjang dari pergelangan tangan ke siku. Kemudian dibahagi 2 lagi.
Daun pandan
serai wangi
Jintan putih

direbus dengan air, minum airnya  dan boleh bersauna dan kemudian mandi dengan air tersebut jika suka.

Selamat mencuba. amalkan sekali seminggu dan rasai perbezaannya..

No comments:

Post a Comment