Saturday, April 25, 2015

Transformasi Pengguna Talifon 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
hari tu menghadiri taklimat program yang dianjur oleh sebuah syarikat telekomunikasi yang bernama My1Tone Sdn Berhad. Taklimat tersebut telah dikendali oleh pengurusan syarikat tersebut bersama CEO nya En. Zuwarni Daud.

Banyak info yang berguna yang mana kita sebagai pengguna perlu tahu. Bersyukur sangat saya terbuka hati untuk menghadiri taklimat tersebut.

Antara apa yang dikongsi oleh tuan CEO adalah:
Kenapa beliau menubuh My1Tone. Sdn. Bhd. Beliau mengajak semua pengguna talifon supaya transform, kerana selama ini kita telah rugi.

Konsep syarikat My1Tone adalah untuk tranformasi pengguna talifon. Kita dah mengguna talian talifon lebih 10 tahun. Setiap bulan kita bayar bil atau beli kredit talifon. Apa yang kita dapat dari syarikat telekomunikasi?
Mungkin ada yang jawab free masa call, free sms, free data dan macam-macam jawapannya. CEO bertanya, dapatkah jawapan kita tadi menambah nilai hidup kita? Dapatkah kita membeli keperluan hidup kita dengan semua yang free ditawar oleh syarikat telekomunikasi itu? Jawapannya sudah pasti tidak.

Menurut CEO, bisnes dalam telekomunikasi ini memberi keuntungan yang sangat-sangat banyak kepada syarikat. Tiada perniagaan lain yang boleh membuat keuntungan jutaan dalam masa satu hari. Kenapa syarikat telekomunikasi ini tidak dapat kongsikan keuntungannya bersama pengguna yang setia pada mereka. Yang setiap bulan tanpa lupa akan membelikredit atau membayar bil pada mereka. kalaulah pihak yelekomunikasi ini dapat kongsikan 1% keuntungan syarikat kepada pelanggan yang setia ini, alangkah bagusnya. Kita sebagai pengguna memang selau ditindas oleh syarikat telekomunikasi ini.

Tranformasi 1
Jadi pengguna yang bijak :

Melalui My1Tone, nasib kita sebagai pengguna akan terbela. Bila anda berdaftar dengan My1Tone, anda bukan hanya sebagai pengguna, anda adalah ahli yang berdaftar dengan My1Tone. Sebagai ahli , anda akan menikmati banyak manfaat dari syarikat ini. Sekarang, kita sebagai pengguna mempunyai pilihan, mana satu telco yang kita nak pilih.

Bersama My1Tone, yang berpegang kepada tag line nya " Kemakmuran Bersama " akan mempastikan kita sebagai pengguna setia akan juga mendapat income dari syarikat. Syarikat akan menyediakan sebahagian dari pendapatannya untuk dikongsi bersama dengan semua pengguna. Mungkin ini langkah pertama supaya semua telco akan kongsikan keuntungannya bersama pengguna setianya. Mungkin langkah yang diambil oleh MY1Tone Sdn Bhd ini akan menyebabkan telco lain akan mengambil langkah yang sama untuk bersaing dalam perniagaan mereka.

Untuk keuntungan yang dikongsi ini, semua pelanggan My1Tone yang telah berdaftar dari seluruh negara akan disusun kedudukannya secara automatik dalam pecahan lima, nanti saya akan cerita lebih detail tentang ini dalam artikel lain . Oleh kerana program ini masih di peringkat awal dan roadshow untuk negeri di semenanjung masih belum dilaksankan. Siapa yang mendaftar awal, kedudukannya di atas.Sekarang ini masa yang tepat untuk kita tempah kedudukan kita. Syarikat akan membayar bonus kepada penggunanya yang setia yang membeli  kredit minimum RM30 sebulan. Bonus ini dikenali sebagai Perkongsian Insentif " Gabungan Bersama" Dalam artikel lain saya juga panggil ini sebagai pendapatan ke3 atau pendapatan pasif.

Selain dari itu, CEO juga mengatakan jika pihak telco menghantar message kepada kita mengenai perkhidmatannya, contoh data nak habis dan lain-lain, kadang-kadang pihak telco mengenakan caj sms pada kita. Saya sendiri pun tak perasan. Pernah tak anda mengalami keadaan dimana anda kena bayar bil talifon yang mahal walaupun penggunaan kita mcam bulan-bulan sebelumnya. Kita tak tahu nak mengadu pada siapa, melainkan hanya membayar jumlah yang tertera di bil tersebut. Kita tiada pilihan selain dari membuat bayaran. Sebab itulah saya tak suka postpaid.

Saya ingat lagi ada kawan-kawan yang kata whatsapp free, memang free untuk black and white saja..text saja. Tapi bila kawan-kawan kita hantar gambar, di situlah whatsapp buat duit. Kelak kita klik download, data kita pun kena makan. So jangan suka hati download photo atau video yang tak berkenaan.

Transformasi 2:
Urus reload kredit anda sendiri :

Selama anda mengguna talifon prepaid, di mana anda mendapatkan atau membeli kredit talifon anda. Tentu ada yang menjawab , beli di kedai, beli di stesen minyak, beli di kedai talifon atau beli di 7 eleven. Maknanya kita perlukan orang ke 2 untuk kita mendapatkan kredit kita. Anda rasa mahukah orang ke 2 itu menyediakan perkhidmatan tanpa mendapat upah? Agak-agaknya siapa yang membayar upah kepada mereka? Syarikat telco? Anda jangan terkejut, yang membayar upah pada mereka adalah kita sebagai pengguna. Semua ini telah dicajkan secara hidden dalam kredit kita. Mungkin melalui call rate  dan sebagainya.

Jika anda berdaftar dengan My1Tone, anda tak perlu lagi membeli kredit reoad dari kedai sebab anda sendiri boleh mereload talifon anda sendiri jika anda ada bonus, atau anda boleh membeli bounus dari orang yang memperkenalkan anda pada program ini. Atau anda boleh membeli reload dari mana-mana ahli dalam My1Tone. Bila anda sebagai ahli menjual reload My1Tone, anda layak mendapat keuntungan dari hasil jualan kita. Secara tidak langsung, kita juga boleh menjadi usahawan telekomunikasi dengan modal yang sangat MURAH.

Kita tak perlu lagi membeli reload di luar, tak perlu buang masa dan petrol untuk membeli reload, hanya hubungi saja ahli-ahli My1Tone yang anda kenal.

Transformasi 3:
Konsep untuk mengguna PERCUMA bukan berjimat :

Sejak beberapa tahun ini,kenaikan kos hidup sangat terasa akibat kenaikan harga minyak. kita sebagai rakyat biasa, tiada pilihan suka atau tidak kita terpaksa juga meneruskan hidup kita. Bila kerajaan memperkenalkan percukaian baru yang asyik bermain di mulut kita GST, kos hidup kita semakain menngkat, walaupun kerajaan mengatakan harga barang tidak akan anik.
Yang pasti setiap barang yang kita beli , kita perlu membayar lebih 6% untuk GST.  Apa tindakn kita, nak membantah pada kerajaan ? Saya rasa usaha itu sia-sia. Kita ada 2 pilihan sekarang, samada kita nak jimatkan perbelanjaan sebanyak 6% atau kita cari pendapatan lain untuk menampung kos hidup.

Anda yang membaca artikel ini, saya rasa bernasib baik kerana Bersama My1Tone, kita inginkan semua pengguna talifon nanti bukan sahaja dapat berjimat, malah dapat menggunakan perkhidmatan talifon dengan PERCUMA.  Berapa anda belanja untuk penggunaan talifon anda, biarlah jumlah yang dibelanja untuk membeli reload itu dapat diguna untuk membeli barang keperluan lain.


Jika anda ingin mengguna talifon dengan percuma atau menjana pendapatan bersama My1Tone dengan lebih cepat, pihak My1Tone akan memberi bonus kepada orang yang mempromote adan mengajak orang ramai bertukar kepada talian My1Tone. Contoh , jika anda membaca artikel ini dan berminat nak menyertai My1Tone, setelah anda mendaftar, pihak My1Tone akan membayar pada saya RM15 untuk penajaan dan RM3.12 untuk ahli baru. maknanya setiap penajaan baru yang saya buat, saya akan dapat RM18.12. Semuanya dibuat online dan anda akan mendapat bonus tersebut serta merta. Jarak bukan penghalang, dimana anda berada pun saya boleh daftarkan anda.

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang plan ini boleh layari ke www.my1tone.com.my

No comments:

Post a Comment