Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kali ini nak update sedikit tentang kurus kulinari di Kolej Vokasional. Diharap perkongsian ini dapat membatu pelajar atau ibubapa untuk membuat keputusan samada nak menyambung di Kolej Vokasional atau tidak.
Ramai yang tidak menyedari kelebihan belajar di Kolej Vokasional. Banyak kelebihan belajar di Kolej Vokasional. Ramai orang tak tahu. Yang paling pasti dapat jimat masa , selepas tingkatan 3, anak -anak akan belajar selama 4 tahun dengan syarat keputusan yang baik,mereka terus mendapat diploma tanpa perlu menduduki SPM. Tapi mereka akan menduduki single subject Bahasa Melayu.
Ini adalah penting jika mereka ingin bekerja dengan kerajaan.
Berbalik pada kursus Kulinari di Kolej Vokasional.
Tahun ke 2, mereka akan belajar makanan orang asia khususnya masakan kaum-kaum kat malaysia. Selain itu mereka juga belajar asas pastry dan roti.
SAya pun minat baking, ambik kesempatan guna resepi anak. Nanti ada masa saya akan share resepi roti kat blog masakan saya ishahbakery.blogspot
Alhamdulillah resut Semester 2 pun cantik, Mama doakan Awin menjadi chef mukmin profesional.. Amiin. Im proud of you.
No comments:
Post a Comment