Saturday, August 2, 2014

Cara Pemilihan Tuala Wanita




Assalamualaikum dan salam sejahtera, zaman moden ini, saya kira zaman sangat mudah. Nak makan ada makanan segera, nak masak ada peralatan yang canggih untuk membantu kita memasak.Nak naik tangga, ada lift untuk membantu kita bergerak. Semakin maju dan moden kita, kita semakin malas. Malas nak bergerak, malas nak masak, malas nak bersenam. Tapi nak makan sedap-sedap..dok relak depan komputer dan depan TV.

Saya merasai zaman sebelum adanya benda-benda yang saya cerita tadi, bila fikir-fikir terasa risau apa akan jadi 10 atau 20 tahun akan datang. Opps... lari dari topiklah pulak.

Beberapa minggu leps saya menghadiri satu taklimat tentang produk tuala wanita. Yang bestnya banyak juga ilmu baru yang saya tidak pernah tahu sebelum ini. Terima kasih pada kawan-kawan yang telah menjemput dan terima kasih pada kaki saya telah bersusah-susah membawa saya ke sana.

Mari kita tengok keratan akhbar ini. Sangat menakutkan. Mungkin kita ataupun saudara mara kita akan terdedah kepada ini, kerana penggunaan tuala wanita yang tidak selamat.


Memang ramai yang tidak mengetahui cara pemilihan tuala wanita. Bila ditanya, kebanyakkan wanita membeli tuala wanita , perkara yang utama difikirkan adalah harga dan yang kedua kualiti iaitu tidak mudah bocor. Ada juga wanita mengatakan, buat apa beli yang mahal, untuk diletak di 'situ' saja. Padahal yang di 'situ' itu sangat bernilai untuk seorang wanita.

Kita kena ubah minda kita cara kita memilih tuala wanita. Bukan hanya harga memain peranan, yang tidak kurang pentingnya, kena tanya' Adakah ia selamat untuk kesihatan kita'

Ok, cara pemilihan yang betul :
1. Periksa tarikh luput. Saya tak pernah tahu pun , tuala wanita ada tarikh luput. Tarikh luput dan tarikh pengeluaran dua tarikh yang berbeza.

2. Periksa cara pembungkusan, adakah ia betul-betul disimpan dalam plastik pack udara? Jika tak selepas menggunanya, lebihannya perlu disimpan dalam bekas kedap udara. Jika tidak disimpan dengan betul, ia boleh dicemari bakteria dan ini akan memudaratkan kesihatan anda.

3. Periksa bungkusan, samada ia mengguna bahan dari tumbuhan . Atau untuk lebih jelas,  basahkan tuala wanita tersebut dan keluarkan kapas di dalamnya. Tengok betul-betul, samada ia kapas atau kertas tisu. kalau yang murah menggunakan kertas tisu kitar semula. Ini yang sangat bahaya. Kalau kita fikir bagaimana kertas yang kotor boleh jadi putih bersih? Bayangkan berapa banyak bahan kimia diguna untuk memutihkan kertas yang terpakai. anda fikir sendiri. Kalau kertas pun boleh jadi putih, apa kesannya pada sidia..kasihan sidia asyik didedah kepada bahan kimia.

4. Tengok pelekat yang diguna? Biasanya pengeluar mengguna pelekat yang murah, Apabila kita tanggalkan dari seluar dalam, sisa-sisa gam masih terlekat di sana. Apa kesannya ? Lagi-lagi sidia didedah dalam keadaan datang uzur dan juga dalam keadaan bersih. Adoi..pendedahan berterusan.

Kali ini saya nak share tentang produk ini sebagai pilihan jika kita mementingkan kesihatan kita.

Apa kelebihannya?


Mencegah lebih baik dari mengubati. Pastikan kita mengguna tuala wanita yang selamat. Nak tahu lebih lanjut boleh hubungi saya 013-817 4166, boleh whatsapp juga

No comments:

Post a Comment