Alhamdulillah, saya telah menjalani Kursus
Basic Life Suppot atau lebih dikenali orang awam sebagai CPR pada 19 Mei 2014.
Seingat saya, kursus terakhir saya ikuti adalah pada tahun 1990 an.. Wah.lama
sangat dah tu. Kalau berlaku kecemasan , rasanya teragak-agak jugalah hendak
bertindak. Setelah menghadiri kursus hari tu, terdapat banyak juga perubahan
dari yang saya pelajari hampir 15 tahun dahulu
Pengetahuan tentang CPR amatlah penting untuk
semua orang. Bukan hanya angota di kementerian kesihatan atau pun sesiapa yang
bekerja dengan kesihatan sahaja perlu tahu.
Biasanya orang yang memerlukan CPR
ada 2 pilihan, iaitu samada mati atau hidup. Pengetahuan dan tindakan yang
diambil mungkin membolehkan mangsa tersebut diselamatkan, walaupun the ultimate
decision adalah ditangan Alllah. Tapi sekurang-kurangnya kita usaha.
Pengetahuan ini , mungkin boleh menyelamatkan orang tersayang.
Saya nak share sedikit tentang CPR ini, jika
tak faham bolehlah hubungi saya. Saya akan cuba membantu sebaik mungkin.
Mungkin pengetahuan ini dapat membantu anda. Kita tak tahu..orang tua biasa
berkata, malang itu tidak berbau..
Kematian di kategorikan kepada 2:
a
Kematian klinikal-tiada denyut jantung
, tiada denyut nadi dan tiada pernafasan. zIni boleh berbalik jika tidakan CPR
dilakukan dengan segera dan baik. Dalam masa sebelum 6 minit selepas mangsa tak
sedar.
Brain death / kematian otak- pada
peringkat ini ,mangsa tidak boleh diselamatkan lagi…
Selepas jantung tidak berdenyut, sel otak masih hidup
sehingga 6 minit dari masa jantung berhenti berdenyut. Jika pertolongan diberi
sebaik saja mangsa tidak sedarkan diri dalam linkungan 1-6 minit, peluang
mangsa selamat adalah cerah
, jika CPR dibuat dengan baik.
Ada 4 perkara dalam Basic Life Support
:
i.
Oksigen –hembus udara ke mulut mangsa
ii.
Sel Otak
iii.
Jantung – tekan dada mangsa
iv.
Paru-paru
Setiap kali berlaku kecemasan, ingat prinsip
ini.:
D-danger – mempastikan mansa selamat dari
bahaya, posisi yang selesa
R- responsiveness – panggil mangsa untuk pasti samada dia
betul-betul tidak sedar. CPR
hanya untuk
mangsa
yang tidak sedar
S- shout for help – jerit minta bantuan jika mangsa tidak
sedar dan teruskan langkah
seterusnya.
A –Airway – perhati pergerakkan pernafasan dan keadaan mangsa sencar
keseluruhan
B – Breathing – kalau pernafasan tidak normal,
tercungap-cungap atau lemah, boleh mula
tekan dada pesakit.
C – circulation – tekan dada mangsa ikut peraturan.
D –Defibrillation – memberi kejutan eletrik..biasa paremedik ada alat
ini.
CPR Untuk Orang Dewasa :
D- pastikan mangsa selamat, tiada bahaya, temptat yang selamat
R- tepukkan sambil nggilkan mangsa
S - jerit untuk minta pertolongan, panggilkan ambulance
A- kemudian periksa salur pernafasan dengan menolak dahi ke bawah
dan nangkat dagu
ke atas, tujuannya supaya
lidah tidak blok saluran pernafasan.
B- sambil tu perhatikan pernafasan mangsa.
C- jika tiada pernafassan atau pernafasan lemah, boleh mula tekan
dada mangsa.
Tempat yang perlu
ditekan adalah bahagian tengah dada bhg ½ bawah tulang sternum.
Tekan lebih kurang 5 cm.
Caranya :
Tekan 30 kali
lepas tu dikuti dengan 2 hembusan. Itu satu pusingan. Kena buat 5
pusingan.5 pusingan ini
kena buat dalam masa 2 mint.. selepas selesai perhati pernafasan mangsa,kalau masih belum ada,
ulang semula 30 tekanan : 2 hembusan
selama 5 pusingan..ulang sehingga mangsa sedar atau
kita penat atau bantuan telah sampai
Jika mangsa telah sedar. Betulkan keduduakan mangsa dalam
pemulihan , recovery position.
Tak susahkan ? Cara tekanan dan
kekuatan tekanan boleh google, ada banyak info tenatang ini.
CPR untk bayi :
Cara buat CPR dengan bayi tak sama,
jangan guna cara yang sam, nanti niat yang baik jadi tak baik..boleh menimbulkan
kecederaan jika tak tahu cara.
Cara yang sama , ikut prinsip D- danger,
R-respon dengan urut telapak kaki bayi dan S
A- Buat sama macam orang dewasa. Tolak kepada ke belakang, angkat
dagu ke atas untuk buka saluran pernafasan.
B- Terus beli 5 hembusan, guna angin penuh dalam mulut saja,
paru-paru bayi kecil saja.
Lepas tu check nadi ,kurang dari 60kali/minit kena buat tekanan di dada.. sama juga 30:2 lima pusingan juga.
Lepas tu check nadi..pastikan nadi 60kali/seminit. Jika nadi
kurang dari 60/minit kena ulang tekanan dada lagi. Jika nadi dah
60/minit..perhati keseluruhan, jika masih biru, beri hembusan sebanyak 20 kali
dalam setiap 3 saat.
Saya harap apa yang saya kongsi di sini akan menjadi panduan anda.
Di sini saya hanya mencerita tentang cara secara asas. Kena google atau Tanya
untuk maklumat lebih detail, tempat tekanan ,kuatnya tekanan dan banyaknya
hembusan.
Harap ini dapat membantu dan juga menjadi ingatan untuk saya sendiri. Lain kali akan share apa yang perlu kita buat jika ada orang sekeliling tercekik atau bayi kita tercekik. Pengetahuan ini sangat penting dan mungkin boleh menyelamatkan orang sekeliling kita.
wow great info :)
ReplyDeletedone following u :)
do follow me back k :)
come visit my blog to see an up to date fashion k :)