Wednesday, March 19, 2014

Percubaan 1 : Pengeraman Telur Puyuh

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saja nak share proses pengeraman telur puyuh. Untuk tujuan ini , kita perlu ada mesin pengeraman. Saya bernasib baik kerana mempunyai adik yang sangat kreaktif. Dengan kreaktivitinya, dia berjaya mencipta alat untuk pengeraman telur yang jauh lebih murah.

Inilah rupa mesin incubator. Kalau ada sesiapa nak tempah pun boleh..


Beginilah rupanya telur di dalam incubator ini. Kalau telur disimpan didalam tray begini, tray hanya perlu diubah kedudukan 4 kali sehari. Kebaikan mengguna cara ini, semua telur akan berubah kedudukan dinbanding jika telur digolek secara manual setengah telu mungkin tidak berubah kedudukannya.




Cara pengeraman manual:
1. Hari 1-12 telur perlu digerakkan atau perlu digolek. Ini bertujuan supaya kuning telur tidak melekat pada kulit telur. Ini perlu dilakukan sebanyak 4 - 6 kali untuk mempastikan telur digerakkan

2. Pada hari ke 13-18 telur tidak perlu digolek lagi. Telur biasnya akan menetas pada hari ke 18

Pada hari ke 18, terdapat tanda-tanda telur retak...



Telur dah menetas... melihat telur menetas, sungguh takjud dengan ciptaan Ilahi.. Anak puyuh yang keluar dari telur puyuh tu seoalh-olah dah tahu macamana cara nak pecahkan telur tersebut.


Tapi dalam percubaan pertama ini hanya 10 % sahaja anak puyuh berjaya ditetaskan. Yang lain tidak berjaya ditetaskan.

Menjaga anak puyuh yang baru menetas, adalah sesuatu yang sangat mencabar. Puyuh yang berumur 1 -10 hari sangat sensitif dan mudah mati. Biasanya puyuh akan terus hidup jika telah berumur lebih dari 2 minggu.

Sangat sedih , anak puyuh yang telah menetas di simpan dalam bekas yang perlu dipastikan suhu sekitar 38 darjah.

Apa yang berlaku pagi tadi sangat menyedihkan, balik-balik dari sekolah, didapati tiada seekor pun anak puyuh didalam bekas.. rupa-rupanya anak puyuh tu dah dimakan oleh kucing. Nampak percubaan pengeraman pertama tidak berjaya..kesian...

Sebenarnya dah ramai yang booking anak puyuh tu... minta maaf, kita hanya merancang...

 Untuk percubaan yang kedua kita tidak menggunakan tray. Telur hanya diletak dilantai alat pengeraman dan telur perlu digolek sebanyak 4 - 6 kali sehari. Mungkin peneraman yang pertama tidak berjaya mungkin kerana mentol terlalu dekat dengan telur. Harap percubaan kali ke 2 ini akan mengembirakan kami..Amin....

No comments:

Post a Comment