Wednesday, January 1, 2014

PUYUH OH PUYUH 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kaliini nak share projek anak-anak dengan adik. Nak tau ap projeknya? Hehe...sesuai dengan tajuk post saya kali ini..apa lagi PUYUH. Penternakan puyuh kecil-kecilan di rumah. Memang tak pernah terfikir nak menternak puyuh. Bila adik offer dan anak-anak setuju, apa lagi on sajalah. Yang penting budak-budak tu, jangan hangat-hangat tahi puyuh..nanti saya pulak yang terlibat sama huhu.



Inilah puyuh-puyuh tu, terdiri dari beberapa jenis, puyuh biasa, puyuh emas dan puyuh putih. Menurut mentor, baka puyuh emas biasanya lebih mahal sebab telurnya agak besar dan cantik. Apa-apa pun, nanti kita tengoklah apa berbezaan lain hehe..

Puyuh dalam gambar tu berumur 3 minggu. Kalau ada yang berminat nak memelihara puyuh boleh hubungi saya.

Mungkin ada hikmah menternak puyuh ni:
1.menanam sikap bertanggungjawab pada anak-anak.
2. Miningkatkan disiplin sebab mereka ada tanggungjawab tambahan hehe..
3. Mengajar anak untuk berniaga . Mereka ada buku akaun untuk merekod perbelanjaan yang telah dikeluarkan. Bila puyuh besar dan bertelur,mmereka merancang nak menjual anak puyuh tersebut.

Sangat gembira sebab mentor akan bekalkan alat untuk menetas telur buatan sendiri. Siapa yang berminat boleh juga hubungi saya hehe..

Persediaan untuk menternak puyuh :
1. Perlu sediakan sangkar. Dalam kes kami, sangkar dibuat sendiri, dapatlah jimat sedikit. Kalu bela dalam 20 ekor boleh modify bekas letak pinggan menjadi sangkar puyuh.

Proses membuat reban bersama mentor




Reban yang dah siap, yang ini boleh muat lebih dari 500 ekor. Ada mula mengira..kalau seekor anakpuyuh berharag RM2.. boleh dapat RM1000... wah... Tak apalah, biarlah mereka berangan. InshaaAllah..angan -angan itu akan menjadi kenyataan selepas enam bulan.



Tengok..pekerja kerja keras nak pindahkan reban yang dah siap..



Dah selamat berada di tempatnya....



Jika ada yang berminat nak menternak boleh hubungi saya 013 817 4166

No comments:

Post a Comment