Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bila bercakap tentang berpantang selepas bersalin, kebanyakkan anak muda sekarang berpantang tidak seperti orang dulu-dulu. Dulu, perempuan berpantang selama 42 hari. Selama 42 hari tidak keluar dari rumah, Orang tua selalu kata , kena berpantang. Kesan berpantang kita tak rasai sekarang, tapi kesannya kita akan rasa bila kita tua nanti. Kata mereka, kalau kita tak pantang, bila tua, macam-macam penyakit akan datang.Sakit badanlah, sakit lututlah dan macam-macam penyakit yang mengundang
Mungkin disebabkan, prosedur lebih moden dan kurang sakit selepas bersalin jika dibandingkan orang dulu, menyebabkan orang zaman sekarang tak betah duduk di rumah selama 42 hari. Ada yang selepas 2 minggu bersalin sudah bawa baby makan kat luar.
Pada pendapat peribadi saya, tak salah keluar sebelum habis pantang, tapi kita kena ikutlah pantang larang. Dulu selepas bersalin yang saya paling jaga ialah;
1. Pastikan sentiasa sapu minyak pada badan . Menurut orang tua, kalau kita sapu minyak dibadan, minyak tersebut akan menutup liang roma katanya. Jadi taklah badan masuk angin. Apa-apa reason pun, sapu sajalah minyak di badan tu. kalau dulu, kita guna minyak kelapa. Bau taklah sedap sangat . Sekarang ini, saya cadang anda guna lotion olive minsyam. baunya sedap dan yang paling penting kesannya. Selepas habis pantang, kulit anda akan licin dan lembut. Saya pasti anda tak akan guna lotion lain selain dari lotion olive. ini saya rasai sendiri.
2. Pakai stokin sepanjang tempoh pantang. Sebelum pakai stokin, sapu dulu kaki dengan lotion olive. Sebenarnya kalau kita tidur pakai stokin pun elok untuk kesihatan dan kulit kai akan lebih lembut. Pastikan sapu lotion olive dulu.
3. Kalau bersalin secara normal, jangan lupa guna bengkong. Lebih elok, tumbuk halia dan letak diperut sebelum menggunakan bengkung. Ini dapat memanaskan perut dan mengelakkan buncit selepas bersalin. Sebelum letak halia kat perut, pastikan minyak kelapa disapu di perut bagi mengelak kulit perut dari kecut.
4. Makan makanan yang panas, contoh sup yang mengandungi halia ataupun ikan bilis yang telah ditumbuk halia. Jangan lupa juga ambil vitamin dan makanan tambahan yang banyak di pasaran sekarang. Elakkan mengambil buah-buahan atau sayur yang sejuk. Antaranya seperti timun, labu dan ada lagi saya tak pasti hehehe . Lain-lain lagi boleh google k. Makan banyak sayur yang berdaun. Minum air suam.
Ini berpantang cara minima. kalau ikut orang, ada banyak lagi yang orang dalam berpantang tak boleh buat. Yang penting, jangan menyulitkan ...dahlah..
Selamat berpantang hehehe...
No comments:
Post a Comment