Saturday, October 5, 2013

Periuk kelihatan kusam, apa perlu buat?

Assalamualaikum , salam sejahtera..
Ha..biasa kita tengok iklan ..kulit ku kusam.. tapi kali ini..periuk ku kusam..hehe.
So jangan jaga muka aje, periuk pun kena jaga juga. Kalau periuk kusam, mood nak masak pun down juga. Saya ada petua nak kilatkan periuk. Ni petua ibunda.. Tak perlu beli bahan pencuci mahal-mahal. Kalu tak percaya, tengok before and after periuk ku ini hehe..


SEBELUM:




SELEPAS :


Nampak tak perbezaannya? Kalau tak nampak..kenalah guna crmin mata hehe..

Kalau nak periuk berkilau macam ni senang saja. Perlu ada 2 benda.
1. stainless steel scrub. Saya guna stainless steel bud amway. Walaupun harganya sedikit mahal, tapi sangat tahan..boleh sampai setahun menggunanya. Lagipun, dari segi keselamatan semasa kita skrub stainless steel bud amway ni tiada butir-butir halus stainless steel terkeluar. Tidak seperti jenis yang murah tu. Kalau tak dicuci bersih, silap-silap butiran stainless steel masuk dalam makanan yang kita masak.




2. Sabun mandi, tidak kisah apa brand

CARANYA: SENANG AJE...AMBIL STAINLESS STEEL BUD TU DAN GOSOK KAT PERIUK GUNA SABUN MANDI..JANGAN TERKEJUT TENGOK PERIUK ANDA BERKILAU;KILAU ..

No comments:

Post a Comment