Tuesday, September 3, 2013

Habbatus Sauda

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimanalah rupanya habbatus sauda ini. Saya sendiri pun tertanya-tanya juga. Ini beberapa gambar yang diambil setelah search kat internet.

Pengenalan Habbatus sauda

Nigella Sativa, pohon yang darinya dihasilkan minyak Habbatus Sauda adalah sejenis tumbuhan yang berbunga secara tahunan. Asalnya tumbuh meliar di negara-negara sekitar Mediterranean dan negara-negara tenggara Asia. Kemudian ia ditanam secara meluas di Afrika utara terutama Mesir, di selatan Eropah di Syria dan sedikit di Asia Tengah seperti Iran dan India.

Tumbuh dengan ketinggian sekitar 20 hingga 50 sentimeter dan berdaun halus dengan kedudukan daun bertentangan. Batangnya berwarna hijau, bulat, berbulu dengan ukuran garis lintang sekitar 2 hingga 5 milimeter, sementara jarak diantara dahan adalah sekitar 2 hingga 5 sentimeter.

Dahan bercabang di atas. Berbunga lembut di hujung dahan, selalunya berwarna biru muda dan putih, berukuran garis lintang sekitar 3 sentimeter, jumlah kelopak diantara 5 hingga 10 helai. Tangkai bunga agak panjang dan ia semakin panjang apabila buahnya semakin matang. Berbuah agak besar jenis ‘inflated capsule’ terdiri dari 3 hingga 7 pangsa yang mengandungi sejumlah biji.

Bijinya berbentuk segi tiga, berwarna hitam, berbau ‘pungent’ yang agak kuat, mengandungi nisbah minyak yang agak banyak. Bijinya digunakan sebagai rempah dan juga berbagai kegunaan lain dan terakhir paling popular digunakan untuk menghasilkan minyak Habbatus Sauda’. Ia mempunyai rasa ‘pungent bitter’.

Di antara bahan kandungan Habbatus Sauda adalah Fixed Oil (saturated and unsaturated), Minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin serta Asid Amino.

Di dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Perubatan Cara Nabi) yang mana ditulis oleh Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda adalah dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Di dalam kitab tersebut disebutkan bahawa Habbatus Sauda’ boleh mengubati 50 jenis penyakit tanpa efek.








Beginilah rupanya bunga habbatus sauda. Minyak habbatus sauda diperolehi dari bijinya.



Ada setengah orang mengambil biji habbatus sauda yang belum diproses. Memanglah elok kot sebab masih asli. Tapi maklumbalas dari teman-teman, kena tahan iman sebab rasanya yang pahit. Jadi lebih mudah mengambil dalam bentuk kapsul, dimana dalam kapsul ini mengandungi pati minyak habbatus sauda. Bukan saja kita mudah mengambilnya dan yang paling penting, kita dapat kesan yang optimum.

Kepada teman-teman yang berminat, sila hubungi saya.

No comments:

Post a Comment