Friday, February 8, 2013

Bengkel Be Beautiful Siri 2/2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Saya bersyukur kerana bengkel di atas telah berjaya dilaksanakan , walaupun ada beberapa perkara yang kami rasa perlu diperbaiki untuk meningkatkan impaknya.
Dengan adanya program sebegini, kami berharap dapat memberi pilihan kepada penduduk di sekitar Sibu untuk mempelajari bidang solekan dengan bayaran yang berpatutan.
  Dalam bengkel ini, peserta bukan sahaja diajar tentang asas solekan, malah peserta akan diajar cara mengenali kulit sendiri dan cara asas penjagaan kulit wajah. Penjagaan kulit wajah yang betul adalah penting untuk mendapat kesan yang optimum dari produk yang kita gunakan. kalau kita mengguna produk yang mahal tapi cara aplikasi salah...kesannya sudah pasti akan berkurangan.Untuk bengkel ini, kami mengguna produk Mary Kay. Tips untuk menjimat penggunaan produk juga akan diberi.

Penjagaan kulit secara asas seawal mungkin adalah penting untuk melambatkan proses penuaan kulit.

SEBELUM :



SELEPAS :



i. Sesi facial, bermula dengan demo kemudian diikuti dengan peserta membuat praktikal.





ii. Pengajar menunjuk cara solekan pejabat yang ringkas tetapi tetap menarik.



iii. Pengajar menunjuk cara solekan untuk makan malam atau solekan pejabat.


Tips -tips diajar cara menyembunyikan kulit wajah yang berjerawat dan tidak sekata atau ada pigmentasi dimana setelah selesai solekan, wajah tersebut nampak sekata tanpa ada cela.
Cara memasang bulu mata palsu juga diajar

iii. Peserta sedang mendandan wajah masing-masing.



iv. Hadiah untuk peserta yang membuat solekan terbaik. Hadiah cabutan bertuah juga disediakan.



v. Gambar beranmai- ramai dan peserta pulang dengan wajah yang menarik.




Kami akan mengadakan program yang sama pada bulai mei (4/5/13), mungkin mengguna khidmat tenaga pengajar yang lain.Sebab setiap juru solek mempunyai cara tersendiri membuat solekan.Selain dari itu, penjualan produk Mary Kay dan produk solekan yang lain juga diadakan dengan harga yang menarik.

Kalau ada sesiapa yang berminat untuk turut serta dalam Bengkel Be Beautiful Siri 2/2013, sila hubungi admin di 013-817 4166  untuk mendaftar. Pendaftaran awal sebelum 4/4/13  hanya dikenakan bayaran sebanyak RM65. Yuran yang sebenar adalah RM100.00

No comments:

Post a Comment