Thursday, July 5, 2012

Kenalpasti jenis kulit sebelum membeli produk penjagaan muka:


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hari ini saya nak share tentang penjagaan kulit, khasnya kulit muka. Sebelum kita membeli sesuatu produk untuk muka, apa yang paling penting, kita mengetahui jenis kulit kita. Walaupun kita membeli produk yang mahal dan berkualiti tapi ia tidak sesuai dengan kulit kita , sudah pasti kita tidak akan mendapat kesan yang optimum.
Bagaimana mengetahui jenis kulit kita :
Jenis kulit dibahagi kepada 4  yang utama;
1. kulit yang normal- kulit tiada masalah
2. Kulit kering – kulit kelihatan kasar, kadang-kadang mengelupas. Kulit jens ini perlu penjagaan yang lebih kerana kedut akan mudah terbentuk terutama di kawasan sekeliling mata.
3. kulit berminyak – orang yang kulit berminyak biasanya apabila dia bangun pagi, kulit akan berminyak  ramai di kalangan kaawan-kawan mengeluh kerana kulit berminyak.Pori-pori kelihatan lebih jelas dan kadang-kadang berjerawat. Sebenarnya anda perlu bersyukur kerana jenis kulit yang berminyak lambat mendapat kedutan.
4. kombinasi : ia berminyqk di kawasan t zone. Bahagian pipi biasanya kering.

Oleh itu kenalpasti jenis kulit kita sebelum membeli sesuatu produk.

No comments:

Post a Comment