Wednesday, February 29, 2012

Nilai Emas Tidak Akan Susut

Salam..
saya harap sesiapa yang membaca blog ini akan terbuka hati untuk menyimpan emas. Jangan ulangi kesilapan saya. Dulu , saya selalu beranggapan , kalau sompan emas, takut emas hilang, susah nak simpan lebih baik simpan wang di bank atau ASB. Cara pemikiran begitu perlu diubah.

Bayang 15 tahun dahulu, harga emas 10 gm RM40. Kalaulah masa tu, saya mula membeli tak banyak 500gm yang berharga RM20,000, Dah tentu sekarang sekarang harganya RM96000. Kalau kita simpan duit RM20,000 ,rasa-rasa nilainya boleh sampai RM9600 kah selepas 15 tahun.? Fikir-fikirlah sendiri.

Kalau sekarang 10gm harganya RM1970, tak mustahil 15 tahun lagi harganya akan berlipat kali ganda. Jangan hanya jadi penonton melihat harga emas naik, ambillah tindakan untuk sama-sama meraih keuntungan dengan kenaikan harga emas itu. Bertindak sekarang.

No comments:

Post a Comment